Bila terserempak dengannya, dia akan dikatakan gila!
Tiada yang mengatakan dia tidak gila bila nampak dirinya melainkan semuanya meyakini dia gila!
Dia merayau-rayau tanpa arah di ibu kota KL yang sibuk. Berjalan terincut-incut sambil bercakap sendirian. Sesekali dia berhenti berjalan, kemudian bercakap dengan lebih kuat sambil tangan menunjuk-nunjuk ke sana sini seperti marahkan sesuatu.
Setelah puas meluahkan ‘kemarahannya’, dia kembali berjalan tanpa mempedulikan mata yang memandang. Terus merungutkan sesuatu yang tidak dapat dipastikan apa bendanya.
Warga KL yang bertembung dengannya akan mengelakkan diri. Ada dia peduli?
Dia memang tidak pedulikan orang-orang yang menjauhkan diri bila terserempak dengannya. Malah lebih senang dia berjalan bila orang mengelak seperti memberi ruang jalan padanya.
Dia dengan dirinya. Bercakap tanpa peduli, tanpa kisahkan orang mahu dengar atau tidak! Dia ada dunianya sendiri.
# Gambar sekadar hiasan. Gambar daripada google. Sepanjang terserempak dengan dia yang dimaksudkan dalam catatan ini, tidak terlintas langsung untuk ambil gambarnya.
Orang menuduh dia gila. Aku tidak! Aku tidak sanggup lagi menuduh dia gila.
Orang kata otaknya tidak betul. Aku tidak! Aku tidak sanggup lagi mengatakan otaknya tidak betul.
Sungguh aku tidak sanggup lagi.
Ya. Dulu aku juga seperti orang lain. Menuduh dia gila. Mengata otaknya tidak betul
ALLAH mentakdirkan aku pada satu hari, dekat merapatinya. Cuba menangkap butir-butir katanya. Ingin memahami apa yang dia sungutkan. Mahu tahu apa perkara yang dia marahkan.
Sungguh aku terpegun dan malu pada diri sendiri.
Selama ini, apa yang dia marahkan adalah ibu-ibu dan bapa-bapa yang dikatanya tidak pandai mendidik anak-anak. Anak-anak menjadi sangat tidak berakhlak kerana salah didikannya. Anak-anak tidak segan mendedah aurat kerana ibubapa yang tidak bertegas dalam soal agama.
Aku jadi malu. Bila aku menuduhnya gila, mengata otaknya tidak betul! Makanya aku juga gila. Aku juga berotak tidak betul kerana aku juga benci kepada mereka yang bersikap sangat kurang ajar. Aku juga amat tidak suka kepada mereka yang tidak malu auratnya dilihat orang.
Apa yang dia marahkan, itu jugalah yang aku marahkan. Apa yang dia sungutkan, itulah juga yang kadang-kadang aku sungutkan. Kalau kamu rapat dengannya dan mendengar setiap butir katanya, kamu akan tahu apa yang dia marah dan sungutkan.
Aku tidak pernah nampak dirinya selain sekitar jalan Tuanku Abd Rahman, antara Chow Kit dan SOGO. Mungkin kamu pernah nampak dirinya selain daripada tempat itu. Bila nampak dirinya, hulurkanlah seringgit dua dan kamu pasti akan mendapat ucapan, “terima kasih ya nak!”
Sungguh! Aku tidak lagi sanggup menuduh dia yang memanggil aku anak dan tidak lupa mengucapkan terima kasih bila aku hulur seringgit dua padanya sebagai gila dan otaknya tidak betul.
Apa yang dapat aku kata….takdir ALLAH telah jatuh ke atas dirinya. Dan aku amat bersyukur yang ALLAH tidak mentakdirkan aku jadi sebagaimana dirinya.
bila orang kata kita gila marah tapi bagi saya ornag marah sedang gila sebab tak dapat fikir dengan baik..
suri recently posted..Malaysia Kaya Makanan Atau Sampah..?
Orang marah itu dikatakan juga ‘sedang menggila’….
Kesian kan dorang. Tapi bertandang juga rasa takut bila dia datang dekat.
akak vitamin recently posted..Meletop Steamboat & Grill di Johor Bahru
Memang, kadang-kadang mereka akan lakukan sesuatu tanpa kita jangka. Eloklah menjauhkan diri, tapi saya rasa janganlah ketara sangat seolah-olah kita membenci mereka.
bagi orang normal mereka memang gila tetapi bagi orang gila mereka tak kisah siapapun berada di sekeliling mereka.
mrhanafi BEST recently posted..Visi Dan Misi BestMobile Memang Terbaik
Mereka dalam dunia mereka sendiri, kita ini yang tidak berada dalam dunia mereka itulah yang mereka anggap gila…
kawal emosi, bnyak beribadah. inshaAllah itu penawarnya
Uncle Zuan recently posted..Uncle Kesayangan Dah Kembali
Hati kita, akal kita memang milik Allah. Kalau Dia ambil tanpa ambil nyawa kita…..ketika itu seseorang itu menjadi gila
itu mind set masyarakat kita yang terlalu suka membuat penilaian diatas dasar pemerhatian sendiri.. kadang2 kita nih juga yang gila agaknya.. cakap kat orang.. tapi diri sendiri belum tentu betul…
zik recently posted..Jom beli buku di DuBook Press Dot Com
apa yang berlaku itu adalah atas izin Allah SWT..orang Gila tak perlu solat berbanding orang biasa yang meninggalkan solat.
Hero Borneo recently posted..Mitos 4 Batang Lilin Berbicara
Syariat tidak ‘jatuh’ ke atas mereka….
mungkin ada kisah-kisah di sebalik fizikal ‘orang’ tu sebelum ni?
JMR recently posted..Mesin Deposit Syiling
Kalau diselidik betul-betul mungkin ada sesuatu yang mengejutkan kita. Seperti juga latar belakang mereka yang gelandangan di KL ni, ada yang sebelum ni berstatus tinggi…
tenangkan diri bila orang kata kita gila….bukan jadi gila pun kalau diam kan….
Ya.
Kita bersangka baik sahajalah.
ohcikgu recently posted..Calonkan GURU kesayangan anda dalam 1BestariNet Teacher Awards 2015
Betul, manusia kadang-kadang salah menilai
Tak kenal maka tak cinta
Dah kenal pasti nampak kebaikannya 🙂
Ani Haryani recently posted..Tanda, Punca & Langkah Mengawal Sindrom Mata Kering Tampak Lesu Tidak Bermaya
Terima kasih..artikel yang sangat bermanfaat… pepandailah nilai orang kan..hehe
Hafizul recently posted..Tender Kerajaan Susah Dapat Ekk?
Setiap orang pasti ada kisah atau peristiwa sebaliknya
Khairul Zamri recently posted..Solat Sunat Dhuha
Orang yang sedang marah memang tak waras akalnya.kalau cakap gila pasti dia marah…sebab dia rasa dia tak gila
Noriza Rahman recently posted..Deodoran Semulajadi Untuk Hilangkan Bau Badan
setiap orang, ada masa gilanya tersendiri.
enjoy and feel that “gila” moment happily.
titan recently posted..Cuti, Myvi dan TE.