VISI DAN MISI

VISI ( mungkin berubah mengikut peredaran masa )

Menjadi blog umum yang dapat memberi ilmu pengetahuan, inspirasi juga motivasi kepada sesiapa sahaja yang pandai membaca dalam melayari kehidupan mereka.

MISI ( tanpa turutan dan akan sentiasa dikemas kini )

# Sebagai ruang menambah kebaikan dan mengutip pahala.

# Menulis paling kurang 1 artikel setiap minggu.

# Menulis menggunakan bahasa Melayu sempurna dengan bahasa mudah.

# Menulis artikel berkualiti termasuk catatan berkenaan peribadi.

# Sebagai medan membangun dan mengukuhkan jenama diri dan perniagaan.

# Untuk memartabatkan ilmu yang sahih dan memandaikan bangsa dengannya.

# Menjadi medan bersosial dengan pembaca.

# Mempunyai jumlah pembaca setia melebihi 1000 pembaca dan sentiasa meningkat.

# Membina jenama blog yang kukuh dalam ‘dunia blog’ dan sanggup melabur bagi membina struktur blog yang menarik dan mempunyai logo rasmi.

# Mempunyai ‘penulis jemputan’ paling kurang 1 artikel setiap bulan.

# Menjadi pilihan syarikat dan jenama terkenal bagi mengiklankan produk atau servis mereka.

# Menjadi ‘mesin duit’ terutama melalui affiliate dan pengiklanan.

Impian tidak perlu dibayar, jadi kenapa takut untuk memasang impian dalam hidup dan dalam setiap apa yang kita buat?

Kata orang, jangan impi pergi ke bulan. Kerana bila ‘jatuh’, kita berdebuk jatuh ke tanah bumi. Maka impilah pergi ke bintang. Kerana bila jatuh, kita masih dapat mendarat di bulan.

Adalah penting untuk mencipta Visi & Misi blog. Ini kerana;

# Ia ibarat jalan untuk pergi ke satu-satu tempat. Susah untuk pergi ke satu tempat bila tiada jalan.

# Membantu untuk tahu hala tuju blog atau bisnes atau perniagaan yang menggunakan blog itu.

# Orang yang berakal akan melakukan sesuatu dengan bersebab. Visi dan Misi adalah sebab jelas kenapa blog itu dibangunkan.

# Sebab itu menjadi pendorong untuk kekal membangunkan blog ketika menghadapi saat-saat sukar.

# Sebagai panduan untuk membawa blog ke tahap yang lebih baik.

Maka jangan takut untuk mencipta Visi dan Misi blog kita ‘setinggi’ yang mungkin. Biarkan apa orang hendak kata, walaupun visi dan misi itu seperti mengarut dan tidak masuk akal. Bukankah ini blog kita?

Share

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge