Kedai roti dan kek di Lot 1-12, Bangunan Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur (HQ Majlis Amanah Rakyat Malaysia –MARA) dikatakan satu-satunya kedai roti dan kek kepunyaan seratus peratus Melayu Islam di tengah pusat Bandar Kuala Lumpur.
Mengikut tinjauan saya, kedai-kedai roti dan kek di pusat Bandar Kuala Lumpur adalah kepunyaan bukan Bumiputera, bukan Islam dan bukan Melayu kecuali jika ada yang saya terlepas pandang.
Bukannya tidak ada kedai roti dan kek kepunyaan Bumiputera Melayu, tetapi kebanyakannya beroperasi di pinggir pusat Bandar.
Kedai Safa Bakery & Café di Medan Mara ini boleh dikatakan sama usianya dengan Bangunan Medan Mara itu sendiri. Sudah lebih daripada 23 tahun. Ketika kedai ini memulakan operasi, bangunan Sogo dan Maju Junction berdekatan Medan Mara belum lagi ada. KLCC dan Menara KL pun belum ada lagi. LRT dan KL Monorel belum nampak bayangnya lagi.
Roti yang dijual di sini dibuat segar pada setiap hari. Buat hari ini, jual hari ini. Diuli dan dibakar di kedai ini juga. Bukan datang dari dapur berpusat. Bau roti yang dibakar itulah yang menarik pelanggan datang.
Video Panduan Bagaimana Anda Boleh Buat Bun, Pau dan Pizza Seperti Chef Hotel
Kedai ini telah melalui banyak cabaran sepanjang operasinya. Pemiliknya memulakan kedai ini tanpa pengetahuan tentang bisnes. Kosong pengetahuan tentang roti dan kek. Dalam tanpa pengetahuan itu, ekonomi suram ketika tahun memasuki alaf baharu, kos bahan mentah yang asyik naik tidak turun-turun. Karenah pekerja juga isu-isu penyewaan kedai.
Seteruk mana pun cabaran yang dihadapi, kedai ini masih kekal. Yang tidak kekal hanya namanya. Dulu dikenali sebagai Ikhwan Cake House. Mungkin kerana nama Ikhwan sudah banyak diguna dan pemiliknya tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana pihak, maka nama Safa Bakery & Café digunakan.
Sempena dengan nama baru ini, kedai Safa Bakery & Café di Lot 1-12, Bangunan Medan Mara, Jalan Raja Laut juga diubah suai menjadi serba baharu. Bagaimana pun Safa Bakery & Café tahu, pelanggan tidak mahu semuanya ‘serba baharu’.
Pelanggan masih mahukan roti yang dibuat segar pada setiap hari, sama seperti dahulu. Bila menjelang raya, pelanggan masih mahukan biskut yang biasa mereka beli dan makan, sama seperti dahulu sebagai juadah hari raya.
Safa Bakery & Café masih mengekalkan jualan roti sebagai jualan utama. Roti yang diuli dan dibakar setiap hari. Sama juga dengan biskut. Semua produk yang dijual di Safa adalah dibuat sendiri. Kecuali makanan-makanan ringan yang tidak dapat dibuat sendiri. Safa Bakery & Café akan mendapatkannya dari pembekal luar.
Buat masa sekarang Safa Bakery & Café beroperasi di ruang luar bangunan Medan Mara. Kerana selain kedai yang sedang diubah suai, MARA juga sedang mengubah suai bangunan miliknya.
Safa Bakery & Café menjemput pelanggan datang untuk mendapatkan roti yang dibuat segar setiap hari. Roti yang diusahakan oleh Bumiputera Melayu Islam. Jemput datang ke Lot 1-12, Bangunan Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur ( HQ MARA ). Bersebelahan dengan Komplek Pertama. Bersambung dengan bangunan Busana MARA. Berdekatan SOGO dan Maju Junction.
