Bagi rakan-rakan rapat terutamanya rakan sejawat, hanya mampu melahirkan rasa sedih dan simpati kepada keluarga yang ditinggalkan.
Sambil memberi penghargaan kerana dapat saling mengenali dan persahabatan yang terjalin selepasnya.
Bercerita tentang legasi yang ditinggalkan…kerjayanya yang memberi kesan kepada kehidupan orang lain serata dunia.
Sedikit pun tidak disentuh sebab musabab kenapa tindakan demikian diambil demi menjaga hati mereka yang di sekeliling.
Bagi kita….sering mengaitkan kebahagiaan yang dicari-cari tidak berjumpa. Kemasyhuran dan kekayaan tidak menjamin kebahagiaan jika membelakangkan tuhan.
Bagi aku pula…mungkin kerana tidak dapat menerima hakikat yang diri sudah tua! Ya, kiranya umur kita panjang…kita akan menghadapi usia tua.
Tua menyekat segalanya sedangkan kebanyakkan diri masih ingin melakukan segala-galanya.
Bila tua deria rasa makin berkurangan…sedangkan makan dan merasa pelbagai jenis makanan tidak kira apa di seluruh dunia adalah kerjaya yang mempopularkan diri.
Bila tua pergerakan sudah tidak cergas…sedangkan mengembara dengan kerencaman aktiviti mesti segandingan dengan makanan.
Semuanya sudah terbatas…sedang diri belum puas. Belum puas mengharungi dan menikmati kehidupan. Lebih lagi kehidupan di puncak!
Dia lebih tahu kehidupannya.
Anthony Bourdain…
Saya suka menonton rancangannya.
.
.
>> KLIK DI SINI UNTUK MENJADI CHEF BAKERY DI RUMAH <<
Kenapa dia bunuh diri??
Anuar recently posted..RM41,702.00 telah berjaya dikumpul sehingga 24 Ramadhan 1439H
Keluarga dia sendiri pun tidak tahu…
ahmadyani recently posted..Anda Pasti Terkejut Bila Dapat Tahu ‘Produk’ Ni Pun Boleh Jual Di Ebay
antara chef yang feveret.
Tapi..itulah itu.
Tak faham jugak.
titan recently posted..Hutang ialah Raksasa Malapetaka
Pengembaraan dia mencari makanan seluruh dunia memang seronok ditonton. Kalau di Malaysia saya suka rancangan yang dihostkan oleh Axian’s
ahmadyani recently posted..Anda Pasti Terkejut Bila Dapat Tahu ‘Produk’ Ni Pun Boleh Jual Di Ebay
tua itu satu nikmat..
saya juga menghampiri usia tua dan amat menghargai perjalanan hidup ini..
sebab dengan kehidupan ini sahaja akan dijadikan bekal hadapi kehidupan kekal abadi..
mrhanafi recently posted..Betul Ke Blogger Pekerjaan Old Timer?
Tua adalah realiti kehidupan yang mesti kita terima dan hadapi….
ahmadyani recently posted..Anda Pasti Terkejut Bila Dapat Tahu ‘Produk’ Ni Pun Boleh Jual Di Ebay
Kadang-kadang kita tengok hidup dia dah punyai segalanya, tapi dia masih bertindak sebegitu.. mesti ada sebab tertentu..
Hati tidak tenang walau ada segalanya…
ahmadyani recently posted..Anda Pasti Terkejut Bila Dapat Tahu ‘Produk’ Ni Pun Boleh Jual Di Ebay
huhuhu..tak berani nak buat andaian..
mungkin ada sebab lain disebaliknya