Lagu Kun Anta yang dinyanyikan oleh Hummood al Khudher semakin digemari. Termasuk diri saya. Mulanya suka kerana rentaknya. Bila tahu maksud liriknya, saya makin suka akan lagu ini.
Hayati maksud lirik lagu ini.
لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
Ketika ingin bersaing dengan mereka, aku telah meniru apa yang ada pada mereka
فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
Lalu aku mula menjadi seperti orang lain, supaya aku boleh berbangga
و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan
فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر
Namun aku dapati yang aku perolehi hanyalah kerugian. Itulah yang nyata.
لا لا
لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
Tidak..Tidak…Kita tidak memerlukan harta, agar bertambah cantik. Permata kita ada di sini, di dalam hati yang bersinar-sinar
لا لا
نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى
Tidak..Tidak…kita bukan diterima orang lain dengan apa yang tidak ada. Kita diterima adalah kerana perbuatan (akhlak) kita. Itulah kecantikan kita. Yang sangat tinggi dan mulia
كن أنت تزدد جمالاً
Jadilah diri kamu sendiri pasti akan bertambah lagi kecantikan yang sedia ada
أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
Sungguh aku menerima mereka, dan aku tidak perlu meniru perwatakan mereka
إلا بما يرضيني، كي أرضيني
Melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.
سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
Aku akan menjadi diriku sendiri. Seperti diriku sepenuhnya. Inilah aku.
فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
Sifat qanaah sudah cukup untuk ku. Itulah keyakinanku
سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Aku akan menjadi diriku sendiri, mengikut kemampuan diriku. Aku tidak perlukan orang lain untuk menerimaku
وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
Aku akan jadi seperti diriku. Apa yang aku inginkan. Untuk diriku dan bukan untuk keredhoan mereka
Ini bukan lagu cinta meleleh. Tidur tak lena, mandi tak basah.
Ini lagu, rentaknya menyegar sukma. Liriknya membangun jiwa.
Ketahui bagaimana hanya di rumah anda boleh meraih pendapatan lumayan. Klik Di Sini!
memang best lagi ni… sarat dgn motivasi
AUC recently posted..Keputusan Penuh Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2015
Bila artis kita mecipta lagu sebegini bagus dengan lebih banyak…alangkah bagusnya…
Semakin ramai yang menggemari lagu ni…
Noriza Rahman recently posted..Kekalkan Berat Badan Ideal TANPA Perlu Risau Kalau Nak Makan!
Tidak kira usia, sukakan lagi ini…
haha..
ramai plak layan lagu tu eh..
titan recently posted..Komisen ke 47 dari Ashadee.com
Ada semangat sikit buat kerja bila layan lagu ni…
hu..hu..lagu arab ya..memang best untuk layan
Hero Borneo recently posted..Tips Untuk Aktifkan Kuasa Bayangan
Lepas ni K-Pop kena tolak ke tepi…
budak-budak pun suka lagu ni..bagus maksudnya..
Hukum Berpuasa Bagi Ibu Yang Menyusukan Anak
zara recently posted..10 Tanda Bersalin Yang Ibu Hamil Patut Tahu Agar Sempat Ke Hospital
Betul tu. Bukan suruh dengar je…elok kalau diberitahu pada mereka akan maknanya…
Bila faham maksudnya lagi mudah menusuk kejiwa dan boleh buat kita bisa tersedar dari lamunan yang panjang..
Sani recently posted..Tak Sangka Juara Blogger Treasure Hunt Sepetang Bersama Blogger Yeos 2015