Ucapan Selamat Pengantin Baru Untuk Nur Ainina Dan Mohammad Faiz

Selamat pengantin baru untuk adik sepupu Nur Ainina Binti Tajuddin dan pasangan hidupnya Mohammad Faiz Bin Osthman.

Tahniah untuk kedua-duanya.

31 Ogos 2019 adalah hari majlis perkahwinan mereka.

Alhamdulillah, aku dapat hadir ke majlis akad nikah dan kenduri kahwin yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Kampung Luat, Lenggong Perak.

Ayah pengantin perempuan adalah adik kepada ibuku. Dan majlis kahwin ini adalah majlis terakhir perkahwinan untuk anak-anaknya  yang 7 orang.

Nur Ainina, anak yang bongsu.

Bersyukur kepada Allah kerana menyampaikan aku ke majlis ini. Jika tidak, ralat hati jadinya disebabkan ini majlis perkahwinan akhir dalam keluarga mereka. Dan juga kerana aku ada tidak dapat hadir majlis kahwin keluarga mereka sebelum ini.

Majlis seperti inilah, bila hadir baru kita dapat bertemu serentak dengan ayah dan mak saudara dan sepupu-sepupu yang ramai.

Lebih bila diadakan di kampung kelahiran sendiri. Kampung Luat adalah kampung ibu dan ayah sebelum mereka menjadi warga Felda di Pahang.

Maka bertambah ramai yang dapat jumpa. Sudah tentunya dapat berjumpa saudara mara sebelah ibu kerana majlis ini sebelah ibu.

Saudara sebelah ayah juga dapat berjumpa kerana ibu dan ayah sekampung dan memang ada juga ikatan keluarga walau jika ditakdirkan mereka tidak berkahwin.

Selain itu dapat berjumpa juga saudara mara yang jauh, jiran sekampung dan kenalan lama yang masih ada.

Syukur  kepada Allah kerana majlis perkahwinan dapat berjalan dengan lancar.

Tahniah kepada ayah dan mak saudara, Pak Ngah Tajuddin dan Mak Ngah Hamizan kerana dapat menantu lelaki yang baru.

Tahniah kepada Nita, Wan, Nozie, Nurul, Alin dan Erin kerana dapat adik ipar.

(#Orang Hulu Perak terutama Lenggong dan gerik memanggil Pak Ngah sebagai ‘Nyah’. Bukan nyah lembut ya!)

Kepada adik sepupu Nur Ainina, jadilah isteri yang solehah. Kepada suaminya Mohammad Faiz, aku yakin akan menjadi suami soleh. Binalah keluarga soleh dan solehah yang diredhai Allah.

Ya Allah, lindunglah, rahmatilah dan berkatilah kedua mereka. Murahkan rezeki mereka, bahagiakan kedua mereka dan berikan mereka kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.

Ya Allah, Kau redha atas mereka berdua dan jadikan kedua mereka suami dan isteri yang soleh dan solehah dan keturunan mereka juga terdiri dari mereka yang soleh dan solehah.

Sekali lagi…

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA ADIK SEPUPU NUR AININA BINTI TAJUDDIN DAN MOHAMMAD FAIZ BIN OSTHMAN.

 

Share

One comment

  1. tahniah dan saya turut merasai rasa bahagia serta gembira sekali.

    majlis perkahwinan begini sebenarnya merapatkan dan mempertemukan semula sanak sauadara dalam keadaan yang meriah..

    inilah nikmatnya hidup berkeluarga besar
    mrhanafi recently posted..Hidup Dilingkari KeajaibanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge