Dia masih makan dan minum. Boleh pergi ke hulu dan ke hilir. Dapat tidur malam dan besoknya bangun meneruskan aktiviti. Boleh berbual-bual dan bersembang isu semasa. Dia kekal bernafas menghirup udara segar. Tetapi Imam al Ghazali meminta kita bertakbir 4 kali kepadanya.
Takbir 4 kali sebagai simbolik solat jenazah. Namun dia bukan jenazah. Dia bukan mayat. Dia masih hidup. Kenapa dia dianggap mati hingga dia ‘diperli’ untuk ditakbirkan sebanyak 4 kali?
Adakah dia zombie iaitu mayat bernyawa? Bukan! Dia hanya manusia yang tidak suka akan ilmu agama. Imam al Gazali memperli orang yang suka memberi alasan untuk mengelak diri daripada menuntut ilmu adalah orang mati. Bukan mati nyawa. Akan tetapi mati hati.
Urusan mati nyawa akan selesai selepas jasad dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan kemudian dikebumikan. Bagaimanapun, manusia yang mati hatinya akan menyusahkan urusan hidup manusia lain dengan perangai dan kelakuannya yang buruk. Bukan sahaja membawa mudarat kepada hidup orang lain, juga kepada hidupnya sendiri.
Hati Sakit Bukan Sakit Hati
Hati tidak mati dengan tiba-tiba. Mulanya, ia adalah hati yang sakit. Hati yang sakit tidak dimaksudkan kepada perasaan sakit hati. Ia berbeza, namun perasaan sakit hati adalah salah satu tanda hati yang sakit.
Hati yang sakit kerana virus atau kuman boleh didiagnosis oleh mata kasar doktor. Tetapi mata kasar walaupun dibantu dengan peralatan super maju tidak dapat mendiagnosis hati yang dikatakan sakit secara maknawi. Hanya orang-orang terpilih oleh Allah SWT mampu melakukannya.
Ciri-Ciri Hati Yang Sakit
Namun Allah SWT Maha Penyayang. Dia memberikan kita tanda mudah daripada kehidupan seharian yang boleh kita jadikan kayu pengukur untuk mengetahui ciri-ciri hati yang sakit. Antaranya;-
1# Bila hati rasa seronok melakukan kejahatan dan menderita bila melakukan kebaikan.
2# Bila hati rasa berat untuk membaca al Quran. Bila sudah baca rasa ingin memendekkan bacaan kerana hati rasa tidak suka membaca lama dan panjang-panjang.
3# Begitu juga hati rasa berat untuk solat. Suka melewatkan solat tanpa alasan. Bila solat, bersolat dengan tergesa-tergesa. Suka solat sendiri walau ada Jemaah kerana solat sendiri lebih cepat. Berjemaah dianggap menghabiskan masa.
4# Selalu menghindari majlis-majlis ilmu. Sudahlah malas menghadiri majlis ilmu, untuk membaca bahan-bahan ilmiah juga tidak suka.
5# Dalam pergaulan dengan manusia lain, selalu timbul rasa suka membanggakan diri. Suka membandingkan diri dengan orang lain, baik melalui tingkah laku, cara bercakap, lenggok berjalan atau gaya berpakaian.
6# Suka mencari-cari kesalahan orang lain. Suka meletakkan kesalahan di bahu orang lain tapi tidak pernah mengakui kesalahan diri sendiri. Suka mengetepikan kebaikan yang orang lain buat, hanya suka menonjolkan keburukan yang ada.
7# Tidak suka dengan nikmat yang didapati oleh orang lain, malah suka bila orang itu mendapat susah. Mulut kata simpati pada orang yang dalam kesusahan, tapi hati berkata padan muka!
Merawat Hati Yang Sakit
Hati yang mati tidak ada pada semua orang. Akan tetapi hati yang sakit boleh hinggap pada semua manusia. Bila ia tidak dirawat, akan menjadi kronik. Bila hati sakit menjadi kronik, potensi hati menjadi mati itu ada. Hati yang mati sukar untuk disembuh.
