Satu balang biskut raya berharga hanya semurah RM18.
Itulah permulaan harga yang ditawarkan oleh SAFA untuk biskut-biskut raya buatan sendiri yang dijual di premis perniagaan Safa Bakery & Café di Lot 1-12, Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Saingan SAFA dalam jualan biskut raya yang sedap ‘terlalu’ banyak pada setiap tahun di Medan Mara. Pada setiap Ramadan, pihak MARA menyediakan gerai-gerai jualan di ibu pejabatnya di Medan Mara. Terdapat banyak gerai menjual biskut di antara gerai-gerai ini.
Namun seperti tahun-tahun sebelum ini sejak awal 90’an lagi SAFA menawarkan kepada pelanggannya biskut buatan sendiri. Biskut yang dibuat dengan tangan. Bukan keluaran besar-besaran dengan mesin. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan. Di gerai lain, RM70 hanya boleh dapat 3 balang. Di SAFA, RM70 boleh dapat 4 balang.
Inilah antara ‘kekuatan’ yang dimiliki SAFA yang sebelum ini dikenali dengan nama Ikhwan Cake House.
Sepanjang bulan puasa ini, SAFA menumpu lebih kepada pengeluaran dan penjualan biskut. Masih ada roti yang dijual tetapi tidak sebanyak biasa dan jualan roti hanya untuk 2 minggu permulaan Ramadan sahaja.
Untuk satu bulan Ramadan, hanya bau biskut yang ‘keluar’ dari dapur SAFA. Antara biksut yang dijual dengan harga RM18 adalah;
- Maamor
- Tart nanas
- Tart kurma
- Filler (biskut dam)
- Choc. Chips
- Almond
- Peanuts
Ada seorang pelanggan yang datang membeli hanya satu balang biskut dan dia meminta diskaun harga. Kalau anda seperti pelanggan ini yang meminta diskaun, mungkin anda perlu menjawab soalan yang ditanya penjaga kaunter,
“Mahalkah harga biskut yang kami jual?”
SAFA berusaha menjual semurah yang mungkin. Dan SAFA hanya mengharapkan jumlah jualan yang banyak untuk mendapatkan keuntungan. SAFA bukanlah peniaga yang suka ‘mark up’ harga, kemudian menjadikan potongan harga sebagai bahan pelaris.
Sebab itu sukar untuk SAFA berikan diskaun kalau anda hanya beli satu balang. Bagaimana pun bila anda beli banyak, In Sha Allah akan diberikan diskaun bila anda cuba-cuba minta.
Jemput datang ke premis SAFA di Lot 1-12, Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Selain itu anda boleh berkunjung ke gerai-gerai yang ada di bangunan ini termasuk di bangunan kembar Medan Mara iaitu Busana Mara. Terdapat gerai artis di sini!
Setiap kali perayaan bahan-bahan membuat kuih akan naik harga tetapi ada adunan kuih yang sama boleh menjadi beberapa jenis kuih. Boleh berjimat.
akubiomed recently posted..Siri resepi untuk jualan bagi mereka yang bermula zero
Macam adunan tart…
Wah ! Tart nenas rm18 memang murah. Terbaik SAFA 😀
Ani Haryani recently posted..Perkara Yang Boleh & Tidak Boleh Di Lakukan Untuk Ibu Mengandung
Paling murah yang biasa dijual adalah RM22. Itu yang saya tahulah….
dengan harga begitu mana nak dapat sekarang ni, mmg murah! kena tggu lelong malam raya agaknya kalau kat pasaraya nk dapat mcm ni..
Aniey Yusoff recently posted..Diebetes? Potong Kaki Atau Kawal Gula Dalam Darah Dengan Polifenol Tumbuhan
boleh dikatakan harga RM18 sangat berpatutan dan saya berharap ia terus mendapat sambutan yang menggalakkan..
mrhanafi recently posted..Kerja Separuh Masa Yang Santai
wah.. ianya sangat murah…kat tempat kerja kak pun semua kuih rm 25 ke atas tau… beli 3 balang boleh la dapat rm65… walhal rasanya x banyak beza pun…
kak yatiadam recently posted..KEBAIKAN VIVIX SHAKLEE
Selamat hari raya bro maaf zahir dan batin. Semoga dipermurahkan rezeki
Khairul Zamri recently posted..6 Tips Bisnes di Rumah
mmg murah tu…. dapat mengurangkan perbelanjaan menyambut hari raya…
Hairul Hissam recently posted..Cara Daftar Dan Guna Whatsapp Dgn Cara Lebih Jimat & Testimonial Bisnes Pizza dan Chicken Floss