Pernahkah timbul perasaan malas atau tidak mahu bersedekah dalam diri anda? Sesekali rasa ini ada juga datang menjenguk diri saya. Anda bagaimana?
Saya tidak bercakap tentang orang yang memang tidak pernah bersedekah atau orang yang anggap bersedekah itu satu pembaziran. Bagi orang sebegini, tidak timbul perasaan malas atau tidak mahu bersedekah. Memang mereka tidak ada hati untuk bersedekah pun.
Saya bercakap tentang orang yang selalu dan suka bersedekah. Mereka bukan sahaja tahu sedekah itu tuntutan agama malah sedekah itu bukan diberi sekali sekala bahkan konsisten diberi pada setiap hari, minggu atau bulan.
2 Sebab Malas Bersedekah
Tentulah bersebab bila hadir dalam hati orang yang suka dan selalu bersedekah ini, perasaan malas dan tidak mahu bersedekah. Hasutan syaitan itu sudah semestinyalah. Selain itu selalunya kerana 2 sebab;
1# Malu kerana dapat memberi sedikit sahaja tidak seperti orang lain yang dapat memberi banyak.
2# Takut pemberian itu digunakan pada jalan yang salah atau takut tersalah beri kepada orang yang tidak sepatutnya.
Usah malu memberi hanya sedikit. Sedikit lebih baik daripada tidak memberi sama sekali. Walaupun sedikit tetap ada ganjarannya. Seperti jaminan ALLAH dalam firmanNYA… “dan bahawasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya).” –An-Najm; 40
ALLAH tidak menyebutkan, usaha itu sedikit atau banyak. Setiap usaha ada ganjaran pahalanya. Tapi memang tidak dinafikan yang usaha banyak, banyaklah ganjarannya. Dan dikatakan juga, biarlah sedikit asalkan istiqamah. Biarkan sedikit asalkan konsisten, iaitu dibuat secara berterusan.
Bagi mereka yang takut tersalah beri atau pemberian itu disalah guna, cerita di bawah ini dapat memberi motivasi kepada kita untuk terus bersedekah dengan ikhlas.
Kisah Lelaki Yang Tersalah Beri Sedekah
Satu hari, seorang lelaki alim keluar rumah membawa duit untuk disedekahkan. Rupa-rupanya orang yang diberi sedekah itu adalah seorang pencuri! Sedekahnya itu menjadi buah mulut orang.
Lelaki itu hanya mampu memuji-muji ALLAH. Sungguh dia tidak tahu orang itu adalah pencuri. Tapi itu tidak mematahkan niatnya untuk terus bersedekah pada esok hari.
Besoknya lelaki alim itu keluar rumah untuk bersedekah. Sedekahnya pada hari itu juga menjadi buah mulut orang kerana rupa-rupa dia telah memberi sedekah kepada seorang perempuan pelacur!
Lelaki alim itu kekal dengan niatnya untuk terus bersedekah pada esok hari. Sekali lagi dia hanya mampu memuji-muji ALLAH kerana dia tidak tahu perempuan itu adalah pelacur.
Lelaki alim itu keluar rumah sekali lagi untuk bersedekah. Sekali lagi dia telah tersalah beri sedekah pada orang yang tidak sepatutnya. Disangkanya orang miskin, rupanya lelaki kaya! Perbuatannya itu terus menjadi buah mulut orang.
Lelaki itu terus memuji-muji ALLAH. ALLAH yang lebih mengetahui kenapa dia memberi sedekah kepada pencuri, pelacur dan orang kaya sedangkan dia amat berhati-hati.
Pada malam hari, seorang lelaki datang dalam mimpi ketika lelaki alim itu tidur. Lelaki itu berkata;
“Mudah-mudahan, sedekah kamu kepada si pencuri akan membuatkan dia insaf diri dan bertaubat tidak akan mencuri lagi.”
“Mudah-mudahan, sedekah kamu kepada si pelacur akan membuatkan dia malu dan memelihara diri serta bertaubat daripada perbuatan keji itu bila sedar tanpa melacur pun ALLAH memberi rezeki kepadanya.”
“Mudah-mudahan, sedekah kamu kepada si kaya akan menginsafkan dirinya dan dia mengambil pengajaran bahawa terdapat hamba-hamba ALLAH yang miskin tapi masih mampu menafkahkan sebahagian harta yang dikurniakan oleh ALLAH dengan bersedekah kepada orang lain.”
