Peniaga burger tepi jalan selalu dipandang sebelah mata.
Bisnes kelas rendah. Dianggap bisnes ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Masa depan bisnes burger tepi jalan ini dipandang ‘gelap’.
Yang dipandang tinggi, kedai burger dalam Mall.
Lebih lagi bila semua staff berseragam rasmi. Lebih lagi bila kedainya, rangkaian jenama besar antarabangsa. Tukang jaga kaunter duit pun boleh ‘berlagak besar’ dengan pemilik gerai burger tepi jalan.
Memang benar bisnes burger tepi jalan, bisnes kelas rendah…. kalau pemilik bisnes burger itu percaya!
Memang benar bisnes burger tepi jalan, bisnes kelas rendah…. Kalau pemilik bisnes burger mengurus jualannya ‘cincai-cincai’ sahaja.
Sedangkan bisnes burger tepi jalan (bisnes burger jalanan) ada kelebihan!
Kos besar yang ditanggung hanya bahan mentah. Kos sewa tiada. Jika ada kos sewa, rendah sangat berbanding kedai di mall. Pembantu pun tidak perlu ramai. Sedang pelanggan yang lalu lalang…ramai!
Dengan kelebihan itu, ditambah dengan beberapa cara atau teknik yang boleh peniaga buat, pasti jualan dapat ditingkatkan dalam masa yang singkat. Malah keuntungan jualan selepas ditolak kos, mungkin melebihi kedai burger dalam mall.
Ada beberapa cara mudah yang peniaga burger tepi jalan boleh buat:
1# Buat kad bisnes.
Jangan ingat pemilik bisnes besar sahaja perlukan kad bisnes. Yang kecil juga perlu.
Letak nombor HP dan tulis besar…BOLEH BOOKING MELALUI PHONE
2# Buat member kad.
Atau kad pembelian. Setiap kali pelanggan beli burger dia akan hulur kad dan peniaga perlu cop (buat cop kecil) atau sain ada kad. Pada pembelian burger ke5, beri diskaun separuh harga burger special. Burger biasa kalau dapat bagi free, bagus juga.
Jika kad penuh dan ada gantian kad, cubalah beri apa-apa hadiah sebagai menghargai pelanggan tetap ini.
3# Burger spesial + hadiah!
Tambah ‘pemberian/hadiah’ untuk belian burger paling mahal yang dijual. Air minuman cawan kecil berharga 30sen sudah memadai. Tidak rugi apa-apa dengan tambahan 30sen itu. Yang penting hati pelanggan dapat ‘ditawan’.
4# Sos istimewa
Cipta sos istimewa yang boleh menjadi ‘trademark’ untuk burger yang kita jual.
Cari resepinya di buku atau google. Kalau susah sangat beli sahaja. Kekalkan penggunaan sos ini. Untuk semua jualan burger. Burger biasa boleh letak sikit. Burger special letak banyak sikit.
5# Buat SOP tugas
SOP inilah yang menjadikan burger McD atau jenama lainnya konsisten bentuk, isi dan rasanya. Sesiapa pun yang bertugas membuat burger itu akan membuat burger yang sama kerana ada satu cara khusus untuk membuatnya. Cara membuat burger yang ditulis inilah SOP
Bisnes burger jalanan juga patut ada SOP supaya burger yang dihasilkan oleh sesiapa sahaja, baik pemilik bisnes dan pekerja adalah sama. Isinya sama banyak, dagingnya masak sekata. Burger yang sama sejak mula bisnes sampai bila-bila selagi berbisnes.
6# Berikan hadiah.
Hadiah ini tidak sama dengan hadiah belian burger special.
Mungkin sesekali, tertutama pada perayaan atau peristiwa tertentu, peniaga memberi offer, ‘beli satu percuma satu!’. Atau belian beberapa biji burger (order banyak) ada burger percuma atau hadiah lain yang patut.
7# Buat flyers
Edarkan risalah tentang bisnes burger ini sekitar 5-7 kilometer dari kawasan kita berniaga.
Elak untuk letak flyers ini dalam raga motor atau di pengelap kereta. Hampir kesemua pemilik kenderaan ini akan menganggap flyers pada kenderaan mereka adalah ‘sampah!’
Buat 3 cara sahaja. Letak pada peti surat rumah, letak pada peti surat pejabat dan bagi kepada ‘tangan’ orang.
