Abang Sado mengusahakan bisnes pastry dari rumah di Kampung Tengah, Kuala Sungai, Yan Kedah selepas berhenti kerja sebagai pekerja pelantar minyak di Terengganu setahun yang lalu.
Mulanya dia dipanggil dengan panggilan kakak atau ‘sis’ oleh pelanggannnya yang menempah kek menerusi aplikasi WhatsApp kerana menyangka dia seorang wanita. Dan mereka terkejut bila menyedari dia seorang lelaki ketika menghantar tempahan pelanggan.
Ya..memang ramai wanita yang mengusahakan bisnes pastry dan kek dari rumah. Jarang ada lelaki yang menceburi bisnes ini. Padanlah kalau ramai salah sangka.
>>KLIK DI SINI UNTUK BELAJAR CARA BUAT BISNES PASTRI DARI RUMAH<<
Azrul Nizam Azali memilih nama Sado kerana nama itu menarik dan mudah melekat pada ingatan pelanggan selain dirinya memang gemar ke gymnasium. Dan kini pelanggan memanggilnya, Azrul Abang Sado.
Azrul Abang Sado mengusahakan pastry dan pelbagai jenis kek. Pada musim perayaan, tempahan kek mencecah hampir 1,000 tempahan terdiri daripada kek karamel gedik, kek lapis pandan, kek lapis masam manis, kek marble dan kek brownies.
Kek gedik diberi sempena lapisan pudding lembut yang diletakkan atas kek tersebut. Kek ini dijual dengan harga serendah RM15 hingga RM45 bergantung kepada saiz. Kek gedik ini adalah produk yang paling mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.
Menurut Azrul, dia belajar membuat kek di kelas berbayar selain di YouTube.
Memang sangat bijak untuk mereka yang berminat dalam bisnes kek dan pastry untuk memulakan bisnes ini bermula dari rumah.
>>DAPATKAN PANDUAN LENGKAP MULAKAN BISNES PASTRI DARI RUMAH<<
Memulakan bisnes pastry dan kek dari rumah bukan hanya boleh dimulakan oleh wanita, malah lelaki juga. Boleh dimulakan oleh sesiapa sahaja yang berminat. Azrul Abang Sado telah membuktikannya.
tak sangka abang sado berminat dalam bidang yang disukai oleh wanita..
memang benar ..sesekali Allah nak bagi rezeki memang boleh jadi punya…
mrhanafi recently posted..Cerita lelaki berselipar buruk dengan kereta mewah
Badan sado tapi tangan penuh berseni….Nak buat kek ni selain minat kena berseni dalam pembuatan… kalau tidak kek tidak menjadi.
ahmadyani recently posted..Anda Pasti Terkejut Bila Dapat Tahu ‘Produk’ Ni Pun Boleh Jual Di Ebay
betul juga…memang tidak dinafikan minat yang paling utama..
kalau saya memang kelaut la jawapnya
mrhanafi recently posted..Kisah Nenek Tua Bersedekah Seekor Kambing
ni jenis abang sado yang suka duduk dekat dapur. Abang sado buat kek gedik…memang boleh mempengaruhi dan menarik minat pembeli
olaoli recently posted..Anak perempuan seorang
Nama yang unik memang boleh menarik minat dan mempengaruhi seseorang untuk membeli…
ahmadyani recently posted..Anda Pasti Terkejut Bila Dapat Tahu ‘Produk’ Ni Pun Boleh Jual Di Ebay
Salut dan kagum dengan usaha abang sado ini, membuktikan bahawa seorang lelaki juga hebat buat kek dari rumah. Boleh jadikan ilham dan contoh kepada abang-abang yang lain
Khairul Zamri recently posted..Salam Aidilfitri 1439H Lain Dari Dahulu
Kata orang, tidak cuba tidak tahu…
ahmadyani recently posted..Anda Pasti Terkejut Bila Dapat Tahu ‘Produk’ Ni Pun Boleh Jual Di Ebay
hahaha, sekarang ni semua yang buat bisnes online mesti disambut dengan “sis”, mcm lelaki takde buat jual2 ni hahaha
macam menarik je..
walaupun tak sado tapi best gak kalau meniaga kek ni
Kalau usaha, tak malu berniaga tepi jalan sekalipun, Insyallah berjaya.
Man Jadda Wa Jadda, siapa yang berusaha pasti dia dapat..
ahmadyani recently posted..Anda Pasti Terkejut Bila Dapat Tahu ‘Produk’ Ni Pun Boleh Jual Di Ebay
Chef-chef international yang popular pun kebanyakannya lelaki. Tak mustahil azrul sado pun boleh terkenal di seluruh dunia.
Ksjb recently posted..Senaman yang mudah
Sado bukan penghalang untuk berniaga 🙂
AhmadiKatu recently posted..Hidup Ini Perlukan Ujian – Hadapinya Dengan Kesyukuran
Jenama kek gedik tu sendiri dah kuat nak tarik perhatian orang. Yang jual pulak guna nama abang sado. Memang ngam.
Yoy recently posted..3 Web Hosting Murah dan Terbaik Malaysia 2018
kalau pandai berniaga, memang buat apa semua pun menjadi bro
rujukan recently posted..TM Streamyx Speed Test Download Dan Upload
Hehe comel ja rasa nama abang sado