Tidak patut kita bersedih bila tersalah beri sedekah. Malah kita patut bersyukur kerana ALLAH ‘memilih’ kita menjadi asbab ALLAH ingin mendidik penerima.
Tidak ada silapnya bila kita tersilap beri sedekah. Yang salahnya bila tidak ikhlas ketika memberi. Bila kita redha bila tersalah beri sedekah dan percaya ada kebaikkan yang hanya ALLAH tahu di sebalik kesilapan itu, kita akan mendapat 2 pahala. Pahala beri sedekah dan pahala redha.
Namun sikap berhati-hati dan teliti dalam memberi itu perlu ada. Bukan bersedekah semberono sahaja. Kerana sekarang ini, memang ada pihak yang mengambil kesempatan atas sifat pemurah rakyat Malaysia dengan menjadikan perbuatan meminta sedekah itu satu kerjaya!
Bersedekahlah dengan ikhlas disulam dengan ilmu. Tapi jika masih tertipu juga, percayalah sedekah itu tetap diterima ALLAH dan ada hikmah di sebaliknya. Hanya ALLAH yang tahu.
kena rajin bagi sedekah kerana banyak ganjarannya
zool recently posted..Menukar bateri kereta ke bateri sel kering
Ganjarannya berlipat kali ganda…
sedekah la walaupun sedikit.
🙂
titan recently posted..Komisen ke 42 dari Ashadee.com
Sedikit itu Nampak ‘banyak’ kepada si penerima…
payah juga kalau malas ni alahai beri sahaja berapa kita ada huhu…
suri recently posted..Jangan Berdiri Hadapan Pintu Rumah Orang!
Kalau sudah datang malas, badan sihat pun semacam sakit je….
jangan malas nak bersedekah.. bersedekah amalan yang baik..
labu recently posted..RAYUAN BR1M 2015 AKAN DILANJUTKAN KE 15 APRIL
Kebaikkannya tidak putus sampai ke syurga…
orang bersedekah biasanya lapang hatinya 🙂
diana recently posted..Tip shopping barang deko di Kaison
Lapang hati itulah yang mendatangkan rasa tenang dalam hidup…
selalu sedekah traffic ke blog lain.ganjarannya memang berganda.hehee
din recently posted..Kucing Beranak Lagi
Ilmu pun di kira sedekah juga…
walaupun amal sekecil zarah pun akan dikira oleh Allah.. asalkan niat ikhlas
Akak Vitamin recently posted..Suamiku Mengidam Udang Goreng Butter
Begitulah pemurahnya ALLAH, sekecil zarah pun dibalasNYA…
Kalau hati kita betul-betul ikhlas sepenuhnya kita tak akan persoal apa balasan di dunia yang kita akan terima selepas memberi sedekah pada hari ini. Betul tak?
Khairul Zamri recently posted..Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
Ya betul. Bagi kemudian lupakan apa yang kita bagi. Allah lebih mengetahui bagaimana mahu membalasnya….
sedekah boleh dilatih. saya dan family berlatih dengan Tabung Sedeqah Subuh.
akak vitamin recently posted..[Video Pendek] 10 Kisah Duka bertukar Rasa Cinta
tgn yang memberi lbh baik dari yg menerima. selamat beramal 🙂
Uncle Zuan recently posted..3 Sebab Uncle Suka Tengok Siri Baru Daredevil
lagi banyak lagi banyak kita bagi.. lagi Allah akan bagi kita balas berlipat kali ganda…
zik recently posted..Keputusan penuh dan kedudukan terkini liga super 18/4/2015
ada duit lebih..sedekah la ye. hehe
ohcikgu recently posted..88 Senarai Kit Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran Malaysia 2015
Boleh pulak malas bagi sedekah..pintu rezeki tu..haha
Hafizul recently posted..Tender Kerajaan Susah Dapat Ekk?
Mmg byk ujian bila bersedekah nie…
buat baik tentulah diuji kan…
Hairul Hissam recently posted..Tips Usahawan: Bisnes Anda Dalam Bahaya Jika Tiada Simpanan Kecemasan. Sekurangnya 6 Bulan Kos Operasi.
yang penting niat kita nak sedekah. selebihnya adalah urusan Allah swt. wallahu’alam.
Azam Mohamad recently posted..Nak tambah income tapi malu menjual?