Seorang Tuan Guru ada berkata…Jangan pandang apa yang dijual tapi pandanglah siapa yang menjual.
Maka aku pun menetapkan pendirian dan prinsip berikut ketika membeli terutamanya ketika Ramadan ini di Bazar Ramadan.
Aku tidak akan membeli apa-apa pun daripada penjual lelaki yang terperasan macho bila bersubang dan berantai leher. Walau terliur macam mana pun pada makanan yang mereka jual.
Aku tidak akan membeli apa-apa pun daripada penjual wanita yang rimas menutup kepalanya. Dan berpakaian tidak cukup kain. Walau macam mana pun kelihatan lazat juadah yang mereka jual.
Kata Tuan Guru lagi…Kita bukan sahaja mahu cari dan makan makanan halal. Kita patut mengutamakan juga makanan yang berkat.
Makanan halal tidak semestinya berkat. Tapi yang berkat itu sudah pasti halal.
Setiap kita ada pilihan. Inilah pilihan aku. Aku menghormati prinsip dan pilihan orang lain.
betul tuan, lagi-lagi waktu bulan Ramadhan ni yang nampak sedap tu belum tentu lagi sedap.
Diluar nampak di dalam belum tahu. 🙂
Suhimi Nain recently posted..Billplz, Payment Gateway Malaysia (Review)
Selalunya saya pilih peniaga yang memang berniaga seperti sudah ada restoran atau gerai tetap. Yang bermusin hanya di bulan Ramadan sahaja saya cuba elak kecuali yang betul-betul sudah kenal.
Samalah saya akan tengok dulu siapa penjual barulah masuk gerai tu untuk beli makanan
Khairul Zamri recently posted..Kadar Zakat Fitrah Tahun 2016
ya.
biasanya memang tengok siapa orangnya dulu.
baru beli.
titan recently posted..The Journey’s no fun IF you know WHERE you’re going.
Terima kasih.. Salam ramadhan
Terima kasih, saya pun sependapat dengan tuan 😀
Peniaga yang berniaga cuma sekadar nak buat duit, memang first and last la beli dari dia
sabree hussin recently posted..Masalah jualan JATUH menjunam semasa musim perayaan?