Kenangan hidup saya bersama opah sejak kecil hingga besar kekal selamanya. Namun hubungan hidup antara saya dan opah sudah tamat!
Opah saya, Embun binti Che Gas sudah kembali ke sisi Allah. Tempoh hidup Opah Embun yang diberi Allah untuk hidup atas muka bumi ini sudah habis.
Tarikhnya pada Selasa, 5hb September 2017.
Begitulah, setiap insan.. bukan semakin panjang umurnya. Sebenarnya umur seseorang semakin pendek hari demi hari yang dilalui.
Opah Embun adalah ibu kepada bonda saya. Ayah kepada bonda, iaitu Tok Nordin sudah lama kembali ke sisi Allah.
Adik beradik Opah Embun cuma tinggal seorang sahaja lagi. Sementara adik beradik Tok Nordin, sudah tiada seorang pun. Jika mahu menumpah kasih, hanya kepada Opah Cu (Opah Salbiah adik Opah Embun) yang masih ada.
Kesedihan tidak terucap. Tangisan tidak dapat ditahan.
Bagaimana tidak sedih. Bagaimana tidak menangis. Masa kecil saya, lama juga dibela opah di Kampung Luat, Lenggong Perak.
Sementara ayah dan bonda berhijrah tempat mencari rezeki di Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut Pahang.
Kerana dibela Opah di Kampung Luat, seperti menjadi “kewajipan” pula untuk selalu balik ke sana. Begitulah, bila cuti hari raya sewaktu sejak mula sudah bekerja ini, ke rumah opah saya kerap beraya.
Bila Tok Nordin tiada dan hanya tinggal Opah Embun seorang, memang setiap tahun balik beraya di rumah opah. Hinggakan tumbuh besar adik-adik terlepas daripada pandangan mata saya. Saya lebih melihat sepupu-sepupu saya membesar berbanding adik-adik sendiri membesar.
Kerana sepupu-sepupu bersama ayah dan ibu mereka balik beraya bersama opah. Sementara adik beradik saya sukar dibawa balik ke kampung oleh ayah dan bonda saya kerana jauh dan kekangan kewangan.
Begitulah hidup antara saya dan Opah Embun.
Kehidupan saya dan adik beradik tentunya berlainan bila ayah dan bonda sudah tiada. Kini, Tok dan opah kedua-dua belah ayah dan bonda juga telah tiada, lebih lagi berlainan.
Sepupu-sepupu yang lain walau sudah tidak ada tok dan opah, masih ada ibu dan ayah untuk menjadi ‘tumpuan’ adik beradik berkumpul.
Bila ibu dan ayah sudah tiada, anak-anak seperti kehilangan ‘kompas’!
Itulah kehidupan yang mesti dilalui oleh setiap orang.
Mulanya bersama adik beradik bergantung tumpuan kepada ibu bapa. Kemudiannya bergantung tumpuan sesama adik beradik bila ibu dan ayah sudah tiada dan akhirnya terpaksa bersendiri, menjadi tumpuan anak cucu pula.
Ya ALLAH, ampunkan segala dosa opah. Masukkan dia ke dalam golongan hamba yang KAU redhai. Jadikan kubur opah, sebahagian dari taman syurga MU dan masukkan opah ke dalam syurga MU yang sebenar di akhirat nanti.
Al Fatihah untuk opah saya, Embun binti Che Gas.
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun
emoga Allah masukkan rohnya dalam golongan orang beriman
Ibu Zaid recently posted..7 Petua Hilangkan Kencing Manis Ketika Mengandung. Berkesan Tau!
Aaminn…
Alfatihah… semoga ditempatkan diklangan orang-orang yang berima..amin
ohpt3 recently posted..Semakan BR1M 2017 Online Status Pembayaran (DIKEMASKINI!! September 2017)
alFatihah…
semoga hang tak rindu sangat nanti.
semoga opah aman disana.
titan recently posted..Buat Duit dengan ShushiVid
Rindu tak boleh halang, tapi tidaklah sampai menyuramkan hidup..
Salam takziah. Moga-moga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
akubiomed recently posted..DIY Rak tempat simpan penyangkut baju paip PVC
Aaminn…
Bila kedua orang tua dah tiada, anak-anak dah hilang pergantungan dan mereka sendiri pula jadi tempat anak-anak pula berkumpul. Moga Allah swt tempatkan Opah Embun dikalangan hambanya yang solleh.
Sani recently posted..5 Produk Bisnes Cenderahati Laku Keras!
Touching betul artikel ni.. Semoga aman disana.. setiap orang pasti akan laluinya…
Hafizul recently posted..Microsoft Excel Suka Buat Akaun Dengannya
Salam takziah. Dan semoga roh arwah tenang di sana.
azimah mohd zainuddin recently posted..Kelebihan Suka Minum Soya