5 Tip Untuk Peniaga Makanan Meningkatkan Keuntungan Jualan

Ada tip bagus yang saya dapat dari satu video ringkas.

Untuk peniaga yang ingin meningkatkan jualan mereka terutama peniaga makanan.

Peniaga kios, gerai, cafe, restoran dan sebagainya.

1 – Berani melabur dalam pembungkusan makanan.

Ramai anggap pembungkusan yang cantik-cantik hanya untuk produk yang dikeluarkan secara banyak dari kilang. Juga untuk produk yang lama tarikh tamat luputnya.

Sebenarnya, untuk jualan harian pun patut mengunakan pembungkusan yang menarik.

Bayangkan kita membeli 10 keping roti canai yang diletak elok dalam sebuah kotak makanan yang cantik. Bukan ditindan dan digulung dalam lipatan kertas. Kuahnya diletak dalam bekas bertutup.

2 – Jual makanan yang laku.

Dan yang kurang kos pembuatannya. Jika kita jual laksa yang perlukan banyak bahan untuk membuatnya, mungkin kita patut pertimbangkan untuk tidak menjual Laksam atau Mee Kari yang juga banyak bahan untuk membuatnya.

Sekadar contoh: Bukankah lebih bagus kita menjual laksa dan menu satu lagi adalah pisang goreng yang agak mudah penyediaannya.

Atau cukup jual laksa je bila orang-orang di kawasan tempat kita menjual tu…macam saya…’hantu’ laksa!

3 – Sedikitkan menu.

Jangan jual banyak menu. laksa hendak jual. Laksam hendak jual. Mee kari hendak jual. Apam balik pun hendak jual. Roti jala pun hendak jual. Macam-macam hendak jual.

Banyak produk akan membuatkan kita atau staff ‘susah’ hendak kendalikan permintaan. Susah ini akan mengurangkan daya servis dan menyusahkan kita menjaga kualiti

Tumpu pada satu produk. Lebih 2 atau 3 produk sahaja. Bila kita tumpu pada produk yang ‘kecil’, kita akan dianggap pakar dalam penyediaan makanan itu. Ini satu cara menarik pelanggan.

4 – Harga bagi naik sikit.

Bila produk tidak banyak, kita boleh tumpukan pada kuantiti dan kualiti produk terbabit.

Gambar Hiasan Daripada Google

Seperti roti canai yang biasa kita makan hanya sebesar piring sahaja. Bagaimana bila ada roti canai sebesar pinggan?

Pelanggan tidak akan berkira sangat dengan harga bila berbaloi dengan produk. Berbaloi pada rasanya atau saiznya.

5 – Ambil feedback pelanggan.

Berusaha untuk improve servis atau kualiti produk bila ditegur atau dicadang oleh pelanggan.

Dulu kena sediakan kertas cadangan dan sebagainya. Kini pelangan boleh whatsapp atau komen di page bisnes. Jangan buang teguran dan cadangan pelanggan ini dalam ‘tong sampah’.

Berusaha baiki dan maklumkan kepada pelanggan pembaikan yang kita lakukan. Jika kita tidak dapat perbaiki atas beberapa sebab, kena maklumkan kepada pelanggan juga.

Dalam 5 tip ni, mungkin peniaga ‘berat’ sikit hendak amalkan tip 1 dan 4. Namun ini tip yang bagus.

===

Mungkin anda perlukan ini:

Klik >>>: Belajar bagaimana cara berniaga online produk fizikal di Shopee dengan betul sehingga mampu menjana sale 4 angka seminggu!

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge