Jualan buku dengan diskaun harga sehingga 80%. Ini pasti menggembirakan bagi mereka yang suka membaca dan menambah koleksi buku dalam perpustakaan peribadi.
Rahsia Mudah Dapat RM1,000 Sebulan Dengan Menulis KLIK DI SINI
Pihak MARA (Majlis Amanah Rakyat) di bawah seliaan Badan Ugama dan Kebajikan MARA akan menganjurkan Ekspo Buku MARA untuk kali ke 2, bertempat di ruang legar Medan Mara. Maklumat Ekspo Buku MARA ini adalah seperti dibawah;
EKSPO BUKU KE-2 MARA
Tarikh; 9 – 13 Feb 2015
Masa; 9 pagi – 6 petang
Tempat; ruang legar Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Bersebelahan Komplek Pertama. Berdekatan dengan Sogo dan Maju Junction.
Penerbit yang terlibat; PTS, Karangkraf, Galeri Ilmu dan banyak lagi.
Antara aktiviti sepanjang ekspo adalah tazkirah ringkas ilmu oleh tokoh yang dikenali ramai;
9hb/ Ustaz Zul Ramli/ 2.30 – 3.30 ptg.
10hb/ Dr Fatmir Shehu (Turki)/ 1.00 – 2.00 ptg.
11hb/ Prof Kamil Ibrahim/ 12.00 – 1.00 ptg.
11hb/ Pencetus Ummah Azman/ 1.00 – 2.00 ptg.
12hb/ Pertandingan Mewarna Bersama Tadika Ustaz Don/ 10.00 pg – 12.00 tghari.
12hb/ Ustaz Don Danial/ 1.00 – 2.00 ptg.
13hb/ Chef Hanieliza/ 12.00 – 2.00 ptg
Ekspo Buku MARA kali ke 2 ini diuruskan oleh Sinergi Ilmu. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 019 325 8289
Bestnya ada jualan buku murah macam ni… pasti ramai peminat buku akan datang untuk memborong buku… 😉
anuar recently posted..Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Perangkawan E41
Itulah salah satu tarikannya…Siapa yang suka membeli buku akan menunggu ekspo sebegini.
wah bestnya ada expo mcm ni kan =)
Ibu Zarith recently posted..Menderita Sakit Lutut Akibat Sering Melancong Ke Luar Negara?
Bestnya ada 2. Satu boleh beli dengan harga murah. Duanya dapat jumpa buku-buku yang susah jumpa di kedai buku yang biasa dikunjungi….
Di Kuala Lumpur pun ada pesta buku disamping pesta buku selangor… Banyak pengisian yang bleh di ambil ni..
Sani Sini Sana recently posted..Makan Percuma di Tudia Char Kuey Teow
Ini pra-pesta sebelum Pesta Buku Antarabangsa….
Mak aiii..80% punya sales..memang menarik sangat ni..
Hafizul recently posted..This is “Perubahan”
Biasanya buku lamalah….
bagi peminat buku, boleh datang ke acara ini untuk mendapatkan buku berdiskaun hebat.
Dr Fattah recently posted..Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa Perubatan
sibuk waktu ni.
tak dapat nak gi mengular kat sana rasanya.
titan recently posted..5 Rahsia Taobao bantu borong barang dari China dengan lebih murah.