Mahu tiru blogger lain yang biasa meletak gambar tanpa kata pada setiap rabu. Apa yang ingin saya letakkan sebagai bahan untuk wordless wednesday?
Ada beberapa idea muncul;
1# Letakkan buku-buku yang berada dalam simpanan.
2# Letakkan gambar-gambar kenangan peribadi. Gambar lama atau baru.
3# Letakkan kedua-duanya, buku dan gambar peribadi secara berselang seli.
4# Jangan letakkan apa-apa. Maksudnya jangan terikut dengan gaya orang lain yang ‘wajib’ meletakkan gambar tanpa kata [wordless] pada setiap rabu [wednesday]. Kebiasaan orang tidak semestinya menjadi kebiasaan kita, walaupun tidak ada salahnya pada kebiasaan itu.
Mana satu di antara 4 ini yang patut saya pilih?
Jika meletakkan foto unik, ade ceritanya seribu makna pasti menarik boleh menggugah berbagai tafsiran
musi recently posted..Yakinlah kepada “Kepercayaan”
Salam, aku ada nampak gak blogger lain buat mcm tu… aku tertanya2, apa yg diorang buat sebenarnya… 🙂 siapa punya idea tu?
emet recently posted..Koleksi Boot Safee Sali (Gambar)
Entah mengapa saya tertarik dengan no.4. Sekali-sekala, saya suka unik dan lain daripada yang lain. Mungkin boleh dipraktikkan. 🙂
Hadi Rofiee recently posted..Pengalaman Menjadi Pemandu Pelancong