Banyak cara blogger menulis di blog mereka.
Ada yang terus menulis di ruang post dashboard. Apa yang ada dalam kepala, itulah yang ditulis. Habis tulis terus diterbitkan.
Ada yang menulis di word atau notepad dahulu. Kemudian tampal di ruang post dan diterbitkan
Lain blogger lain cara. Setiap orang lakukan apa yang serasi dan dirasakan senang padanya.
Saya pula tidak dapat terus menulis di ruang post dashboard. Mahu terus menaip di word atau notepad sambil memikir apa yang hendak ditulis seterusnya juga tidak boleh.
Sebenarnya saya tidak boleh mengadap skrin lama-lama. Berpinar mata dibuatnya. Lagi satu, saya rasa akan membazirkan bateri laptop atau letrik sahaja kalau terus menulis di situ sambil berfikir-fikir apa yang hendak ditulis seterusnya.
Maka kerana itu saya suka menconteng dulu atas kertas. Bukan buku tulis. Kertas sekeping. Bila tidak tahu menyambung apa hendak ditulis, kertas itu cuma dilipat dan selit dalam poket. Tidak boleh buat begitu kalau tulis dalam buku kecuali buku 555.
Lagi pula saya rasa membazir kalau tulis dalam buku. Ia sudah tidak berguna lagi selepas tulisan itu diterbitkan sebagai entri blog atau untuk apa tujuan pun. Lain keadaannya bila menjadi penulis terkenal seperti Datuk A Samad Said. Kertas atau buku contengan idea beliau adalah satu ‘kerja seni’ yang boleh disimpan di Arkib.
Kertas contengan ini buka A4 atau kertas kajang baharu. Hanya kertas yang saya ‘kutip’ di merata tempat yang sudah diguna sebelahnya tapi yang sebelah lagi masih kosong bersih. Sayang benar kalau kertas ini dibuang tanpa diguna kedua-dua belah.
Pelbagai ragam pula cara terbit. Ada yang terus diterbit sebaik habis ditulis. Tanpa diedit dan diperhalusi susunan Bahasa. Sesetengahnya ambil masa untuk mengedit dan memperbetulkan pengunaan ayat supaya ‘rasa sedap’ bila dibaca sebelum diterbitkan.
Sebahagian lagi mungkin menghadapi masalah seperti yang saya selalu alami ini atau saya sahaja yang mengalami situasi ini??? Artikel sudah ditulis. Artikel sudah diedit tulisan dan susunan bahasanya tapi ‘takut’ untuk diterbitkan!
…bersambung…
puteri biasanya terus buka dashboard dan mula menaip…kalau tiba-tiba tiada idea nak teruskan…puteri blogwalking kejap lepas tu sambung menaip semula 🙂
puteri kasih recently posted..Gigi Rosak Kerana Makanan Sihat?
Memang ramai terus tulis di dashboard, sebab memang leceh untuk tulis di tempat lain kemudian tulis semula di dashboard…
Bermacam gaya dan cara menulis ikut mana yang kita selesa. Macam saya terus tulis di dashboard
Hazmin Hamudin recently posted..Keputusan Kursus Lead Auditor QMS
Menulis dengan selesa itu yang membuatkan tuisan ‘sedap’ dibaca..
Saya pula lepas publish, asyik edit semula je… bila rasa ayat tak sedap.. edit lagi.. 😀
Hairul Hissam recently posted..Tips Keselamatan Hadapi Kebakaran Di rumah & Kisah ‘Thumb Up’ Dari Pembeli DVD Roti Canai
Tidak kisahlah berapa kali diedit yang penting kita mahu masej tulisan tu sampai kepada pembaca..
Menulis ini perlu ada tujuan. Kalau yang passion tidak akan berhenti menulis.
akubiomed recently posted..Altel 4G prepaid sudah dimiliki
Passion itu datang daripada ‘tujuan yang pasti’ ketika menulis..
lain blogger mungkin lain caranya, cara yang selesa buat.
Denaihati recently posted..Rashidun Caliph Conference 2014
Kelainan cara ini yang membezakan setiap blogger itu…
sy terus meleju saya tulis dasboard tapi pastikan masa satu key apa saya nak ketengahkan kalau tak susah juga nak siapkan entri dalam masa yang kehendaki.
tak apa setiap blogger ada keunikan sendiri dalam menghasilkan entri. asal jangan terlalu membebankan fikiran sangat sudahlah. penting tulis iklhas dan lahir dari hati. harap apa kita sampaikan orang mendapat manfaatnya kita sekali dapat pahala
suri recently posted..Panduan Dan Cara Menjaga Rambut Dengan Betul
Menulis mesti ketika fikiran dalam keadaan jernih..
Hehe..apa yang nak ditakutkan..bila dah puas hati, publishkan aje…
Hafizul recently posted..Sampai Bila Nak Ikat Perut
paling geram dah publish ada pula tersalah tulis ayat or tetekan bagai.gara2 tak perasan heeeee…
suri recently posted..Mak Kata Masuk! Masuk Rumah Sekarang!
Salam bro…. saya suka tulis terus di blog, jika kurang idea… saya simpan di draft blog….. lepas tu sambung semula lain kali… baru publish… Lain penulis lain caranya. Apapun caranya tetap tujuan yang sama iaitu untuk tatapan pembaca.
Kamil Salleh recently posted..iPhone 5s gadget impian setiap blogger
gua memang jenis taip terus.
takde wat draf dulu.
idea lebih laju mencurah kalau taip terus je. haha
titan recently posted..Komisen ke 17 dari Ashadee.com
Saya pula tak dapat menaip laju, itulah kadang kena menulis ‘di luar’ dulu…
blogger blog dan idea wajib ada masa nak memulakan penulisan
suri recently posted..Cara Mudah Mengasingkan Kuning Telur Dengan Menggunakan Kuasa Encik Botol ?
wahh.. byk step tu. kena tulis di kertas dlu.. aisyah terus tulis jer.. terlintas dalam kepala.. terus tulis.. tapi kalau untuk info2 penting.. aisyah buat berdasarkan fakta laa..hihi
Aisyah recently posted..Cara Pasang Commentluv Di Blogspot
saya guna window live writer…buat secara offline dan selalu gak online..bila berpuas hati terus publish…jika ada kesalahan typo (memang selalu pun ,edit lagi dan republish )
Hero Borneo recently posted..Review Buku Solat Duha Setiap Hari