Untuk menjaga hati agar tidak dihinggapi penyakit atau untuk merawat hati yang sudah sakit, perlulah rajin pergi ke klinik dan hospital. Bukan hospital atau klinik 1Malaysia ya! Yang dimaksudkan ialah surau dan masjid dan tempat-tempat atau majlis yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Berdampinglah selalu dengan doktor hati iaitu orang-orang alim dan arif yang ikhlas bagi mendapatkan nasihat dan bimbingan.
Bila hati dapat dikikis daripada penyakit, kita akan dapat mengecap kedamaian dan ketenangan dalam kehidupan seharian.
Seketul hati yang ada dalam diri kita bukan milik kita, sesungguhnya ia milik Allah SWT. Mintalah pada Allah SWT agar Dia mengurniakan taufik dan hidayah ke dalam hati dan membersihkan hati daripada segala jenis penyakit hati. Minta dijauhkan Allah SWT daripada memiliki hati yang mati. Wallaua’lam.
semoga aku tak mati dan jadi zombie macam kisah nie
blogger lelaki recently posted..Satu Titik Hitam
Nauzubillah…
Peringatan yang sangat baik …kena selalu semak hati kita…tak dinafikan ciri-ciri sakit memang ada..kalau dah kenalpasti kena buat rawatan segera…
Raudzah recently posted..Fenomena Belalai Air Melanda Malaysia
syukuran. Peringatan yang berguna 🙂
Pahan recently posted..Lawatan Murid Tahun 6 Ke Kuching, Sarawak
Ingat mengingatkan itu tugas bersama…..
rajin-rajinlah bersolat.
jangan malas.
kita kat dunia ni tak lama.
titan recently posted..Komisen ke 22 dari Ashadee.com
Tambahkan yang sunat untuk ‘menampung’ yang wajib…
Peringatan yang sangat bagus. Moga kita sentiasa dimudahkan untuk berbuat kebaikan In sha Allah
Ani Haryani recently posted..Set Gabungan ESP Shaklee
Selagi masih ada nyawa,hati yang mati masih boleh diubati.
Norhayati Suaib recently posted..5 Tips Memilih Penapis Air Untuk Sumber Air Bersih
Moga kita dan zuriat keturunan kita tak akan sesekali jadi mati yang begini..
Khadeejah Hasmad recently posted..Tips Kewangan : Cara Kami Settle Kan Kad Kredit
kembali padanya hati kita akan segar nanti..
suri recently posted..Low Shank Adaptor Snap On Foot Adapter_Portable
Untuk hati menjadi tenang dan sentiasa segar, memang kita perlu sentiasa ingat padaNya…
hati boleh berubah-rubah atau berbolak balik..jaga hati maka akan terjaga iman
Hero Borneo recently posted..7 Panduan Selesaikan Pertengkaran Suami Isteri
Sebab itu kita mesti minta Allah tetapkan hati dalam kebaikan…
hati perlu dijaga dengan sebaiknya, jika ianya sakit maka perlulah dirawat dan diperbaiki dengan segera
puteri kasih recently posted..Kebaikan Mandi Air Sejuk
Kadang-kadang kita tidak tahu hati kita ‘sakit’, sebab itu perlukan orang yang rapat dengan kita untuk memberitahu…
Zombi kampung pisang pun blh dalam berjuta2..takpele ni hidup mcm zombie tak mau le…
JAWATAN KOSONG TERBARU recently posted..JAWATAN KOSONG YELLOW PAGES
benar, hati perlu dijaga dengan baik. bajai dengan amalan baik dan jauhkan dari dosa.
Mohd Zulfadhli recently posted..Jalan yang tidak ramai lalui (The Road Less Travelled)
Penah buat lawak g klinik minta doktor Singh tengokkan hati ku yang tersakiti…tetapi tenang dia cakap balik sembahyang…
JAWATAN KOSONG TERBARU recently posted..JAWATAN KOSONG GURU TUISYEN
Mati hidup semula tu yang mustahil tu…tapi mati tapi masih hidup tu yang payah tu..
JAWATAN KOSONG TERBARU recently posted..KEKOSONGAN JAWATAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
Terima kasih..kadang2 ada rasa gak macam hati sakit ni..mintak jauh la dari hati yg mati ni..
Hafizul recently posted..Jadi Kaki Buli, Siapa Yang Harus Dipersalahkan?