8# Tambah ilmu
Ini juga penting. Ilmu perniagaan, terutama ilmu berkait dengan perniagaan burger perlu ditambah dari masa ke semasa. Idea-idea semasa untuk meningkatkan bisnes perlu digali, terutama yang berkaitan pemasaran.
Penambahbaikan bisnes dari masa ke semasa perlu dilakukan. Ilmu perniagaan bisnes burger yang dikumpulkan dalam sebuah ebook oleh Tuan Afiq, anak kepada Jutawan Senyap Dato’ Rusly boleh dijadikan panduan.
Bisnes burger jalanan, bila diuruskan seperti yang sepatutnya dengan ilmu yang betul dan cara pemasaran yang mengikut trend semasa, boleh mengalahkan bisnes burger di mall-mall besar.
Terima kasih di atas perkongsian info… sangat membantu info yang dikongsikan…
anuar recently posted..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Info yang tidak susah pun kalau peniaga burger mahu buat…
sharing terbaik dan bagus untuk saya
terima kasih
Moga dapat membantu…
Kadang yang berniaga tepi jalan ni yang jutawan. jangan sesekali dipandang enteng orang-orang macam ni hehe..bisnes burger antara bisnes yang evergreen..tak kisah bila pun boleh buat bisnes ni..lagi kalau dengan cara yang betul dan sedikit inovasi. pasti akan meletop bisnes tu 😉
thehaikal recently posted..Sertai Prgram Affiliate Ini Dan Menangi Hadiah Lumayan Lebih RM5000 (Iphone 8, Macbook Air, Lumix DMC-G85)
Ramai yang sudah jutawan, cumanya mereka senyap dan buat biasa-biasa je…
Kalau ada sistem dan boleh di klonkan
memang boleh berkembang
Mazni Azmi recently posted..Set tambah berat badan shaklee? Elakkan 3 perkara ini supaya berkesan!
Bila sudah ada sistem, tokey hanya memantau sahaja…
bagus sharing ni. thanks ya
Raihanah recently posted..Vivix Bantu Kuruskan Badan
Betul tu teknik dan style dalam menyampaikan bisnes kita juga bermain peranan penting pada hari ini, bukan setakat nak meningkatkan sale tapi juga dalam konteks sustainable dalam bisnes. Kena belajar dan buat banyak benda bukan tunggu orang datang dan beli sahaja.
Khairul Zamri recently posted..Tips Untuk Anak Bijak dan Mendengar Kata
Kena aktif menarik pelanggan. Tidak boleh tunggu pelanggan datang. Kerana pilihan pelanggan terlalu banyak.
bab jual beger ni, kena serius.
baru senang nak untung banyak.
wat memain, hasilnya pun memain gak.
titan recently posted..Doktor Gigi yang COMEL.
menarik dan berinovasi idea ini..
setakat ini saya tak terfikir untuk pandang rendah kepada peniaga burger tepi jalan..
apa yang saya fikir bila lah saya dapat beli burger yang mereka jual tu…
sekali sekala memang teringin juga
mrhanafi recently posted..Jodoh Anak Dara Dengan Suami Orang
kalau ikut tips dan panduan kat atas ni, rasanya x mustahil pun untuk raih pendapatan besar, yang penting kena buat dan lakukan tanpa mengalah
rujukan recently posted..Review Peribadi Mengenai Perodua Myvi 2018
Jangan disangka penjual burger tu biasa2 je. hehehhe. masyuk tu.. saya kalau malam2, lalu gerai burger tepi jalan, mesti nampak ada orang tengah memesan burger. rezeki penjual burger sentiasa ada InsyaAllah. lokasi mesti strategik.
Wan Syahida recently posted..Kelebihan Bisnes Spa dengan Produk Shaklee : Dapat Sertai Trip Shaklee yang Mewah!
Saya tak pandang rendah orang berniaga burger tepi jalan. Ada yang jual burger sebab dah berhenti kerja, masih belum dapat kerja, sekadar part time di hujung minggu, sekadar nak cuba-cuba dan lain-lain sebab tertentu. Memang ada yang dah jadi kaya hasil jual burger tepi jalan ni.
Ksjb recently posted..Makcik buat bisnes binaan
Salam Tuan.
Saya bercadang nak memulakan perniagaan burger di tepi jalan.
Saya nak tanya perlu ke kita mengambil lesen perniagaan?