susah betul nak cari kedai roti muslim sekarang ni hurmmm
siti hazreen recently posted..Lawatan Ke Lumut, Perak – GM Holiday Hotel (1)
Kalau ada pun Francais yang bukan muslim punya…
Fardhu kifayah..turut bangga walau sedikit sedih melihat kedai atau premis tetap org Melayu di KL semakin pupus…
JAWATAN KOSONG TERBARU recently posted..KEKOSONGAN JAWATAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PAHANG
bagus ada kedai macam ni, kalau nak lagi elok, melayu mesti kena beli bangunan kedai, baru boleh buka kedai di tengah bandar
myrujukan recently posted..Berapa Jumlah Trafik Minima Untuk Buat Duit Dengan Adsense
Memang salah satu masalah bisnes orang Melayu adalah soal penyewaan. Yang peliknya jika bisnes maju, yang dibeli adalah kereta mewah, membesarkan rumah bukan mahu mendaptkan rumah kedai.
Thanks ya for the info..kita tak pernah masuk sini lagi..nanti boleh cuba..kena support bumiputera kan..Succes untuk mereka..
Raudzah recently posted..Tahniah Pahang Juara Piala Malaysia 2014
Kalau datang ke MARA, patut singgah ke kedai ni….
Ada urusan di Mara akan sarapan dahulu di sana. 🙂
akubiomed recently posted..Kelas Fotografi Botani di Taman Botani Putrajaya
Ada yang pertama kali datang ke MARA sedikit terkejut bila tahu ada kedai roti Melayu di MARA. Mungkin dia biasa ingat kedai roti ni….selalunya diusahakan oleh orang cina.
Bagusnya kedai kek roti dan kek orang Melayu, jika jalan ke sana, in sha Allah Ani singgah.
Bangga dengan pencapaian mereka 🙂
Ani Haryani recently posted..Pandangan Dr Mohamed Nasr berkenaan Shaklee’s Soy Protein (ESP)
uli sendiri yang mahal tuer.support produk keluaran bumiputra.
Muhamad Hirman recently posted..Pakej Blog Shaklee Dan Online Coaching
Isu ni mungkin sensitif sikit kan? Tapi dengan orang kita rasa lagi selesa tapi ada je orang melayu sendiri yang kerek.
Fyda Noh recently posted..Ibu Hamil Kempunan Tak Dapat Minum Vivix
dekat ipoh tak ada selalu kedai roti cina.kalau ada hanya pekerja sahaja orang melayu
suri recently posted..Petua Dan Cara Menajamkan Mata Pengisar
Kedai roti cina memang akan ambil pekerja Melayu, kerana pasaran Melayu luas…
Ini dunia kita…sepatutnya kita blh lebih dari itu…satu ni kira fardhu kifayah je le…
JAWATAN KOSONG TERBARU recently posted..JAWATAN KOSONG LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU
boleh dijadikan contoh kepada yang berminat dalam bidang bakeri. Kalau roti dan kek itu dibuat sendiri di kedai pasti aroma dan kesegarannya akan menarik lebih ramai pelanggan
puteri kasih recently posted..Terima Kasih Penyeri Blog Oktober 2014
Gerai melayu banyak di KL banyaklah… Siap bergaduh dgn peniaga Indon rebut tapak…bila penguatkuasa DBKL datang…mak ai laju gile gerai n tuan2nye skali blh lari lebih laju dari 4 x 100 m lintang pukang selamatkan gerai daripada dirampas.
JAWATAN KOSONG TERBARU recently posted..IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KERANI AMANAH RAYA
huhu..kalau dekat leh gak try keharuman roti bakar ni..23 tahun punya pengalam tu.
Hafizul recently posted..Jadi Kaki Buli, Siapa Yang Harus Dipersalahkan?
Kalau tengok bangunan MARA tu pun dah uzur…itulah satu2 mercu kejayaan anak melayu yang masih ada di KL tu kot..
JAWATAN KOSONG TERBARU recently posted..TEMUDUGA TERBUKA FIREFLY
Semoga ramai lagi orang melayu islam membuka perniagaan di pusat bandaraya untuk bersaing dengan orang bukan islam.
Imran recently posted..Adab dan budi keperibadian bangsa
bukan senang nak survive dalam bisnes lebih lebih lagi dalam tengah kota begitu..
Kakiblog recently posted..7 Kriteria Pemilihan Blog Terbaik