Umat Arab Keterlaluan Makan Ketika Umat Islam Afrika Kebuluran Makanan

Dua fakta di bawah ini amat mengejutkan;

1# Sisa makanan buka puasa di Dubai meningkat 20% dengan 1,850 tan dibuang pada bulan ramadhan. Kebanyakkan adalah sisa nasi dan makanan bukan sayuran.

2# Di Abu Dhabi, ibu kota Emiriah Arab Bersatu [UAE], paling kurang 500 tan sisa makanan dibuang ketika ramadhan. Setiap hari bukan setiap bulan!

Ketika jiran seagama di Afrika kebulur tiada makanan sampai membawa kematian, penduduk di negara Arab ini berbuka puasa dengan anggaran setiap seorang membelanjakan 200 dirham [RM162.42] sehari.

Sajian Arab

Dan makanan yang disediakan untuk berbuka puasa itu bukan habis dimakan. Separuhnya dibuang!

Ini fakta yang memalukan. Pada ketika NGO bukan Islam berusaha mencari makanan untuk penduduk Islam yang kebuluran di Afrika terutama di Somalia, umat Islam Arab yang kaya raya membazirkan makanan.

Inilah antara sebab kenapa umat Islam tidak dihormati dan ini antara sebab kenapa umat Islam payah untuk ‘bangkit’ menjadi satu kuasa besar dunia.

Arwah seorang guru agama saya ada mengeluarkan ‘ramalan’;

“Satu ketika nanti Allah akan mengantikan umat Arab yang ada ini dengan umat Arab lain yang lebih baik. Pada akhir zaman sebelum kiamat, umat Islam akan bangkit semula sebagai satu kuasa besar yang akan mengalahkan Yahudi dan Nasrani.

Akan tetapi Islam tidak akan bangkit melalui tangan umat Arab yang ada sekarang ini. Akan ada generasi baru umat Arab yang lebih baik. Berganding bahu dengan umat Islam dari bangsa lain yang baik untuk membentuk kuasa baru dunia yang kuat.”

Bagaimana Allah menukar atau menggantikannya? Itu bukan dalam pengetahuan saya. Namun sesiapa pun boleh mengagak kemungkinannya.

Mungkin Allah menukar seperti umat Islam Baghdad pada zaman akhir Dinasti Khalifah Abbasiah dengan serangan Monggol kepada umat Islam Dinasti Khalifah Uthmaniah yang lebih baik.

Mungkin Allah menukar satu generasi lama Acheh kepada generasi baru dengan bencana tsunami.

Hanya Allah sahaja yang tahu cara menukar satu kaum kepada satu kaum yang lain. Daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Generasi baru atau kaum yang baru akan lebih baik dari yang lama.

Umat Islam Arab kini keterlaluan bermewah-mewah sampai ‘terlupa memandang’ jiran yang tidak berkemampuan. Apakah sampai Allah ‘bertindak’ baharu mereka mahu sedar?

Share

9 comments

  • menukar kaum ni seperti keadaan kaum terdahulu yang
    ingkar.lalu diganti dengan kaum yang lain.jika kita tak
    memghayati islam, pada suatu hari nanti.kita pun akan
    digantikan oleh kaum lain.

  • Bangsa Arab boleh dikatakan bernasib baik dek rezeki daripada emas hitam, yang sebenarnya diteroka dan dieksport dengan teknologi dan tenaga mahir luar.

    Sememangnya silih berganti bangsa yang memimpin umat Islam disebut dalam Al-Quran (saya lupa ayatnya).

  • Sungguh mengejutkan melihat kepada 2 fakta di atas. Ia sudah cukup menggambarkan limpahan rezeki yang diperolehi mereka.

    Benar. Jika tidak silap saya, di dalam al-Quran juga ada menyebut tentang penggantian satu kaum dengan kaum yang lain.

    Kini juga saya tahu hikmah di serangan Monggol. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya.

    Terima kasih kerana perkongsian artikel ini. Sedikit sebanyak telah memperingatkan diri saya. Alhamdulillah, saya bersyukur atas segala nikmat yang dinikmati kini.

    • Dicatat dalam sejarah, kehidupan Khalifah Abbasiah terakhir terlalu mewah sampaikan perarakan menyambut hari jadinya bermula dari pagi hingga petang pada hari jumaat. Kerana takutkan khalifah, ulamak zaman itu mengeluarkan fatwa membolehkan solat jumaat selepas solat asar kerana darurat!

      Dan dicatat juga, Genghis Khan pernah berkata, “Aku adalah penghukum kiriman tuhan.” Walaupun dia bukan seorang yang percaya pada tuhan.

      • Wah..sehingga begitu sekali.

        Terima kasih sekali lagi kerana pengetahuan ini.

        Saya perlu membuka mata kepada buku-buku sejarah pula. Boleh Tuan cadangkan buku pertama untuk saya bermula? 😉

  • Tuan Hadi Rofiee; maklumat di atas saya dapatkan dari buku Serangan Monggol Ke Atas Dunia Islam, Tragedi Paling Dahsyat Dalam Sejarah Umat Islam. Terbitan 2002 oleh DesireTech Enterprise.

  • Tahniah n terima kasih atas entri yang menggugah sanubari ni. Kita dapat bayangkan betapa hiba melihat kelaparan hingga mengundang berbagai penyakit dan kebuluran hingga kematian. Di pihak lain bermewah dan membazir, tindakan yang mengecewakan kita semua. Kita harus insaf dan menghindari apa juga corak maksiat agar keberkatan sentiasa bersama kebangkitan umah kita, amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge