5 Cara Untuk Meraih Manfaat Buku Yang Kita Baca

Bila berkesempatan pergi ke kedai buku besar, kita akan biasa lihat situasi ini:

Ada pelanggan kedai buku ‘menyorok’ di satu sudut, sedang membaca sambil mengambil nota dari buku yang dibacanya secara percuma itu.

Ada maklumat yang berguna dalam buku itu. Sama ada mereka baru bertemunya semasa membaca itu atau sudah mengetahuinya melalui cara yang lain yang buku itu memberikan fakta yang mereka perlukan.

Jadi buku itu sebenarnya amat bermanfaat untuk mereka.

Akan tetapi, mungkin ada sebab tertentu yang membuatkan mereka tidak membeli buku tersebut. Jadi mereka hanya mengambil catatan dan berharap dapat memperoleh manfaat dari buku itu tanpa membelinya. Maklumat percuma!

Apakah cara ini berkesan?

Adakah maklumat yang mereka catat dari bacaan percuma itu dapat dimanfaatkan?

Setiap orang ada cara tersendiri mendapatkan maklumat atau mengutip fakta dari buku yang dibacanya.

Lima cara yang dikongsikan di bawah ini adalah cara yang sering diamalkan oleh ‘ulat’ buku.

5 Cara Berkesan Mendapatkan Manfaat Dari Buku

===

1 # Baca buku sekurangnya-kurangnya 3 kali.

Ya! Paling kurang 3 kali. Kenapa? Sebabnya kerana kita akan lebih faham isi kandungan buku dan kita akan berjumpa point-point penting yang terlepas pandang pada bacaan sebelumnya.

===

2 # Tanda point-point penting.

Tanda point atau maklumat penting dengan garisan atau warnakan. Kenapa? Cara ini akan memudahkan kita. Ia dapat menjimatkan masa dan tenaga bila membaca buku itu semula.

Jangan risau jika tanda itu kelihatan mencomotkan dan mengotorkan buku. Buku adalah untuk diguna bukan untuk dijadikan  bahan hiasan.

===

3# Bertindak atas maklumat yang diketahui.

Selepas mengetahui point-point penting dari buku yang dibaca, kita perlu bertindak atas maklumat yang kita dapat itu. Pengetahuan hanya berkuasa bila diamalkan.

Bila kita baca buku semata-mata untuk tahu bukan untuk mengamalkannya, kita  akan menjadi ‘ilmuan yang tak memberi manfaat’.

Kita tahu banyak tapi pengetahuan itu tidak berguna langsung. Paling bagus pun kita akan mendapat tempat #1 dalam pertandingan membaca buku terbanyak!

===

4 # Ulang Bacaan.

Ini berbeza dengan pont #1. Pengetahuan yang kita dapat selepas membaca tiga kali akan kita lupa dalam tempoh yang lama. Jadi kita kita wajib mengulang baca buku itu, mungkin 1 tahun sekali.

Hanya itu caranya untuk anda terus ingat maklumat berharga dan seterusnya mendapat manfaat dari maklumat itu. Jangan biarkan buku berhabuk di rak.

===

5 # Beli buku.

Untuk mendapat manfaat sepenuhnya dari buku yang kita baca, buku itu mestilah kita miliki. Membaca sekali di perpustakaan dengan seimbas lalu dan membaca secara tergesa-gesa dengan percuma di kedai buku tidak akan berkesan. Kita akan lupa apa yang kita baca.

Untuk memiliki buku, kita perlulah membelinya. Purata biasa harga buku di Malaysia antara RM30-40. Dengan harga ini semua orang boleh membeli buku paling kurang 1 naskhah sebulan.

Kita mungkin rugi RM40 duit makan sebulan, akan tetapi pengetahuan dari buku yang kita beli itu dapat memberi ilmu untuk ‘cari makan’ sepanjang hidup kita.

Apa yang perlu kita buat ialah membeli dan membaca buku kepunyaan kita sendiri.

Fikirkan ini sejenak! Adakah anda tahu seseorang yang menjadi kaya, gembira, sihat, berjaya dan sebagainya hasil dari membaca buku secara percuma? Setahu saya tidak ada! Tidak ada! Tidak ada!

Setiap jutawan pasti ada koleksi buku mereka sendiri di rumah. Buku pinjaman atau buku perpustakaan hanya untuk bacaan santai.

===

Akhir sekali. Mari kita menjadi masyarakat yang membaca. Timba pengetahuan dengan membaca buku. Dan berusaha memanfaatkan pengetahuan kita itu. Bermanfaat untuk diri kita juga untuk orang lain.

===

Klik >>>: PENGETAHUAN YANG BERGUNA UNTUK ANDA YANG BERMINAT MENJUAL DI SHOPEE. RIBUAN ORANG SUDAH MERAIH MANFAAT DARI PENGETAHUAN INI DAN MEREKA MENJADI PENJUAL YANG SUKSES DI SHOPEE

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge