Seorang yang ingin menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), perlulah tahu peranan dan bidang tugas PTD sebelum memohon jawatan PTD
Sejujurnya, bukan mudah untuk disahkan jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik walau nama sudah tersenarai sebagai calon.
Setiap calon perlu melepasi beberapa peringkat ujian terlebih dahulu sebelum layak menjadi PTD. Salah satunya peperiksaan online PTD.
Jika ada pengambilan pada tahun itu oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), setiap calon terpaksa bersaing dengan beribu calon lain bagi mengisi jawatan PTD yang kekosongan.
Kenapa jawatan PTD ini menjadi rebutan walau setiap calon terpaksa bersaing dengan ribuan calon lain?
KERJAYA SEBAGAI PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK
Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik adalah jawatan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia yang menjadi buruan graduan baru.
Sebabnya kerana beberapa faktor berikut yang menjadikan kerjaya PTD ini menarik. Antaranya;
1# Kenaikan pangkat bagi mereka yang bagus prestasinya dalam kalangan PTD lebih cepat berbanding jawatan Perkhidmatan Awam yang lain.
2# Gaji PTD juga lebih tinggi termasuk gaji minima jika dibandingkan dengan jawatan lain.
3# Jika bercita-cita untuk sampai ke puncak dalam Perkhidmatan Awam, contohnya mahu menjadi Ketua Pengarah satu-satu agensi kerajaan, maka PTD adalah laluan yang tepat.
Selain daripada 3 itu, antara kelebihan menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik ialah memperoleh manfaat seperti yang diberi kepada penjawat awam lain (dengan sedikit kelebihan berbanding yang lain);
- Elaun perumahan.
- Cost of living allowance (COLA).
- Imbuhan tetap khidmat awam (Itka).
- Menikmati kenaikan gaji setiap tahun.
- Kemudahan pinjaman untuk membeli komputer dan kenderaan.
- Cuti tahunan mengikut kelayakan.
- Cuti bersalin.
- Boleh membuat pinjaman perumahan.
- Caruman KWSP atau pencen.
- Bersara pada umur 58 tahun.
- Peluang kenaikan pangkat.
- Peluang melanjutkan pelajaran.
- Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa.
- Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga.
Mereka yang bercita-cita mahu mengisi kekosongan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik tidak sewajarnya hanya memikirkan gaji dan kemudahan yang akan didapati. Juga patut memikirkan keupayaan diri untuk memikul tugas sebagai PTD.
TUGAS PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK (PTD)
Berikut adalah 8 bidang tugas utama sebagai PTD. Antaranya:
- Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
- Pengurusan Kewangan,
- Keselamatan dan Pertahanan Negara,
- Pengurusan Teknologi Maklumat,
- Perancangan dan Pentadbiran Sosial / Infrastruktur,
- Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/ Tempatan
- Pengurusan Ekonomi dan
- Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.
Calon PTD wajib memahami dan mengkaji bidang tugas Pegawai Tadbir Diplomatik ini. Seeloknya dihafal. Mana tahu, di dalam peperiksaan nanti terselit 2-3 soalan berkenaan bidang tugas ini.
PROSES PENGAMBILAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK
Calon yang lulus peperiksaan bertulis PTD akan menghadiri sesi Panggilan Assessment Center (PAC), panggilan untuk menguji keupayaan fizikal dan mental. Sebagai tapisan siapa yang benar-benar layak untuk dilantik sebagai PTD.
Dari segi fizikal, setiap calon akan dinilai ukuran berat badan, berlari dan aktiviti lain yang melibatkan penggunaan tenaga.
Dari segi mental pula, ujian berbentuk keupayaan menjawab soalan spontan, cara penyelesaian masalah dan pelbagai ujian melibatkan penggunaan akal fikiran atau tahap pengetahuan dan kecerdasan mental.
Untuk sesi ini tiada rujukan yang dapat dirujuk awal. Semuanya bergantung atas keupayaan diri sendiri. Yalah, seperti disuruh berlari! Apa perkara yang hendak dirujuk?
