Kenangan raya anak-anak dahulu tidak dapat dinikmati anak-anak sekarang. Memang raya dahulu, meriahnya amat terasa. Tidak seperti raya sekarang. Tidak ada sesiapa dapat menafikannya.
Kenangan raya dahulu, tidak dapat tidak benar-benar mengocak jiwa sesiapa sahaja.
Dahulu kami ‘berperang’ sejak awal ramadhan lagi, geng mana yang paling kuat bunyi meriam buluhnya. Tiada siapa yang cedera atau mati kerana buluh pecah dan mencederakan.
Dan pada malam raya kami benar-benar ‘berperang’. Kami buat 2 kumpulan. Senjata kami ialah mercun lidi. Kami bukan tembak ke udara dan pilih bunyi mercun siapa yang paling kuat sebagai pemenangnya. Kami tembak pada ‘musuh’ macam permainan paintball. Tidak ada sesiapa yang cendera.
Permainan mercun yang dahulu bukanlah seperti permainan mercun yang sekarang. Dahulu menyeronokkan, sekarang mencelakakan. Di mana silapnya? Mercun yang dahulu, itulah juga mercun yang sekarang.
Esoknya kami beraya seluruh kampung. Kami panjat semua rumah yang kami kenal dari pagi sampai ke petang dan disambung ke besok hari bila tidak sempat habiskan pada raya pertama. Alhamdulillah bila dapat duit raya. Dan kami tidak mengutuk kalau tidak dapat. Kami tetap pergi ke rumah yang kami kenal tuan rumahnya walau kami tahu tidak akan dapat duit raya.
( Selesai solat raya di Kg Luat, Lenggong Perak )
Anak-anak sekarang tidak akan beraya kalau tidak dibawa ibubapa. Beraya di rumah jiran sebelah rumah pun, kena dibawa ibubapa. Mereka lebih suka beraya di depan TV. Kalaupun beraya, mereka akan pilih rumah yang pasti akan dapat duit raya.
Masing-masing orang ada kenangan tersendiri pada hari raya waktu zaman kecil mereka. Zaman berubah dan suasana juga berubah. Raya dahulu tidaklah sama dengan raya sekarang. Raya sekarang pasti tidak akan sama dengan raya akan datang.
SELAMAT HARI RAYA saya ucapkan kepada pembaca blog ini. Terima kasih kerana berkunjung ke sini. Nota dalam blog ini akan dicatat seminggu selepas raya, In Sha Allah.
Betul apa yang ditulis. lebih ramai yang lebih suka duduk didepan tv dari pergi ziarah dan menerima kehadiran tetamu untuk beraya.
Dalam TV ada saranan supaya kita ziarah menziarahi. Tetapi TV yang sama menyajikan pelbagai program seolah-olah mahu kita menatapnya sepanjang hari raya.
memang sekarang budak2 tak macam kita dulu2…
hafiz recently posted..Cek dari Nuffnang
Dulu-dulu tu sebenarnya tidak jauh sangat jarak masanya. Cuma perubahan terlalu pantas berlaku.
kampung gua masih ada lagi orang main meriam buluh. hoho..
titan recently posted..Jubah Raya Tanah Arab sudah sampai. Yehh!
Pokok buluh yang sesuai dbuat meriam sudah tidak banyak yang ada.
Raya masa kita muda-muda dulu memang seronok… Tak sama dengan raya zaman sekarang…. Dulu kita boleh main meriam buluh… Ada Marhaban sebaik sahaja lepas selesai solat sunat Aidilfitri…. Zaman sekarang semuanya tinggal nostalgia…
Anuar recently posted..Komisyen Affiliate Pertama Program MyKad Smart Shopper
AJK pada satu-satu tempat itu kena aktif sikit untuk mengatur program, barulah kemeriahan raya akan terasa kembali seperti dulu-dulu…
Beza sangat dah sekarang, mercun pun dah macam mercun sambutan hari bandaraya….heee
selamat hari raya buat bro dan maaf zahir batin.
Denaihati recently posted..Mari belajar buat blog dengan WordPress
raya dulu dulu memang best, tgk budak skrg spt x dapat menikmati cara dan gaya kita beraya dulu dulu
Juan recently posted..Berhari Raya Dengan Nasi Hujan Panas
Tahun ini saya tidak merasa sedikit pun aura raya tu, ntah kenapa
Khairul Zamri recently posted..Kalau Aku Kaya