Ketika arwah Mokhtar Dahari masih menyepak bola, pasukan bola Malaysia antara yang digeruni di Asia. Jepun ketika itu asyik kena ‘belasah’ di padang!
Sekarang Jepun pernah masuk Piala Dunia FIFA, pasukan bola kita masih belum nampak jalan untuk ke sana.
Ketika tahun ’92 kita menjulang Piala Thomas, pasukan badminton Malaysia seperti gergasi yang sukar ditumpaskan. Jepun ketika itu masih belum berapa tahu bulu tangkis itu dibuat daripada bulu apa!
Sekarang Jepun sudah bawa balik Piala Thomas ke negara Godzillanya, pasukan badminton kita masih mencari-cari rentak.
Oh! Malaysiaku. Jauh dalam hati aku ada rasa kecewa dengan apa yang berlaku. Tetapi aku tetap bangga menjadi rakyat kamu!
Rasanya sesuatu perlu dilakukan oleh pihak BAM sebab ada rakyat Malaysia melatih skuad muda di Jepun. Kalau Jepun dahulu adalah skuad belasahan sekarang tidak lagi.
akubiomed recently posted..Penantian 17 tahun Mee Kolok berakhir di Citrarasa Kuala Lumpur 2014
BAM kena ‘turun’kan egonya….selagi tidak. Tidak akan ada pengajaran yang boleh didapati daripada kekalahan ini.
Seluruh rakyat Malaysia berasa kecewa kerana kita tumpas di tangan Jepun dalam Final Piala Thomas kali ini.. Jepun sebenarnya bukanlah sebuah negara yang hebat dalam permainan Badminton.. Cuma mereka mempunyai semangat juang yang sangat tinggi.. Hari tu kita boleh menewaskan mereka sekiranya kita mempunyai semangat juang yang lebih tinggi daripada mereka…
Anuar recently posted..Kalau saya menang DiGi WWWOW Awards 2014
Mereka ada semangat samurai. Kita nak pakai semangat apa ya? Nak pakai semangat harimau tak boleh, itu semangat binatang!
mungkin Malaysia sudah terlalu selesa sehingga tak nampak ramai pesaing baru yang muncul..sesuatu perlu dilakukan dengan segera
puteri kasih recently posted..Khasiat Peria
Kena keluar dari zon selesa…
Tahniah buat Jepun mencipta sejarah dan juga pasukan kita sampai ke perlawanan akhir. sekurang-kurangnya sangat bersemangat semula pasukan negara.
Denaihati recently posted..Wordfence Sistem Keselamatan WordPress
Perlu berusaha dengan lebih kuat dan lebih berstrategi pada pertandingan akan datang..
Dah lama Malaysia gagal untuk dapatkan Piala Thomas, yang akhir sekali adalah tahun 1992. Dah 20 lebih tahun lepas masih berusaha lagi.