Tuan Zamri Nanyan adalah antara usahawan Internet di Malaysia yang tersohor. Saya tidak pernah bersua muka dengan beliau maka saya tidak kenal beliau secara peribadi. Tentulah beliau juga tidak mengenali saya.
Walaupun tidak ‘mengenalinya’, saya kagum dan hormat beliau. Kejayaannya dalam perniagaan online membuatkan saya teruja untuk turut serta. Tentulah bukan sebab beliau sahaja, individu lain juga menjadi pendorong.
Saya mahu jadi usahawan online dan mahu berjaya seperti beliau. Oh! Tidak. Bukan seperti beliau. Saya mahu lebih!
Tuan Zamri Nanyan ada mencatat nota dalam status Facebook beliau tentang pemasaran yang dilakukan melalui online. Beliau mengibaratkannya sebagai menanam benih jualan. Menanam benih atau menabur benih, sama sahaja maksudnya.
Catatan nota beliau itu membuatkan saya malu pada diri sendiri. Saya mahu lebih! Tapi tidak banyak yang saya lakukan.
Saya mahu mengkoreksi diri melalui status beliau itu…
1 # Menulis di blog.
Blog ahmadyani.com sudah ada. Hanya nota di dalamnya tidak dicatat secara tetap. PageRank pun pernah naik #2 tapi sekarang #0. Namun syukur pada ALLAH, meskipun #0 banner affiliate di sebelah ada memberi hasil. Awal tahun ini nama saya tersenarai dalam #Top100 penerima komisen di jomniaga.com
2 # Menghasilkan laporan percuma untuk disebarkan.
Saya pernah menghasilkan laporan di ahmadyani.biz. Tapi tidak mencapai kejayaan yang diharapkan. Buat masa sekarang ahmadyani.biz tidak berfungsi. Tidak boleh dibiarkan sebegitu lama.
3 # Menyertai perbincangan di forum.
Wangcyber.com adalah satu-satunya Komuniti Usahawan Internet Malaysia yang saya sertai. Tidak berapa aktif sangat. Saya perlu kembali aktif di sini. Dan juga aktif di forum yang lain.
4 # Meninggalkan komen di blog orang lain.
Saya perlu ‘masuk’ ke dalam blog blogger lain dengan menggunakan link ahmadyani.com secara lebih kerap dan lebih banyak blog. Saya yakin orang ‘masuk’ ke dalam ahmadyani.com pun melalui blog orang lain. Dan mereka inilah yang mengklik banner affiliate dalam blog saya dan menghasilkan jualan.
Saya juga ‘masuk’ ke dalam blog orang lain menggunakan link aybaMALL.yoshop.my. Setakat ini, aybaMALL belum menghasilkan jualan. Saya tidak buat kerja secukupnya untuk mempromosi kedai online ini. Disebabkan itulah kedai ini tiada jualan lagi.
5 # Membina dan membangunkan FB fanpage.
FB fanpage untuk aybaMALL.yoshop.my sudah dibuat. Promosi yang belum. FB fanpage ahmadyani.com masih tidak ada.
6 # Menghasilkan video untuk dimuatnaik ke Youtube.
Bab-bab video ni saya tidak mahir. Saya perlu belajar.
7 # Menulis artikel untuk disebarkan ke direktori artikel.
Ini pun saya tidak buat.
dan banyak lagi aktiviti lain yang boleh dibuat tapi saya tidak buat. Tiada alasan yang dapat saya beri kecuali kelemahan diri sendiri
Tuan Zamri Nanyan kata, pada permulaannya hasil yang diperolehi mungkin sedikit atau tiada apa-apa pun.
Namun, sekiranya kita terus menyemai benih-benih jualan ini, suatu hari nanti kita mungkin akan terkejut melihat hasil daripada usaha kita dahulu.
Benarlah kata beliau. Saya sudah mendapat hasilnya (dari jomniaga) walaupun masih sedikit. Bila bersungguh dan banyak benih yang ditanam, tentulah banyak hasil yang akan dapat.
Sifirnya cukup mudah. Sedikit benih yang kita tanam, sedikitlah yang tumbuh. Banyak benih yang kita tanam, maka banyaklah yang tumbuh.
salam perkenalan. semoga berjaya dalam perniagaan
azwan recently posted..Ganjaran Besar Bersedekah Di Jalan Allah S.W.T
Wassalam. Terima kasih berkunjung ke sini dan atas doa itu.
Nama saudara Zamri Nanyan sudah lama saya dengar sejak tahun 2008 lagi. Pada ketika itu beliau sudah berjaya. Banyak usaha perlu dibuat untuk berjaya didalam dunia siber cuma cepat dan lambat.
Kalau ada mentor mungkin proses kemantangan dapat dipercepatkan.
akubiomed recently posted..Blog Papa Mifz dari kaca mata AkuBiomed
Mentor yang kita belajar darinya secara bersemuka, itu yang akan mempercepatkan, In Sha Allah.
Terima kasih kerana terus berkongsi dan menyebarkan ilmu yang saya juga belajar daripada guru-guru yang lain ini.
Semoga ianya akan memberi pencetus kejayaan kepada rakan-rakan kita yang lain. 🙂
Zamri Nanyan recently posted..Menanam Benih Jualan Di Internet
AaMinnnn. Itulah niat saya tuan.
Semoga berjaya bro..saya juga memasang impian yg sama…
hafiz recently posted..Perencah Mee Bandung Mak Pon
Impian semua blogger tentunya.
belajar dari orang-orang yang berjaya, insyaAllah ikut langkah-langkahnya boleh berjaya. semoga bro juga sukses.
Denaihati recently posted..Mari belajar buat blog dengan WordPress
Duplikasi teknik….AaMinnnn atas doa itu. Denaihati juga adalah contoh blog berjaya yang menjadi sumber pembelajaran.
yap, zamri nanyan. Geng lama kat wangcyber dulu-dulu. Teringat zaman hari-hari login wangcyber aje. haha..
titan recently posted..Bagaimana aku ingin ketawa? – Sallahuddin al-Ayubbi.
Sampai hari ini WangCyber masih mengekalkan statusnya yang tersendiri.
Setakat ini, saya mampu menyiramnya seminggu sekali sahaja. Kadang-kadang terlajak lebih seminggu.