10 Idea Projek Yang Boleh Kita Sama-Sama Buat Terutama Ketika PKP

Tidak perlu panjang lebar, kita teruskan untuk senaraian 10 idea projek yang boleh kita buat terutama waktu PKP ini.

Kebanyakkan projek ini sebenarnya boleh dibuat secara sambilan. Maksudnya, selepas habis lockdown ini, kita masih boleh teruskan beberapa projek walau pun kita sudah masuk kerja.

Ini 10 projek yang boleh kita fikirkan bersama.

1 – PROJEK SHOPEE

Banyak kedai tutup waktu PKP. Orang banyak membeli melalui online sahaja. Dan buat masa ini… web paling popular dalam jual beli online adalah website Shopee! Bermacam produk dijual di Shopee.

Setiap hari, seramai 1.2 juta orang masuk ke website Shopee. Ya, sehari! Bukan sebulan. Sehari 1.2 juta.

Bayangkan kalau kita menjual di Shopee. Kita dapat pelanggan 0.01% peratus dari 1.2juta itu sudah cukup ‘mewah’.

Walau pelanggan ramai di Shopee, kita tetap perlukan ilmu yang betul untuk menjual di Shopee. Supaya produk kita dapat dilihat dan menarik perhatian bakal pembeli. Kita tentu tidak mahu kedai atau produk kita tenggelam di sebalik kedai dan produk penjual lain.

===

Klik di sini: >>> PANDUAN MENJUAL DENGAN CARA BETUL DI SHOPEE UNTUK MENARIK PERHATIAN PELANGGAN

===

Amat rugi jika kita sudah ada produk tapi tidak menjual di Shopee. Zaman sekarang bila kita ada produk tapi tidak menjualnya di Shopee, kita dianggap ketinggalan. Kita kerugian kerana melepaskan peluang membuat jualan yang banyak kepada pelanggan yang ramai.

Bagi yang tidak ada produk pula, panduan ini mengajar kita bagaimana menjual walaupun kita tidak simpan stok produk di tangan.

Mungkin timbul keraguan dalam hati kita. Orang tengah susah sekarang ni. Ada ke yang hendak membeli di Shopee. Bukankah kuasa membeli orang Malaysia sudah jadi rendah!

Baiklah. Kalau ada yang berfikiran begitu, mungkin boleh pertimbangkan idea menjana pendapatan dalam USD pula! Senang kata… kita jual produk kepada orang putih di luar negara. Dapat untung dalam USD. Bila tukar ke RM…banyak tu!

2 – PROJEK USD

Kita bukan nak buka bisnes import export. Cukup kita menjual barang kecil-kecil di sekeliling kita kepada pelanggan luar negara. Duduk depan computer pun, kita sudah boleh buat projek ini.

Banyak cara kita boleh buat. Kita jual di ebay. Jual di amazon. Kita juga boleh buat website e-commerce sendiri.

Kita jual barang $20. Orang putih beli macam kita beli barang RM20. Murah bagi mereka. Tapi bila kita tukar ke RM…. Kita sudah dapat RM80!

===

Klik di sini: >>> PANDUAN BISNES USD SHOPIFY. JUAL DALAM USD, DAPAT UNTUNG BERGANDA DALAM NILAI RM

===

Tuan Herman, penulis panduan ini boleh jana ratusan ribu seorang diri dengan hanya duduk depan computer di rumah tanpa staff atau sewa pejabat. Kadar untung jualannya banyak kerana kadar tukaran USD kepada RM yang tinggi.

Tapi nak buat projek ni memang kena ada modal dan skill teknikal sikit, kena pandai marketing, faham dan pandai tulis orang putih.

Mungkin ada yang kata… saya tak pandailah jual-jual ni… modal pun tak ada… saya suka buat benda rilek-rilek je… tapi boleh buat duit! Ada tak?

  1. Ada… ada beberapa projek yang boleh dibuat santai-santai je.

3 – PROJEK YOUTUBE

Kita tentu pernah dengar orang kata, ambil video kemudian upload kat youtube boleh dapat duit!

Betul! Memang boleh buat duit.

Tapi bukanlah semudah, upload hari ni… esok terus dapat duit. Perlukan masa dan usaha yang banyak juga tu.

Kena upload berpuluh video dulu. Paling awal mungkin 6 bulan atau setahun lepas tu baru ada hasilnya. Atau mungkin selepas 2 tahun baru ada hasil.

4 – PROJEK FOTO

Selain boleh ambil video, Handphone kita boleh ambil gambar kan? Jadi kita boleh buat projek foto pula.

Ambil gambar bagus-bagus. Ambil gambar banyak-banyak. Kemudian upload dalam halaman photo stock seperti Shutterstock, gettyimage, istockphot dan sebagainya.

Kalau nak buat projek ni kena ada ilmu sikit. Ilmu ambil gambar yang bagus dan tepat. Cuba taip nama Saiful Nang. Beliau ada ajar bagaimana cara ambil gambar, cara edit dan cara jual gambar.

Menarik kan?

Tapi mungkin ada yang tidak mahu fikirkan sangat soal wang ni. Maklumlah ada sumber pendapatan yang bagus dan tetap. Covid ni boleh membuatkan fikiran kusut dan hati tidak tenang. Mahu cari cara untuk tenangkan hati dan lapangkan fikiran.

Jadi… kita mungkin boleh jalankan projek berkaitan kerohanian.

5 – PROJEK JIWA

Kita muhasabah diri dan cuba perbaiki amalan keagamaan kita. Dengan kata lain… ibadah kita.

Manalah tahu. Dengan asbab kita memperbaiki ibadah, Allah permudahkan urusan hidup kita dan menambah rezeki dengan melimpah ruah.

Kita mulakan DENGAN MEMPELAJARI DAN MEMPERBAIKI AMALAN SOLAT KITA. Kita perbaiki mutu bacaan al Quran dan hafal apa yang sepatutnya dihafal. Terutama surah-surah pendek. Pilih beberapa zikir dan selawat dan berazam menjadikan selawat dan zikir itu basahan mulut seharian.

Semoga dengan usaha itu, hidup kita menjadi lebih tenang dalam menghadapi suasana yang sukar.

Dalam kita berusaha bekerja mencari nafkah hidup dan menambah bekal akhirat. Jangan lupa projek yang penting ini.

6 – PROJEK KURUS DAN SIHAT

Boleh skip projek ini kalau kesihatan diri memang menjadi keutamaan kita sebelum ini. Jika tidak, projek ini wajib buat.

Jaga dan ubah tabiat pemakanan dan amalkan senaman. Buat perkara yang betul untuk kurus dan sihat. Cara yang betul adalah mempelajari tabiat pemakanan dan cara senaman yang tepat.

Tabiat pemakanan ini merangkumi kaedah memasak dan cara mengambil makanan yang betul untuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Senaman pula bergantung kepada situasi kerja dan umur kita. Semua itu boleh dipelajari.

Hindari pil-pil mengarut ya.

===

Projek kurus dan sihat ni boleh digabungkan ke dalam projek seterusnya ini.

7 – PROJEK KEBUN MINI

Kalau ada ruang tanah di sekeliling rumah tu… kenapa tidak diusahakan menjadi kebun mini.

Mereka yang tidak tahu hal tanam menanam ni bolehlah belajar. Di Facebook pun banyak orang share pasal berkebun ni. Di Youtube pun boleh belajar. Menanam atas tanah boleh. Dalam pasu. Atau hydroponic. Ikut mana yang sesuai.

Buatlah kebun yang cepat dapat hasilnya seperti sayur-sayuran. Jimat dah duit dapur sikit. Yang lebih boleh kita sedekahkan. Sudah ada pahala ibadah sedekah di situ.

Sihat kita dapat. Jimat sikit belanja dapur dan boleh pula raih pahala sedekah.

8 – PROJEK TUISYEN

Ramai anak-anak ketinggalan dalam pelajaran musim wabak yang melanda ini. Pelaksanaan PdPR pula tidak 100% dapat membantu.

Menurut Pakar Psikologi Kanak-kanak Pusat Pembelajaran Berterusan Universiti Malaya (UMCCed), Datin Prof. Mariani Md Nor, pelajar tahun satu 2021 mungkin akan berdepan masalah buta huruf apabila tidak dibimbing oleh guru dan ibu bapa dalam tempoh penutupan sekolah tahun ini.

Projek ini bukan projek kita buka kelas online tuisyen untuk budak-budak sekolah. Projek ini sebenarnya untuk anak-anak kita sendiri bagi yang sudah berkeluarga dan punya anak yang sudah bersekolah.

Kita  tidak boleh lagi letakkan harapan atau tugas pengajaran ini kepada cikgu di sekolah… tetapi kita perlu ambil tangggungjawab tersebut.

===

Klik di sisi: >>> BAGI YANG MEMANG MAHIR MENGAJAR BOLEHLAH BUAT PROJEK BISNES HOME TUISYEN DARI RUMAH

===

9 – PROJEK SAHAM

Nak buat projek ni kena berduit sikit. Ramai susah waktu pandemic ini. Tetapi tidak dinafikan… ada yang mempunyai cash di tangan. Khususnya ada yang tetap bergaji walau kena ‘kurung’ dalam rumah.

Jadi, kalau anda antara orang yang bernasib baik tersebut… mungkin anda boleh pertimbangkan untuk jalankan projek saham ini. Iaitu melabur dalam pasaran saham!

Oleh kerana projek ini memerlukan kita menggunakan wang yang tidak sedikit (tetapi tidaklah banyak sangat kerana saham boleh dibeli dalam unit yang sedikit), kita kena perlu betul-betul mempunyai ilmu dalam bidang ini. Perkara asas mesti tahu.

===

Klik di sini: >>> PANDUAN “JOM LABUR SAHAM” INI BOLEH MEMBANTU ANDA UNTUK MEMULAKAN LANGKAH MELABUR DALAM SAHAM

===

Tapi jika ingin melabur dalam jumlah yang besar, panduan ini tidak cukup. Kena masuk kelas untuk belajar dengan detail.

Ok, ini idea projek yang akhir

10 – PROJEK AFFILIATE

Projek ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang sedang tercari-cari kaedah jana pendapatan tanpa perlu keluar banyak modal. Malah mungkin tiada modal langsung.

Kita pasti pernah dengar tentang affiliate!

Affiliate seperti agen yang memasarkan sesuatu produk. Daftar sebagai agen, kemudian promote produk atau website produk menggunakan link khusus yang diberikan kepada kita.

Jika ada yang membeli produk melalui link yang kita promote, kita akan mendapat komisen. Bergantung kepada berapa banyak komisen yang diberikan.

===

Klik di sini: >>> DAFTAR SEBAGAI AFFILIATE KLIKJER DI SINI

===

Daftar sebagai affiliate ini…PERCUMA sahaja. Tiada yuran. Boleh buat secara sambilan sahaja… time-time rehat di rumah selepas habis waktu kerja full-time.

Klikjer ni penerbit ebook – buku digital. Klikjer akan bagi komisen 50% dari harga jual.

Menarik kan? Daftar sekarang dan info akan diberi bagaimana mahu bermula.

===

Baik… itu sahaja yang boleh dikongsikan setakat ini.

 

 

 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge