Saya mahu anda ambil satu kertas putih A4. Ambil sekarang! Jangan bertangguh.
Sudah ambil? Bagus. Kemudian ambil alat tulisnya. Pen. Pen marker lagi baik.
Apa yang mahu dibuat dengan kertas A4 dan pen marker ini? Saya mahu anda tuliskan ayat ini.
” Saya sedang memandang manusia yang luar biasa hebat! “
Apa yang mahu dibuat dengan catatan ini? Saya mahu anda lekatkan tulisan ini di cermin utama di rumah anda. Cermin yang digunakan untuk berhias diri sebelum keluar rumah.
Setiap kali anda berhias diri di cermin ini, bacalah ayat yang anda tulis itu. Setiap kali anda menggunakan cermin, bila anda memandang diri anda, sebutlah perkataan ini,
” Saya sedang memandang manusia yang luar biasa hebat! “
Bila anda dapat menyebut perkataan ini setiap memandang cermin tanpa perlu lagi membaca di kertas. Kertas itu boleh dibuang.
Ini dinamakan teknik separa sedar banyak yang dilakukan oleh pengiklanan melalui media dan papan iklan.
Betul tu…
yap. ini yang aku tampal kat depan meja aku. tapi perkataan lainlah. hehe..
titan recently posted..Trafik itu kacak.
Apa-apa perkataan yang boleh ‘membentuk’ hidup kita.
dulu tulis kat sebelah cermin.
saya mahu jadi cikgu.
alhamdulillah..dah dapat jadi cikgu. hehe..
ohcikgu recently posted..Sila pulangkan balik baki wang bantuan RM100 itu.
Jadi sudah terbukti cara ini berkesan.
Wow, teknik yang hebat. Pasti menarik jika dipraktikkan di rumah sewa kami yang mempunyai sehingga 13 orang ahli. 🙂
Hadi Rofiee recently posted..1433 Hijrah
Nanti kesemua 13 ahli itu akan menjadi manusia hebat.