Secara mudahnya untuk lebih mudah faham, ebay adalah satu platform jual beli
Di ebay anda boleh membeli pelbagai pilihan produk dengan harga yang anda mampu.
Di ebay juga anda boleh menjual produk dengan harga tetap atau membuat lelongan bermula dengan harga terendah yang mungkin.
Ramai di Malaysia tahu tentang ebay, tapi kebanyakkan mereka hanya tahu membeli. Tidak ramai yang tahu dan pandai menggunakan ebay sebagai tempat menjual atau memasarkan produk mereka.
Mereka yang hanya tahu membeli adalah pengguna ebay. Mereka yang menjual boleh lah dipanggil usahawan ebay.
Ramai usahawan ebay di Malaysia berusaha senyap-senyap. Mereka tidak dikenali atau sememangnya tidak mahu dikenali. Seorang dua sahaja yang dikenali. Dan dalam beberapa orang yang dikenali ini, sebahagiannya mungkin sudah tidak menggunakan ebay lagi atas beberapa faktor.
Antara usahawan ebay ini, ada yang menganjur kursus berkaitan ebay. Secara beramai-ramai dalam dewan seminar atau latihan peribadi di rumah. Kursus ini bukan percuma.
Saya pernah ikuti kursus anjuran Tuan Mohd Najib Asaddok. Tidak tahu sekarang beliau masih berebay atau tidak. Yang pastinya ketika ini beliau terkenal dengan Seminar Roket Emel.
Klik: >>> RUJUK PANDUAN BAGAIMANA JUAL BARANG MALAYSIA KE USA GUNA WEB EBAY
Walau ebay terkenal seantero dunia. Dan di Malaysia pun ada cabangnya. Masih ada yang langsung tidak tahu tentang ebay.
Mereka yang tahu pula mempunyai tanggapan yang salah tentang ebay. Juga salah faham berkenaan kursus-kursus ebay yang dianjur oleh oleh mana-mana pihak.
Antara salah faham itu adalah: (dijelaskan juga perkara yang betul tentangnya)
===
Salah faham 1# Kena borong stok dengan modal besar. Untung pula kecil. Sebab kalau jual mahal, lebih baik orang jual di luar ebay sahaja.
Perkara betul: Sebenarnya tidak perlu modal besar untuk bermula di ebay. Juga tidak perlu memborong atau simpan stok.
Boleh guna kaedah dropship. Untung pula walau kecil tapi sebenarnya besar, kerana ada pilihan untuk menjual di luar negara menggunakan USD. Nilainya besar bila USD di tukar kepada ringgit (RM).
===
Salah faham 2# Ebay adalah cabang pemasaran untuk mereka yang ada kedai sahaja. Siapa yang tiada kedai tidak boleh berniaga di ebay.
Perkara betul: Sesiapa sahaja boleh bermula di ebay. Bukan hanya khusus untuk mereka yang mempunyai kedai sahaja.
===
Salah faham 3# Mesti ada kemahiran tinggi IT dan grafik computer.
Perkara betul: Ebay adalah platform Internet, jadi memang perlu tahu menggunakan computer, email, perbankkan internet dan sebagainya yang berkaitan tapi tidak teknikal sangat. Dengan sedikit tunjuk ajar sahaja, sesiapa pun boleh faham dan mahir.
===
Salah faham 4# Perlu ramai kenalan, network, mesti ada blog dan sebagainya untuk memasarkan produk yang dijual di ebay.
Perkara betul: Ebay mempunyai ahli berdaftar melebihi 200 juta orang. Dalam lebih 200 juta ini tidak sampai 10% pun yang menjual. Selebihnya bersedia untuk membeli. Kepada yang selebih inilah sasaran untuk menjual.
===
Salah faham 5# Perlukan banyak masa mencari produk dan pembekal. Kemudian masa untuk membungkus dan poskannya dan sebagainya.
Perkara betul: Kaedah dropship (seperti #1 di atas) ialah rahsia terbesar usahawan ebay yang berjaya.
Melalui kaedah dropship, usahawan ebay tidak perlu pening-pening memikirkan soal simpanan, pembungkusan, pengeposan dan sebagainya. Semua kerja dilakukan oleh pembekal. Tugas penjual hanya mencari produk yang sesuai sahaja.
===
Salah faham 6# Individu yang mengajar ebay tidak mengajar seratus peratus ilmu yang dimiliki. Hanya asas yang diajar. Ilmu yang diajar tidak boleh terus diamal. Kena belajar ilmu lain baru boleh berjaya.
Perkara betul: Sepanjang yang diketahui, mereka yang belajar tentang ebay baik melalui ebok dan kelas akan dapat terus dipraktikkan dan ramai yang terus mendapat hasil.
Bila ilmu itu dapat terus dipraktikkan dan boleh mendatangkan hasil, jadi tidak timbul lagi soal separuh ilmu atau 100% ilmu.
Lagi pula teknologi Internet sentiasa berubah. Tidak ada gunanya mempelajari dengan mendalam sesuatu yang kemudiannya akan berubah. Kerana itu hampir semua guru Internet hanya mengajar asas yang tidak berubah.
Dengan asas itu cukup untuk pelajar melakukan perkara yang mendatangkan hasil. Dengan asas itu juga, dijadikan pedoman menguasai perubahan yang berlaku dalam persekitaran Internet.
===
Klik: >>> PANDUAN MENJUAL BARANG DI SEKELILING KITA KE USA DAN DAPAT UNTUNG BERGANDA DALAM US DOLLAR
Salah faham 7# Kelas mengajar cara buat duit di ebay tentu mahal.
Perkara betul: Jumlah yuran yang dibayar untuk kelas ebay selalunya untuk satu pakej lengkap untuk ilmu, tip, makan minum, tempat kursus dan support group sepanjang masa. Kebanyakkannya berharga di bawah RM500.
Jumlah ini sebenarnya kecil dan berbaloi jika dibandingkan dengan hasil USD yang akan didapati bila ilmu berurus niaga di ebay diamalkan setelah habis kelas.
= = =
Salah faham ini berlegar lama dalam fikiran saya sebelum ini. Sebab itu saya lambat ambil tahu tentang ebay sedangkan orang lain sudah menikmati hasil.
Bila saya beranikan diri menghadiri kursus ebay, fikiran saya terbuka luas. Potensi ada di depan mata.
Alatan untuk digunakan sudah ada. Computer ada. Talian internet ada. Kad debit ada. Emel ada. Semua memang sedia ada, cuma kena daftar dan perlu buat satu dua perkara yang senang sahaja.
Soal dapat duit banyak atau sikit melalui ebay bukan kerana ilmu yang diajar lengkap atau tidak. Bukan juga sebab peraturan ebay, kerana apa-apa perkara pun ada peraturannya.
Tetapi lebih disebabkan kemahuan dan disiplin diri.
Salahnya terletak kepada diri sendiri. kerana tidak mahu berusaha bersungguh-sungguh. Hanya buat sambil lewa!
Salahnya kerana tidak fokus betul-betul!
Rebut peluang untuk buat duit banyak di ebay. Pilih USD kerana bila ditukar kepada RM, pulangannya berganda.
Belum terlambat untuk buat perkara yang betul.
Siapa yang tahu tentang ebay?
Siapa pula yang ada pengalaman di ebay. Baik membeli atau menjual?
Klik: >>> BELAJAR DENGAN LEBIH MENDALAM TENTANG BISNES EBAY INI
Belum pernah lagi berniaga di ebay.. tapi saya suka artikel ni.. cukup bermanfaat….
anuar recently posted..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Alhamdulillah, saya pernah dapat hasil melalui ebay. Memang teruja dapat tukarkan USD kepada RM…tuan patut cuba.
Dulu ada member buat bisnes eBay juga siap edit ic lagi tak pasti lak apa motif dia
Khairul Zamri recently posted..5 Ways to Become an Online Shopping Pro in Malaysia
Mungkin dia nak buka 2..3 akaun. Nama dan alamat kena berlainan. Saya ada juga 2..3 akaun, tapi ebay tidak pernah pula minta pengesahan IC. Jadi tiada sebab dan edit IC..
Yeke tapi dia buat setiap kali ada transaksi pembelian
Khairul Zamri recently posted..5 Ways to Become an Online Shopping Pro in Malaysia
Dulu penah2 nak cuba tapi tak jadi..
Ebay ni kena pandai marketing
zool recently posted..Larian Green Run 2.0 , Basuh Kereta dengan Anak, Buat Video Conferencing, Majlis RMM Taman Krubong Permai
Polisi Ebay sentiasa dikemaskini, harus selalu semak dan baca.
Ikhwan recently posted..Pengalaman Pemandu Uber Kuala Lumpur
Banyak akaun ebay kena suspended sebab tidak ambil tahu sangat dengan polisi ni…
dulu selalu gak shopping ebay, skrg lama dah tak tengok
raihanah recently posted..Minum Susu Menyumbang Kepada Osteoporosis
Pilihan dah banyak. Mudah ada, lazada, macam-macam lagi….
Sekarang dah menapak buat bisnes melalui Instagram dan Facebook, lepas ni boleh laa Killa kembangkan sayap untuk berniaga guna platform Ebay pulak.. hehe
Syakilla Azam recently posted..Mengapa Orang Obesiti Tidak Berasa Kenyang dan Sentiasa Lapar
Ebay ni zaman awal2 internet dulu famous. Skarang cam dah kurang je. Dah tenggelam dengan banyak website lain kot?
Wan Syahida recently posted..Pengalaman Travelog Ke Luar Negara Untuk Diabadikan
baru nak mula balik Ebay ni..dulu ada buat, stop kejap.:D
reezluv recently posted..Kembali Aktif Memanah?
wow byk potential customer di ebay ye.. hmm kena cari barang apa yg nak dijual ni
Boleh la lepas ni cuba… berjaya atau gagal belakang cerita.. yang penting cuba
Amirul recently posted..Kenapa Orang Bisnes Suka Show Off