Prakata buku-buku agama baik daripada penerbit, penterjemah atau penulis akan dimulakan dengan segala puji bagi Allah, pemilik seluruh alam dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan seluruh pengikut yang ikhlas sehingga hari kiamat.
Bagaimanapun, ada sesetengahnya iaitu puji dan selawat ini ditulis (sengaja atau tidak disengajakan?) dengan cara yang tidak betul. Kalau saya salah dalam hal ini, mohon betulkan.
Ia ditulis begini…segala puji bagi Allah…..dan seterusnya. Semoga selawat dan salam dicurahkan kepada Nabi Muhammad……..dan seterusnya. Di mana salahnya?
Salahnya pada bahagian selawat. Kenapa mesti ada semoga?
Semoga itu sesuatu yang tidak pasti. Yang serba mungkin. Mungkin Ya dan mungkin Tidak! Mungkin Ada dan mungkin Tiada! Mungkin Diberi dan mungkin Tidak Diberi! Dan serba mungkin yang lain.
Semoga ini seperti kita berharap bahawa Allah akan berselawat kepada Nabi Muhammad, jangan tidak berselawat pula! Semoga ini seperti ada masa Allah berselawat kepada Nabi Muhammad dan ada masanya tidak!
Allah berfirman dalam surah ke 33 al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikat berselawat kepada Nabi (Muhammad). Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam dengan sempurna.”
Sesungguhnya di sini adalah pasti! Tiada mungkin-mungkin lagi. Kerana itu tiada sebab untuk kita mengharapkan Allah untuk berselawat kepada nabi kerana sesungguhnya sudah pasti Allah berselawat kepada nabi bersama seluruh malaikatnya dan kita diperintah untuk berselawat sama.
Sekiranya ada khilaf dalam cara menulis, ia perlu diperbetulkan. Sekiranya disengajakan, wajib insaf.
Allah menyeru orang-orang yang beriman untuk berselawat kepada nabi. Kenapa Allah tidak menyeru kepada orang-orang Islam? Kerana hanya orang beriman yang akan menurut perintah Allah, orang Islam belum tentu lagi.
Jadilah kita orang yang beriman dengan memperbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad. Belilah satu buku himpunan selawat. Baca semua selawat yang dicatat dalam buku itu dan pilih satu selawat yang ‘serasi’ dengan diri kita, yang bila kita bacanya hati kita rasa tenang.
Jadikan selawat itu sebagai zikir seharian.
Sudah menjadi terbiasa membasahkan bibir dengan memuji kekuasaan Allah SWT dan selawat ke Nabi Muhammad setiap kali keluar dari rumah dan balik.
akubiomed recently posted..Menghadiri Seminar Empayar Perniagaan Internet Jootawan
Tabiat yang terpuji..
sentiasa beristighfar memohon ke ampunan ALLAH….
Jamian Sarif recently posted..Program Tahun Melawat Malaysia – Feb 2014
Istighfar adalah kunci rezeki..
rasanya tak ramai yang perasan mukadimah macam tu.
ini sebagai peringatan untuk kita semua dan terima kasih perkongsiannya.
Denaihati recently posted..MSMW Awards banyak jasa kepada Blogger
Sebenarnya banyak buku agama ditulis dengan cara begitu…
Alhamdulilah semoga apa yang kita lakukan mendapat keRedhaan dari-NYA..in shaa allah
Cikgu Bola recently posted..Suku Akhir Piala FA 2014
Aaminnn…
marilah sentiasa selawat ke atas nabi kita.
mesti ramai orang selalu lupa dan leka..
titan recently posted..7 Sebab Yeo’s Pilihan Semulajadiku
Kebaikkan selawat itu akan kembali kepada kita juga..
semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua…
kakiblog recently posted..5 Alasan Untuk Membuang Pekerja
kita sering lupakan tapi kenapa kita tak amalkan insyallah dia tak akan melupakan kita di sana nanti.
semoga perkongsian sebegini dapat menyedarkan..
puteri kasih recently posted..Tips Menaip Dalam Masa Yang Singkat
jom perbanyak Salawat ke PAda NAbi Besar Muhammad SAW terimakasih atas pencerahan ini
munir ardi recently posted..Get the Best deals package travels with Panorama Tours Indonesia