Dulu-dulu, ibubapa (lebihnya bapa) pukul anak dianggap salah satu kaedah mendidik. Guru pukul murid kerana mahu murid cepat ‘tangkap’ ilmu.
Pukul tidak dianggap dera. Dera hanya bila anak atau murid itu dibantai.
Saya pernah dipukul ayah dengan tali pinggang. Berbirat betis kaki. Guru pukul guna rotan. Siap kena pilih jenis rotan lagi. 3 jenis rotan panjang. Kecil sebesar jari kelingking. Sederhana seperti jari tengah. Besar semacam ibu jari. Selalunya saya pilih yang sederhana.
Walaupun mengadu sakit pada mak dan ayah selepas dipukul guru. Mak dan ayah hanya cakap, “lain kali belajar betul-betul. Jangan main-main dalam kelas.” Mak dan ayah tidak pernah ‘serang’ guru dan sekolah. Sekarang? Sekolah dan guru kena bersiap sedia menghadapi ‘serangan’ ibubapa.
Budaya kita sebenarnya menerima kaedah pukul atau merotan sebagai salah satu kaedah mendidik. Yang tidak diterima hanyalah membantai. Bantai adalah pukul kerana mendera.
Saya tidak faham kenapa Malaysia menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC). Hak kanak-kanak PBB tentulah mengikut acuan dan teori barat yang jauh daripada Islam. Sedangkan Islam sudah punya garis panduan bagaimana mendidik anak. Dan memukul atau merotan untuk mendidik termasuk dalam garis panduan ini.
Penjelasan Dr Maza dalam blog beliau tentang merotan ini elok dibaca. Kalau taip ‘merotan anak’ di google, ada beberapa penjelasan yang menarik untuk difikirkan.
Kita mahu menjadi Negara maju pada 2020 mengikut acuan sendiri. Tapi nampaknya kita asyik menandatangani perjanjian di sana sini. Perjanjian yang dibuat oleh orang lain. Bukan perjanjian yang kita adun sendiri.
Masyarakat barat yang tidak menerima budaya pukul anak sebagai salah satu cara mendidik pun, ramai yang tidak bersetuju merotan anak dianggap jenayah. Kita yang menerima budaya ini pula mahu bersetuju, merotan dianggap jenayah?
Panduan mendidik anak supaya menjadi anak soleh dan solehah
Jika bersetuju merotan anak dianggap jenayah, apa gelar kita kepada mak ayah yang pernah merotan kita dulu. Ibubapa kita penjenayah?
Kita patut berhati-hati. Saya anggap ini jarum halus untuk menghina Islam. Menghina Nabi Muhammad SAW.
Jika bersetuju merotan anak di anggap jenayah, apa gelar kita kepada Nabi Muhammad SAW yang beri izin ibubapa untuk pukul anak yang sudah sampai usianya tapi masih belum mahu solat walau sudah diasuh dan dididik dengan bermacam cara?
Nabi kita Nabi Muhammad penjenayah? Nau’zubillah.
Saya berharap isu ini dibahaskan semula di peringkat parlimen, sebelum dimasukkan ke dalam akta atau peraturan di negara kita… ibu bapa dan guru2 dibenarkan merotan anak-anak bersebab.. salah satu sebab utama adalah untuk mendisiplinkan mereka supaya dapat menjaladi manusia yang berguna pada masa hadapan. .
anuar recently posted..Buat Duit RM14 juta setahun dengan hanya bermain komputer di rumah
Memang tidak patut kita terima bulat-bulat tanpa mengadun dengan budaya hidup kita.
akibat guru yang merotan saya kerana tidak hafal sifir, saya menjadi orang yang berguna kepada masyarakat hari ini, dirotan kerana sayang bukan kerana benci.
Dr Fattah recently posted..Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa Perubatan
Mereka yang Berjaya pada hari ini memang selaku bercerita yang mereka pernah dirotan…
kalau merotan anak dianggap jenayah, maka kita perlu rotan orang yang beli nombor ekor.
Akta yang ada pun tidak benar-benar dikuatkuasakan. Mahu ditambah akta baru. Buat orang cuak je….
Harap pihak kementerian tidak membuat keputusan terges-gesa. Islam is way of life.
akubiomed recently posted..Projek restore basikal BMX anak
Ambil maklum dulu dengan reaksi orang ramai sebelum buat keputusan.