Hati yang diselaputi banyak sel lemak boleh menyebabkan masalah hepatocellular carcinoma (HCC) sekali gus menjadi punca kepada masalah kanser hati.
Bagaimana untuk mengelakkan diri kita daripada mengidap kanser hati?
Salah satu cara paling mudah adalah dengan kerap mengambil sayuran brokoli dalam diet harian.
Saranan untuk selalu makan brokoli ini adalah berdasarkan hasil kajian penyelidik dari Universiti Illinois, Amerika Syarikat, yang diketuai oleh Prof. Elizabeth Jeffery.
Hasil kajian ini membuktikan, dengan selalu memakan brokoli;
1# Membantu mencegah seseorang daripada mengidap masalah kanser hati.
2# Mampu mengurangkan risiko mengidap kanser payudara, prostat dan kanser kolon.
Penyelidikan tersebut turut menggalakkan supaya brokoli dimakan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
Kaedah penyediaan yang paling baik adalah dengan merebus atau dimakan mentah. Mungkin orang tidak suka memakan mentah. Jadi selain merebus, elok juga dikukus. Mengukus lebih baik daripada merebus.
Sumber: akhbar KOSMO
ramai yang tidak tahu sebiji brokoli ni mengandungi vitamin c sama banyak dengan yang ada pada oren.
saps ibubapa recently posted..SAPS Ibu Bapa – Semakan Keputusan Peperiksaan
Saya dan famili suka makan brokoli steam, sedap dan segar
Noriza Rahman recently posted..Jangan Kerana Bau Ketiak Masam Kita Hilang Kawan
anak saya termasuk saya suka sangat makan brokoli ini..selain sedap rupanya ia berkhasiat..
Hanafi recently posted..Wanita Buat Duit Dari Rumah
Bagus makan brokoli ni walaupun pahit sikit..
Sedap makan brocoli yang banyak khasiat untuk kita semua
Cuti Sekolah recently posted..Kalendar Cuti Umum Sabah 2017