Sebelum ini saya ada beritahu 3 sebab utama kenapa saya rekodkan setiap buku yang ada dalam simpanan saya;
Sebab #1 – Sebagai motivasi diri untuk mengulang baca setiap buku yang ada.
Sebab #2 – Mendorong untuk menambah koleksi buku yang ada dalam simpanan.
Sebab #3 – Harapan besar agar ia turut memotivasi dan mendorong pembaca blog ini untuk membeli dan membaca buku.
Tidak hanya komentar isi kandungan buku itu tetapi mungkin semuanya saya akan rekodkan. Di mana saya beli atau harganya. Sudah tentu nama pengarangnya dan penerbit. Dan apa sahaja kenangan tentang buku itu sekiranya ada.
TAJUK; Aku Budak Lenggong; Walau di mana pun aku berada, aku masih lagi budak Lenggong…
PENGARANG; Hamizul Abdul Hamid. Anak jati Lenggong. Kini bertugas sebagai Eksekutif Dakwah di Lembaga Zakat Selangor. Aktif menulis dan menyampaikan dakwah zakat di merata tempat.
Penulis buku – ‘Diari Seorang Amil; Zakat Mengubah Diri’.
Boleh dihubungi di… http://www.hamizul.com
PENERBIT; Kemilau Publika (www.kemilau.net.my).
Cetakan pertama, Oktober 2014.
ISBN; 978-967-361-133-1
Harga; RM20sm/RM23ss
TEMPAT BELI; Pustaka Pertama, Komplek Pertama, Jln.T.A.R, Kuala Lumpur.
Harga beli; RM17 diskaun RM3.
Tarikh beli ; Jumaat 02/10/15.
CATATAN TENTANG BUKU
Saya juga anak kelahiran Lenggong. Dan setiap apa yang dicatatkan di dalam buku ini hampir kesemuanya pernah saya alami. Bezanya penulis buku ini ada ingatan yang kuat untuk memperincikan setiap kejadian yang diharunginya semasa kecil dan mencatatkannya di dalam sebuah buku.
Tidak ramai yang semasa kecilnya melalui zaman tiada elektrik. Pelita minyak tanah dan kabaid adalah sumber cahaya. TV adalah peti ajaib. Sungai, bendang, kubang adalah tempat bermain. Lastik, senapang kayu, gasing, congkak juga batu Seremban adalah barang permainan.
Serta banyak lagi kenangan yang tidak terungkap dan tidak mungkin akan dialami lagi. Serta banyak lagi barangan dan alatan yang mungkin tidak akan dijumpai lagi.
Buku ini tidak dianggap memoir kerana memoir bagi si penulis sesuai untuk tokoh hebat dan ternama dan juga banyak jasa. Aku Budak Lenggong hanya sekadar catatan memori masa kecil di kampung tempat lahir.
Tidak ramai orang mudah ingat zaman kecilnya. Kerana itu buku ini mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan. Ditulis sedikit demi sedikit secara santai, pada masa senggang sebelum tidur.
Lenggong adalah daerah kecil di Hulu Perak yang subur hijau dan nyaman. Utaranya, daerah Grik sementara selatannya, daerah Kuala Kangsar.
Macam-macam ada di lenggong. Di Lenggong ada ada Tasik Raban yang terbentuk bila terbina Empangan Chenderoh. Empangan pertama dibina di Asia Tenggara pada 1927. Di Lenggong ada Lata dan Jeram tempat berkelah. Ada gunung dan bukit yang dipenuhi rangkaian gua-gua untuk diterokai. Ada ladang ternakan rusa. Ada banyak lagi.
Lenggong mula terkenal di Malaysia bila berlaku kes al-Maunah di Kg. Jenalik pada penghujung tahun 2000.
Dan Lenggong mula terkenal di dunia bila ‘Perak Man’ ditemui di salah satu gua di sini. Hasil penemuan ini Muzium Arkeologi Lenggong dibina. Dekat benar dengan Kg. Luat, tempat lahir saya.
Pada 2 Julai 2012, UNESCO telah mewartakan Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO kerana Lenggong khususnya di Kota Tampan, tapak Muzium Arkeologi dibina adalah daerah yang banyak menyumbang data kepada pengetahuan pra-sejarah Malaysia dari 1,000 hingga 300,000 tahun dahulu.
Lenggong adalah daerah ‘pelarian diri’ daripada kekacauan minda dan kemelut kota besar yang bingit dan menekan perasaan.
Seperti penulis, saya juga lahir di Lenggong. Saya tidak malu mengaku dari mana saya berasal.
Saya pun pernah beli buku hasil penulisan penulis ni. Saya beli buku tentang Zakat 😀
sabree hussin recently posted..Penyapu ajaib Swivel Sweeper memudahkan kerja-kerja menyapu
Bahasa tlisannya bagus…
wow..orang lenggong hebat-hebat belaka..saya juga tidak malu mengaku berasal dari kampung
mrhanafi recently posted..Program Terpantas Jana Income Online
Saya lebih menghormati mereka yang hebat yang berasal dari kampung. Kerana selalunya mereka bermula dengan kosong…
rekod buku sebagai tanda disiplin 🙂
Ikhwan recently posted..Tambah Bayaran Rumah Sewa Untung Berganda
Taklah jauh dengan Ipoh…Lenggong banyak lokasi menarik. Warisan Sejarah
Sesekali singgah di lenggong semasa dalam perjalanan ke Grik.
Afzai Afandi recently posted..Hidangan Viral Ala-ala ShellOut
Pekan kecil tetapi menarik…
pernah lalu tapi tak pernah singgah beli barang di sana. bukan pula asal di sana
suri recently posted..Borong Kain Mudah Tutorial Jahit Baju Kurung, Baju Melayu Seluar Dan Jubah
Sudah ada jalan besar dari Kuala Kangsar ke Grik. Tidak melalui pekan Lenggong….
aku budak kg sijangkang…hihi
abg jay recently posted..Kelebihan Guna Plan Prepaid Data XOX.
Kg mana pun, pasti tempat yang menyeronokkan…
Hasil penulisan buku dari Hamizul anak Lenggong secara tak langsung bagi idea pada novelis dan bakal novelis untuk buat novel serupa. Ataupun dah ada novel macam ‘Aku anak Lenggong’ sebelum ni?
kerja sendiri recently posted..Affiliate vs Dropship
Aku Anak lenggong bukanlah novel. tapi catatan hidup semasa kecil di kampung tempat lahir. Boleh dikatakan catatan ilmiah.
owh orang lenggong rupanya, lenggong cantikkan, tasik kat atas tu
Raihanah Ahmad recently posted..Nutrisi Kaya Antioksida Melindungi Daripada Kanser
Hulu Perak memang terkenal dengan tasik. Tasik Raban dan Tasik Temenggor..
yang ni tak pernah lagi baca buku tu.
titan recently posted..TIGA Rahsia dan CARA Menambat NAFSU suami
Mesti penulis ini seusia dengan mak ayah saya sebab pengalaman membesar yang hampir serupa dengan mereka
azimah mohd zainuddin recently posted..Berapa Banyak Vitamin C Perlu Diambil
memang tak lari dari buku.
pegi mana-mana pun, jumpa buku. hoho..
ohcikgu recently posted..Esok SPM dah.
Terima kasih kerana membaca ABL. Moga bermanfaat.