Khasiat madu tidak perlu dipertikaikan lagi. Kajian manusia membuktikan firman tuhan bukan omong kosong.
Betapa Allah memberitahu kita melalui alQuran dalam surah anNahl:69, tentang madu yang menjadi penawar kepada penyakit, patutnya sudah cukup menguatkan hati kita untuk selalu minum madu. Tidak perlu lagi kajian-kajian manusia untuk meyakinkan kita.
Di sini saya tidak mahu nukilkan tentang khasiat-khasiat madu. Di sini saya mahu catakan cara saya minum atau amalkan madu.
Ramai antara kita tidak sedar bahawa kita tidak boleh minum madu sesuka cara kita sahaja, lebih-lebih lagi bila kita mengamalkan madu untuk sesuatu sebab. Seperti untuk penyembuhan penyakit.
Seperti juga ubat klinikal yang perlukan jumlah tertentu, masa tertentu dan sebagainya. Begitu juga madu, ada caranya supaya madu memberi kesan yang maksimum kepada kesihatan kita. Bukan sekadar menjadi minuman biasa sahaja.
Tidak kisahlah cara apa yang anda amalkan, asalkan ia berkesan dan inilah cara saya amalkan madu.
Pertama# Gunakan madu asli. Bukan madu yang dicampur dengan gula Melaka. Lebih-lebih lagi bukan 100% gula Melaka yang didakwa madu! Tidak kisah madu lebah liar atau madu lebah ternak, asalkan asli.
Anda boleh dapatkan madu asli secara online dengan mengklik link di bawah,
Kedua# Dalam pengetahuan saya, Nabi Muhammad saw, tidak pernah mengambil madu secara terus. Nabi Muhammad saw membancuhnya dengan air! Mungkin ada antara anda yang berilmu tinggi yang boleh menyanggah pengetahuan saya ini.
Lagi pula saya memang tidak boleh telan madu yang manis begitu sahaja. Jadi saya bancuh dengan air.
Bagaimana pun, satu cara untuk menghilangkan batuk atau memecahkan kahak ialah dengan meminum sesudu madu tanpa dibancuh. Ikut apa yang disarankan.
Cara bancuh madu dengan air hanya campur satu sudu besar madu dengan segelas air. Air biasa atau air suam. Mahu manis guna dua sudu madu.
Ketiga# Saya minum madu ketika perut kosong. Bukanlah ketika lapar. Maksudnya sejam atau dua jam sebelum atau selepas makan. Kalau waktu pagi, sekira-kira waktu dhuha. Kalau petang, sekira-kira waktu asar.
Bagaimana pun menurut ahli perubatan, untuk mengurangkan kolesterol daripada makanan yang kita makan, kita perlu minum madu selepas makan. Pilihan di tangan kita mahu amalkan cara yang mana.
Keempat# Saya tidak mengacau madu dalam air begitu sahaja. Ketika mengacau, baca keseluruhan ayat 69 daripada surah anNahl. Baca ketika mula mengacau. Habis baca, habislah kacau. Tiada siapa yang mengajar, in rasa hati sendiri untuk amalkannya.
Itulah cara saya. Anda boleh kongsikan cara anda amalkan madu di ruang komen.
Selain itu madu ada cara penjagaan yang tersendiri untuk memastikan madu tidak hilang khasiatnya.
Antara 2 cara penjagaan madu yang saya tahu ialah; (anda boleh kongsikan cara penjagaan madu yang anda ketahui di ruang komen)
1# Sentiasa gunakan sudu plastik bila berurusan dengan madu.
2# Simpan dalam suhu bilik. Bukan dalam peti sejuk. Bagaimana pun satu cara untuk memastikan madu itu asli adalah dengan menyimpan dalam petik sejuk. Ambil sedikit madu dan simpan dalam peti sejuk. Madu yang bercampur air akan beku. Madu yang bercampur gula akan berketul. Madu asli kekal begitu.
Tetapi madu akan hilang khasiat bila disimpan dalam peti sejuk. Jadi simpan sedikit untuk ujian sahaja. Jangan simpan semuanya.
Penjual madu selalunya akan melarang anda menyimpan madu dalam peti sejuk. Penjual yang jujur melarang kerana takut madu hilang khasiat. Penjual tidak jujur melarang kerana takut tembelangnya terbongkar.
