Kelab di Malaysia sudah berlambak, tapi aku nak tubuhkan satu lagi kelab. Kelab Pejalan Kaki. Kelab untuk mereka yang tidak suka naik motorsikal dan tidak suka naik kereta.
Kelab ini untuk orang yang suka berjalan kaki. Mereka yang rasa biasa sahaja berjalan kaki dari Kampung Baru ke Puduraya (lebih suka memanggil Puduraya berbanding Pudu Central kerana Puduraya ialah jenama Melayu). Dari Puduraya ke Dataran Merdeka. Dari Dataran kembali berjalan ke Kampung Baru.
Kelab ini untuk mereka yang suka berjalan dan tidak berapa suka naik motorsikal dan naik kereta. Naik bas pun tidak berapa suka juga. Naik motorsikal atau naik kereta atau naik bas hanya dalam keadaan tertentu. Untuk urusan mendesak dan perlu benar-benar cepat sahaja.
Aku mahu tubuhkan Kelab Pejalan Kaki ini kerana mengerti, banyaknya faedah bila berjalan kaki ini. Antara faedah dan kebaikan berjalan kaki kepada kesihatan kita adalah seperti berikut;
1# Mengurangkan risiko sakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol. Maknanya jantung kita menjadi lebih kuat dan sihat.
2# Tekanan darah menjadi lebih terkawal dan ini dapat mencegah risiko darah tinggi dan strok.
3# Keupayaan badan untuk memproses gula akan meningkat dengan lebih baik dan ini akan membantu melancarkan aliran darah. Sekaligus ini akan mengurangkan risiko sakit diabetes.
4# Berat badan menjadi lebih terkawal dan membantu membentuk tubuh badan yang menarik.
5# Merangsang penghasilan hormon endorphin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat. Ini dapat mengurangkan stress.
6# Otot badan dan tulang menjadi lebih kuat dan ini mengurangkan risiko osteoporosis.
7# Berjalan juga dapat mengimbangkan kestabilan tubuh terutama pada golongan warga emas.
8# Banyak lagi kebaikan dan faedah berjalan kaki. Hanya orang yang suka berjalan kaki sahaja tahu.
Untuk tahu tip dan kaedah berjalan kaki dengan betul, layari portal Kementerian Kesihatan.
Aku rasa Kelab Pejalan Kaki ni belum wujud lagi. Kalau dah ditubuhkan, bolehlah buat macam-macam program…apa-apa program yang patut. Emm…program apa yang sesuai untuk orang yang suka jalan kaki ni ya?
Ada siapa-siapa nak join?
Saya pernah berjalan kaki dari jalan TAR ke Kampung Baru tetapi waktu malamlah kalau waktu siang mahu lencun baju dan berbau hangit. 🙂
akubiomed recently posted..Blogger prihatin: Misi derma darah di PDN tercapai.
Lepas ini kena selalu-selalukan berjalan kaki…
wahh..nak tubuhkan kelab baru pula. bagus ni.
titan recently posted..Update Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah
Nak join ke?
Terkenang berjalan kaki ke kelas dari asrama, sekarang ke kampus pula 🙂
muhammad fakhruddin recently posted..Haram Haramkah @OhBuku
Bila ada peluang berjalan kaki, eloklah berjalan kaki untuk kesihatan.
Kadang-kadang sekolah hanya ‘sepelaung’ dari rumahpun nak kena hantar, tak boleh jalan kaki.
jalan kaki ni bagus unuk kesihatan. 🙂
levelsatu recently posted..Permohonan Biasiswa Sukan (BS) 2012 kini telah dibuka
Itulah satu yang tidak seronoknya berjalan di tengah bandar ini….sesak dada kerana asap kenderaan.
Menarik juga Kelab Pejalan Kaki ini, lebih-lebih lagi apabila mempunyai t-shirt sendiri. Dapat saya pakainya ketika pergi ke dalam universiti.
Kebetulan pula saya kini tiada kenderaan sendiri dan banyak bergerak ke sana ke mari menaiki motosikal kawan ataupun perkhidmatan awam. 🙂
Hadi Rofiee recently posted..Ada Kebaikan, Beri Kebaikan dan Dapat Kebaikan