Ada satu falsafah hidup yang berbunyi begini,
Jika menanam rumput, jangan harap tumpuh padi.
Jika menanam padi, rumput akan tumbuh dengan sendirinya.
Saya tidak tahu milik siapah falsafah ini. Maksudnya, saya tidak arif bangsa mana yang mula-mula mengungkapkan kata-kata yang memotivasikan ini.
Adakah falsafah hidup ini diucapkan oleh orang Melayu, milik bangsa India, kepunyaan bangsa Cina atau bangsa-bangsa lain. Jika para pembaca mengetahuinya, beritahulah saya.
Kita boleh mengkiaskan kata hikmat ini dalam kontek amalan beragama.
Rumput boleh dianggap amalan-amalan dunia, sementara padi pula bolehlah dikaitkan dengan amalan-amalan akhirat. Bila kita asyik mengejar dunia, kita tidak akan dapat akhirat. Sepertilah bila kita tanam rumput, mustahil kita akan dapat padi. Padi sekali-kali tidak akan tumbuh.
Bila kita mengutamakan amalan-amalan akhirat, kita pasti akan dapat dunia. Dunia akan datang menyembah. Sepertilah bila kita tanam padi, kita juga akan dapat rumput. Rumput pasti akan tumbuh dicelah-celah padi. Bila kita bersihkan rumput, tidak lama kemudian rumput akan tumbuh semula.
Siapa yang mencipta ungkapan ini adalah orang yang cerdik.
Siapa yang mengambil iktibar dari ungkapan ini adalah orang yang bijaksana.
Kalau ikut zaman sekarang lebih mudah untuk beribadat kerana kecanggihan teknologi manusia sepatut mempunyai masa.
akubiomed recently posted..Pertama kali menonton filem The Avengers 3D di Cathay Cineplexes e@curve
dan pada sesetengah orang, teknologilah yang membuatkan banyak masa mereka terbuang.