Sekiranya anda baharu mahu mula amalkan madu, cuba sedikit-sedikit dahulu. Lain orang lain kesannya. Ada yang kepanasan badan dan berpeluh-peluh bila minum madu. Ada yang biasa sahaja.
Mungkin anda patut mulakan seminggu sekali dulu. Atau selang sehari. Dan sebaik-baiknya biarlah sedikit asalkan konsisten. Bancuh sesudu teh dengan segelas air sudah cukup asalkan diamalkan setiap hari. Itu pun sudah memberi impak yang besar terhadap kesihatan kita.
Madu baik untuk kesihatan. Pernah makan madu Tualang ini.
akubiomed recently posted..DIY tukar Proton power window regulator untuk Gen2
Bila rajin amalkan madu, mungkin kita tidak perlukan ubat hospital lagi…
>Penjual madu selalunya akan melarang anda menyimpan madu dalam peti sejuk. Penjual yang jujur melarang kerana takut madu hilang khasiat. Penjual tidak jujur melarang kerana takut tembelangnya terbongkar.
…memang tepat!!….
Tip untuk tahu madu asli dengan simpan dalam peti sejuk itu, sangat berguna. Simpan dalam peti sejuk bahagian sejuk beku tu ke?
amirulfaiz recently posted..Abah, abah, tengok ni.
Bahagian sejuk biasa. Yang dimaksudkan beku tu…ia macam jeli
baru tahu tentang simpan dalam peti sejuk tu..tips yang berguna
reezluv recently posted..Borong Barang Murah Dari China Secara Online
Mula-mula tengok tajuk macam cara bermadu
Khairul Zamri recently posted..Kenapa Perlu Servis Aircond Kereta
Ehem…
owh tak boleh guna air panas ye. saya selalu mix dengan cinch tea saya buat panas2. tak boleh dah lepas ni
Raihanah Ahmad recently posted..Cara Cepatkan Bukaan Rahim dan Mudah Bersalin
Panas sangat tak bolehlah. Biasanya orang kata suam-suam kuku…
boleh jer… madu asli sifatnya tahan sejuk & panas serta haba
Perkongsian dan saranan yg bagus. 🙂 Saya suka minum madu dengan susu. Panas skit badan dan dapat tingkatkan metabolisma.
Afiffuddin recently posted..Botol Susu Pigeon – Harga Botol Susu Pigeon Murah
Belum pernah cuba lagi madu dengan susu…
Ada pernah tengok di TV, seorang ustaz sarankan madu dibancuh dengan air suam dan dibiarkan semalaman sebelum minum…
Noriza Rahman recently posted..Faedah Protein kepada Tubuh Badan Kita
saya suka minum madu secara terus.. Sebelum itu, janganlupa selawat 3 kali
Laman Viral recently posted..Laman Viral Bakal Gegar Dunia Internet Di Malaysia
Terima kasih
hanya sekali sekala sahaja minum madu
walau pun bekalan masih ada di rumah
Tehr recently posted..Cara Untuk Atasi Rasa Takut Gagal
tips terbaik ye…
jangan makan madu semasa lapar dan jangan tambah air
Madu memang sangat bagus untuk kesehtan, apa lagi ini menjadi anjuran rasulullah saw…
Cikgu Bella recently posted..6 Cara Meningkatkan tekstur Rambut agar Berkilau dan Sehat
Madu akan kristalized jika di simpan dlm peti sejuk walaupon asli…berlapisan putih….dptkan is dari pembekal pengeluar yg boleh di percayai
Assalamualaikum pertanyaan dri saya kalau pakai sudu besi makan mcm tu saje boleh ke.. Waktu pgi dan waktu malam sahaja.. Ataupun selepas makan sbb saya baru sahaja mencuba madu ne….
Madu amalan ubat setiap hari sepanjang hayat. Saya dan parents semua makan madu.
Alhamdulillah sihat semuanya. Pastikan original baru jadi. Kalau tak kencing manis. Bahaya Ooo ..
Asyraf Asri recently posted..Dapatkan ALBUM Zikir Muazzin Masjid Negara
Assalamualaikum…sesuai x amalkan madu sebelum tidur?
saya sudah mengamalkan madu sebagai diet harian..
cuma risau madu yag dibeli kurang asli…
mrhanafi recently posted..Tamsilan Cerita Budak Kecil Nak Beli Kereta