Namun pada 2014, sesi ini ditiadakan! Mana-mana calon yang lulus peperiksaan PTD tahun itu terus dipanggil temuduga, kemudian direkrut sebagai kadet PTD selama setahun.
Jadi fokus utama setiap calon adalah untuk lulus peperiksaan online PTD. Sesi PAC pula bergantung kepada keputusan semasa. Mungkin ada dan mungkin tiada!
RUJUKAN KHAS PEPERIKSAAN ONLINE PTD
Setiap kali ada panggilan untuk exam online PTD, Pihak InfoKerjaya ada mengeluarkan ebook sebagai rujukan setiap calon.
Setiap calon memang boleh mendapatkan buku cetakan di pasaran terbuka, seperti buku “MALAYSIA KITA – Panduan Dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan”.
Buku ini walau tertulis ‘Terkini” tetapi terkini yang dimaksudkan adalah maklumat pada zaman Pak Lah menjadi Perdana Menteri!
Jadi ebook terkini yang dikeluarkan oleh Pihak InfoKerjaya adalah pilihan tepat.
Ebook ini sentiasa dikemaskini dengan maklumat terkini. Ia berbeza dengan ebook yang dikeluarkan sebelumnya. Dan telah terbukti membantu lebih 12,000 calon PTD sebelum ini.
Ebook Rujukan Peperiksaan Online PTD ini tidak dijual sepanjang masa. Ia hanya dibuka untuk jualan sekiranya exam ini akan diadakan. Dan pastinya setelah dikemaskini dengan maklumat terbaru.
Jangan lupa daftar emel anda di bawah untuk terima update terkini tentang peperiksaan online PTD.
Anda akan dimaklumkan sekiranya Peperiksaan online PTD akan diadakan. Dan bila ebook ini dibuka untuk jualan.
Daftar nama dan emel anda di bawah.
Ramai orang suka dan berangan angan nak jadi ptd sebab gaji lumayan
lepas tu peluang nak pegang jawatan besar kerajaan tinggi
Tanggung jawab di akhirat pun besar juga
Mama Hakim recently posted..No Telefon Penting Di Klang. Wajib Simpan Untuk Kecemasan!
Bukan PTD sahaja, semua penjawat awam baik kecil tugasnya atau besar…akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.
ramai suka jadi ptd, dulu cita2 saya la ni. tapi tak tercapai
raihanah recently posted..Manfaat Ellagic Acid Dalam Anggur Muscadine
Semua penjawat awam ada keinginan yang sama…
pernah attend interview utk pengambilan PTD..tapi hampa..mencabar oo
JMR recently posted..Kenapa Suka Balik Kampung?
Sebab tugasnya mencabar…interview dia pun…mencabar juga lah.
Dengar-dengar peperiksaan online ni mencabar… kena ada panduan baru la mudah sikit
Dedaun Comel recently posted..Rezeki Akan Lebih Murah Jika Buat 8 Perkara Ini Terlebih Dahulu
Sampai skrg xdan nk jadi PTD.
pehh, nak ambik pun berpikir gak, sebab ujian2 sebelum layak tu pun dah mencabar
rasanya ada susah kot peperiksaan online ni…ada juga yang kata susah dan sangat mncabar..
Saya pun ada juga kawan yang kerja sebagai PTD. Memang nampak sedikit berbeza berbanding lain-lain penjawat awam. Dari segi penampilan pun nampak bezanya.
sabree hussin recently posted..Nasihat untuk usahawan online yang ingin menjalankan perniagaan ecommerce
Memang sangat mencabar bidang tugas PTD ni, hanya mereka yang betul-betul layak sahaja menyandang jawatan ni
NORIZA ABDUL RAHMAN recently posted..Senaman KEGEL Ketatkan Otot Vagina, Senaman Wajib bagi Wanita yang Pernah Bersalin