Rujuk di Wikipedia untuk mengenal siapa Syeikh Ahmad al Fathani. Ini adalah tafsiran beliau, apa itu Bangsa Melayu:
1 – Bangsa Melayu tinggal di negeri yang sesubur-subur negeri.
2 – Negeri Bangsa Melayu itu terletak di antara Benua India dan Benua China.
3 – Bangsa Melayu juga disebut sebagai Bangsa Jawi.
4 – Bahasa Melayu adalah bahasa yang paling ringan dan mudah disebut dan mudah dipelajari.
5 – Bangsa Melayu itu bersifat ikhlas, lemah lembut, bahasanya lunak, akhlaknya sopan.
6 – Bangsa Melayu mahir dalam pertukangan, tidak takut menerima perubahan teknologi dan mudah faham dengan segala macam ilmu.
7 – Banyak perkara besar boleh dilakukan oleh Bangsa Melayu tetapi mereka tertipu dengan tipu daya kekuasaan kafir.
# Negeri Melayu adalah negeri yang berkat kerana ramai keturunan Rasulullah datang berdakwah ke sini dan berkahwin dengan penduduk di sini membentuk keturunan dan juga kerana di sini juga lahir ramai ulama yang alim dan warak.
# Bangsa Melayu adalah bangsa teras, bukan bangsa hasil kacukan! Tetapi ramai orang Melayu malu dengan bangsa mereka sendiri hingga ada yang malu mengakui mereka itu berbangsa Melayu
saya agak kurang membaca sekarang ini…
lebih kepada menonton Youtube yang bercorak ilmuan dan informasi
mrhanafi recently posted..Nikmatnya makan cokelat hingga menjilat bibir