Bagaimana Untuk Menyediakan Burger Yang Perfect

Menyediakan burger yang perfect, seperti membuat kerja yang seni. Apa-apa pun jenis kerja seni, ia tidak dibuat semberono. Semua perkara perlu diambil kira.

Segala kerja perlu dimulakan satu demi satu sehingga akhir. Yang dahulu didahulukan. Yang akhir jangan diletak pada awal. Ada pertimbangan jumlahnya.  Ada cara susun aturnya. Semuanya mengikut tertib.

Barulah pelanggan yang makan burger yang kita jual akan berkata, “Inilah burger paling sedap pernah aku makan!”

Mari kita belajar bagaimana membuat dan menyediakan burger yang perfect.

===

DAGING BURGER

Kita bercakap tentang daging burger yang dibuat sendiri bukan keluaran kilang.

Daging yang bagus terdiri dari 80% daging dan 20% lemak (80/20). Daging yang sedap memang memerlukan sedikit lemak. Jika menggunakan daging keluaran kilang, pilih daging yang ada sedikit lemaknya.

Tebalnya tidak melebihi 1.5cm dan tidak kurang dari 1cm. Supaya bila tidak terlalu tebal ia masak dengan sempurna dan tidak terlalu masak hingga daging menjadi kepingan kering bila terlalu nipis.

bisnes burger laris

Saiz besarnya adalah sebesar roti yang digunakan. Tidak besar hingga terkeluar dari potongan roti dan tidak kecil hingga ‘terperosok’ di tengah roti. Saiz daging mentah mesti lebih besar sedikit dari roti. Kerana bila dimasak daging akan menyusut sedikit.

Buat lekuk ‘kawah’ di tengah daging sebelum membakar dengan jari atau sudu, kerana daging sedikit mengelembung bila di masak. Bila bahagian ini mengeluarkan minyak waktu memasak, ini masa untuk membalikkan daging.

Jangan letak banyak minyak sebelum menggoreng kerana daging akan mengeluarkan minyaknya sendiri. Hanya sapu sedikit minyak supaya daging tidak melekat atas papan pembakar. Kita tidak mahu rasa daging ini hilang dengan minyak yang lain.

Untuk daging yang dibuat sendiri, jangan campur garam dalam proses pembuatan. Garam akan menghilangkan jus daging dan menjadikan daging keras seperti sosej. Letak garam pada kedua-dua permukaan daging ketika proses membakar sahaja.

Elak kerap membalik-balikkan daging ketika membakar. Jus daging akan keluar dengan banyak dan akan menghilangkan rasa daging. Sepatutnya hanya sekali balikan sahaja. Tetapkan masa untuk membakar pada kedua-dua belah daging.

===

CHEESE – KEJU

Pilih kepingan cheese. Bukan cheese parut atau selainnya. Kepingan cheese tidak terlalu kuat rasanya dan dapat meleleh dan menutup daging dengan sempurna. Ia ringan dan berkrim. Rasanya yang lembut tidak menutup rasa daging.

===

ROTI

Pilih roti lembut yang sama besar dengan daging. Biasa kita menyapu butter atau mentega pada roti sebelum membakarnya sebentar. Ia membuatkan roti berkerak tapi sebahagian besar lelemak akan menyerap kedalam roti membuatkan roti ‘basah’.

Petua yang bagus adalah menyapu mayo! Mayo memberikan kerak ‘keemasan’ yang sedap! Hanya berkerak diluar dan tidak menyerap ke dalam roti.

===

SAYURAN

Salad atau hirisan timun. Kita mahu yang segar, hijau dan rangup.

Biasa kita lihat penjual burger merendam salad dalam air. Hirisan timun yang sedia dihiris banyak. Cara buat kerja begini tidak berapa bagus.

Salad terendam akan menyerap air. Begitu juga timun yang dihiris, lebih lagi yang diracik awal akan mengeluarkan air. Ini akan mengganggu rasa burger.

Basuh salad dan keringkan betu-betul. Timun hanya diracik atau dihiris ketika diperlukan sahaja.

Untuk mendapatkan perfect burger, memang kerja leceh sedikit.

===

BAWANG

Hiris bawang senipis yang mungkin. Gunakan bawang merah. Bawang yang dihiris nipis memberikan rasa gigitan yang berbeza dengan potongan bawang yang kasar.

Bawang ini tidak ada pun tidak mengapa. Lebih baik bertanya kepada pelanggan, adakah mereka mahukan bawang dalam burger mereka. Ada orang yang tidak sukakan bawang.

===

SOS

Sos pada burger seperti sapuan icing pada kek. Sos yang pedas, manis, masin juga berlemak, melengkapkan dan menyatukan semunya menjadikan burger yang perfect.

Gunakan satu sos sahaja atau gabungan sos cili, tomato, lada hitam atau cheese mayo.

===

Begitulah untuk menyediakan burger yang perfect. Segalanya mengenai kesederhanaan dalam penyediaan. Keterlaluan dalam penyediaan burger boleh merosakkan.

Antara yang boleh dikatakan ‘merosakkan’ dalam penyediaan burger:

Sebelum itu kita kena faham, burger sebenarnya hanya daging yang dikepit dengan roti. Segala sos segala salad sebenarnya hanya ‘sampingan’.

Jadi untuk mendapatkan perfect burger, pastikan segala salad dan sos yang diletak, tidak keterlaluan hingga menghilangkan rasa daging dan kelembutan roti.

Ambil perhatian beberapa perkara ini;

1 – TOMATO membuatkan burger nampak cantik dan sedap. Tetapi tomato membuatkan daging dan roti berair, menjadikan burger berlendir, lebih lagi tomato yang tidak lagi segar.

2 – SOS LADA HITAM atau sos biji sawi yang terlalu pekat dan dituang melimpah ruah hingga hilang rasa daging burger. Kita bercakap tentang daging burger bukan daging stik! Begitu juga sos yang lain, tidak perlu keterlaluan hingga meleleh sampai menutup rasa daging dan roti.

===

Itu antara yang perlu dilakukan untuk membuat Perfect Burger. Bila kalian pandai menyediakan burger yang bagus, kenapa tidak menjualnya?

KLIK DI SINI >>>: Bagaimana Memulakan Bisnes Burger Dengan Pendapatan 4-5 Angka Sebulan, Didedahkan Secara Langkah-Demi-Langkah Oleh Seorang Anak Kepada Jutawan Senyap Malaysia! Boleh Buat Sampingan Atau Sepenuh Masa.

Atau….

KLIK DI SINI >>>: Lihat produk/ebook lain yang berguna untuk anda yang ingin memulakan bisnes lain, sama ada bisnes online atau offline. Atau anda boleh promosikan produk/ebook ini untuk mendapat komisen.

One comment

Leave a Reply to Snapbackpacker Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge