Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
# ini nota peribadi yang agak panjang #
Seorang kawan yang baru dikenali, menghulur sebatang rokok seusai makan-makan di gerai TomYam Thai di Kampung Baru, ibu kota KL.
“Saya tidak merokok,” aku menolak dengan tegas. Dia terus merokok tanpa menghiraukan aku.
Kalau aku merokok seperti dia, aku pasti akan menahan diri daripada merokok di hadapan orang yang tidak merokok sebagai adab persahabatan. Namun aku sedar ‘ketagihan’ rokok yang melampau membuatkan seorang perokok itu ‘lupa’ akan banyak adab persahabatan yang patut diamalkan.
Dan aku juga tidak pasti bila aku juga ‘ketagihan’ seperti itu, aku juga mungkin lupa akan adap ini.
“Sudah lama berhenti merokok?” Dia bertanya. Dia hairan bila aku beritahu, aku tidak pernah berhenti merokok. Kalau tidak berhenti merokok, kenapa aku menolak huluran rokoknya?
Istilah berhenti merokok hanya akan timbul bila seseorang itu pernah merokok, kemudian dia ‘stop’ dan tidak merokok lagi. Bagaimana akan timbul istilah berhenti merokok dalam hidup aku kalau seumur hidup aku tidak pernah merokok. Alhamdulillah, aku bersyukur pada Allah kerana Dia tidak menjadikan aku seorang perokok.
Ayahanda saya seorang perokok dan beliau sudah kembali menemui Allah. Ayahanda sihat fizikal dan tiada penyakit, jantungnya tiada lubang atau tersumbat, hanya ia lemah. Dan aku menganggap jantung ayahanda lemah kerana rokok yang dihisapnya.
Apakah bila ayahanda bukan perokok, jantungnya akan kuat dan beliau masih hidup? Hanya Allah yang mengetahui. Atau apakah bila ayahanda bukan perokok, jantungnya tetap lemah kerana Allah mahu menguji. Hanya Allah yang mengetahuinya.
Ketika pertama kali syarikat rokok diwajibkan untuk meletak gambar ‘seram’ di kotak rokok, opah sebelah ibu minta sepupu aku sebelah ayah yang menziarahinya untuk berhenti merokok kerana bulu roma opah meremang bila melihat gambar seram itu.
Sepupu aku hanya tersenyum pada opah ( sebenarnya ini opah saudara dia juga), dia beritahu rasa ketagih pada rokok lebih kuat berbanding rasa seram melihat gambar di kotak rokok.
Sekarang sepupu aku ini kena strok dan terpaksa berkerusi roda. Apakah dia kena strok kerana kuat merokok? Hanya Allah yang tahu. Apakah dia tetap akan kena strok walaupun tidak merokok kerana Allah mahu mengujinya? Hanya Allah yang tahu.
Ramai yang bertanya bagaimana aku tidak merokok kerana biasanya bila si ayah merokok, anak pasti akan merokok. Mungkin disebabkan didikan di Sekolah Agama Persendirian. Kawan-kawan sekelas dan sekolah juga tidak merokok. Kalau adapun, ia tidak sampai 1% daripada kesemuanya.
‘Didikan’ di sekolah ini membuatkan hati aku ‘benci benar’ akan rokok. Aku pernah menulis entri tentang bahaya rokok. Aku rasa elok benar kalau aku ‘post’ semula entri tersebut seperti di bawah ini;…
===
Sekarang tidak ada lagi iklan rokok di TV Malaysia. Saya masih ingat-ingat lupa iklan rokok Marlboro yang akan menampilkan lelaki menghisap rokok sebagai Marlboro Man. Lelaki berpakaian koboi yang digambarkan ‘hebat’ dengan rokok Marlboro di tangan.
Ramai rakyat Malaysia tidak tahu 3 lelaki utama yang berlakon sebagai Marlboro Man iaitu Wayne McLaren, David Mclean dan Dick Hammer mati kerana kanser yang disebabkan oleh rokok.
Tidak diketahui dengan tepat sejarah mula manusia menghisap rokok, akan tetapi rokok mula dihisap oleh golongan bangsawan Eropah, kononnya sebagai gaya kehebatan sejak 500 tahun dahulu. Kemudian ia berkembang di kalangan rakyat biasa dan akhirnya menjadi gaya kebiasaan.
Orang yang mula-mula merokok di Amerika ialah puak Red Indian, tetapi hanya untuk tujuan pemujaan bukan menunjukkan kehebatan.
Apapun tujuannya, hakikatnya merokok lebih banyak menimbulkan masalah. Masalah pada kesihatan dan kehidupan sosial.
Mereka yang suka rokok, melihat sebatang rokok hanyalah segulung tembakau kering yang memberi ‘kenikmatan’ kepada mereka. Seorang ahli sains pula melihat rokok sebagai campuran bahan kimia yang terdiri dari;
Nikotin, tar, sianida, benzena, cadmium, metanol, asetilena, amonia, formaldehid, hidrogen sianida, arsenik, karbon monoksida, aceton, toluidine, napthalene, butane dan sebenarnya kata ahli sains, ada banyak lagi selain yang disebutkan.
Mari kita memahami sedikit tentang bahan kimia yang ada dalam rokok ini;
Nikoton # mungkin menyebabkan perokok berasa tenang.
Tar # mengandungi lebih 4 ribu campuran kimia dengan 60 darinya bersifat karsingen iaitu pencetus kanser.
Karbon monoksida # bila disedut banyak boleh mengurangkan keupayaan darah untuk membawa oksigen ke tisu badan terutama otak membuatkan sukar bernafas dan cepat letih.
Aceton & toluidine # biasa diguna sebagai penanggal cat dan pelarut industri.
Metanol # bahan api roket.
Napthalene # bahan ubat gegat.
Butane # bahan pemetik api.
Mari kita baca pula, apa kata Pakar Runding Perubatan, Pusat Perubatan Taman Desa, Datuk Dr.G.Selvaraju tentang rokok;
1# Sukar untuk melihat orang merokok pada 1950-an kerana ia bukan budaya orang malaysia. Akan tetapi sekarang ini kadang-kadang satu keluarga menghisap rokok.
2# Biasanya kanser pada seorang perokok atau penyakit-penyakit lain tidak dapat dikesan dalam 15 tahun pertama dia menghisap rokok. Seperti dinding reput yang tersembunyi di sebalik cat tebal. Bila kanser terserlah atau dinding reput mula runtuh, ianya sudah terlewat. Tidak ada apa yang boleh dilakukan lagi kecuali ‘bertahan dan menunggu’ masa hidup tamat.
3# Orang yang tidak merokok tapi kerap terhidup asap rokok orang lain, juga terdedah pada risiko penyakit. Malah sebenarnya adalah lebih bahaya dikelilingi perokok berbanding perokok itu sendiri.
4# Merokok boleh mendedahkan seseorang kepada lebih 20 penyakit kronik yang terdiri dari pelbagai jenis kanser, antaranya seperti; kanser pundi kencing, kanser perut, usus dan rahim, kanser mulut, esofagus, kanser tekak, kansr pankreas, barah payudara dan barah paru-paru. Juga boleh mendapat penyakit berkaitan saluran pernafasan, strok, lemah tulang, jantung dan mandul.
5# Dahulunya pengaruh paling kuat membuatkan seseorang itu merokok ialah iklan. Oleh kerana iklan sudah tidak boleh diiklankan, kini ibubapa menjadi ‘iklan’ utama pada anak-anak dan iklan seterusnya ialah rakan-rakan.
Fakta-fakta lain tentang merokok;
# Punca utama penyakit berat di Malaysia. Punca yang boleh dielakkan.
# 10,000 kematian setahun di Malaysia akibat penyakit disebabkan rokok.
# 30% mati disebabkan kanser, 25% kerana jantung, 25% kerana strok, hanya 20% mati kerana sakit bukan disebabkan rokok.
# 100,000 kemasukan setahun ke hospital disebabkan sakit akibat merokok.
# Kerajaan rugi RM20b setahun menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
Saya bersyukur pada tuhan kerana saya tidak merokok sepanjang usia saya. Akan tetapi itu bukan bermakna kesihatan tidak perlu dijaga. Walaupun tidak merokok kesihatan wajib dijaga.
Kalau tidak sekarang bila lagi. Ada yang mengantikan dengan Vapor tetapi saya tidak nampak ia sebagai usaha berhenti merokok.
Rokok elektronik katanya lebih berbahaya…
itulah jugaklah yg ambe dengar..tp sayang, macam2 alasan diguna oleh perokok…akhirnya, ia ttp membazir…itu pasti 100%
hafizmd recently posted..20 Tips Menjadi Ibubapa Cemerlang Gemilang Terbilang
Dalam proses mengurangkan tabiat merokok dan seterusnya berhenti
hafiz recently posted..Fenomena kereta mini Tamiya
InsyaAllah, bila bersungguh pasti akan berjaya. Berdoa juga punya peranan yang besar untuk berhenti merokok.
semoga berjaya bro!
dah ada baby ni, wajar yg amat utk berhenti…moga berjaya!
hafizmd recently posted..Godaan Yang Sukar Ditolak?
Bagi perokok kuatkan azam untuk berhenti, insyaAllah tiada yang mustahil.
Denaihati recently posted..10 Entri Popular Oktober 2013
Benar. Tiada yang mustahil bila kuat berusaha.
setuju ngan pendapat ni. kena kuatkan azam.hehe
pahan recently posted..Jadi, apa telefon yang terbaik tahun 2013?
Bukan senang nak berhenti merokok. Tapi tak mustahil pun. Cuba tengok masa bulan ramadhan, siang hari boleh je menahan diri dari buat perkara fitrah iaitu makan. Inikan pulak perkara yang bukan fitrah iaitu merokok. Sudah pastilah ia boleh ditinggalkan terus.
Amran recently posted..Program Cuti Sekolah Untuk Anak-Anak
Nak berhenti sekaligus memang payah sikit, boleh bermula dengan mengurangkan bilangan rokok yang dihisap.
Itulah. Pelik juga ambe bila fikirkan. Siang boleh berhenti, tp malam, terus jadi ketagih rokok…isk2
hafizmd recently posted..20 Tips Menjadi Ibubapa Cemerlang Gemilang Terbilang
Vapor hanya naik seketika sahaja, kini ia merudum kembali rokok juga jadi pilihan
Khairul Zamri recently posted..Cara Beli Rumah Lelong
Baguslah bila begitu. Lagi bagus bila rokok juga tidak menjadi pilihan dan ia merudum.
kena fikir jangka masa panjang juga merokok ni, kalau sahabat tak merokok lebih baik pergi merokok di lain tempat 🙂
Klinik Cinta recently posted..Doa Putus Cinta
Adab bersahabat kena jaga. Dulu-dulu merokok boleh mengeratkan persahabatan. Sekarang kerana rokok persahabatan boleh jadi tidak serasi lagi.
cabaran sekarang ialah menghadapi perokok..mereka merokok tanpa memperdulikan perasaan kawan sekeliling..mereka hembus asap kita yang tak merokok akan menghidu asap tersebut..
kakiblog recently posted..7 Tip Membina Jenama Blog
Kena tegur cara berhemah pada mereka ini. Tapi kalau kawan rapat benar, saya ‘smash’ sahaja.
mereka ni tak tau, penghidu asap rokok sekunder macam kita ni, risikonya lebih tinggi berbanding si perokok tadi.tu yg ambe mmg hangin kalau perokok ni hisap rokok kat kedai makan yg ramai org…
mmg tak bertamadun!!!!
hafizmd recently posted..20 Tips Menjadi Ibubapa Cemerlang Gemilang Terbilang
nasib baik saya tak merokok mcm bro…
duit selamat.. kesihatan pun selamat…
Hairul Hissam recently posted..Cara Beli Online & Bayar Guna Debit Card dan Credit Card. Baru Mudah Beli Produk Hairul
Alhamdulillah. Kena bersyukur. Ini salah satu ‘rezeki’ yang Allah beri pada kita.
gua dah beralih guna vapor…lau isap rokok memang dah tak boleh masuk dah..rasa pening beb
blogger lelaki recently posted..Teman Lelaki Untuk Disewa
harap ramai yang berhenti merokok sebab mereka bukan sahaja merosakkan kesihatan sendiri tapi asap rokok mereka tu turut menjejaskan kesihatan orang lain.
puteri kasih recently posted..Tips Menjaga Kuku Agar Bersih Dan Cantik
Tun M tidak merokok. Beliau ada berkata, tidak merokok adalah salah satu sebab kesihatannya baik dan umurnya panjang. Sudah lebih 80.
Sentuh bab rokok ni, ambe mmg hangin. Byk kali jumpe perokok yg macam tak guna akal yg Allah beri utk berfikir lebih waras.
Dah tau nak merokok, sabarlah kejap. Jgnlah merokok tmpat ramai org, ada baby anak2 lagi…mmg ambe tak boleh terima…
Rasa nak ketuk2 jer ngn kerusi…adui…teremosi plak….hahahhaa
hafizmd recently posted..20 Tips Menjadi Ibubapa Cemerlang Gemilang Terbilang
Dr. Tuah ada menegur sikap perokok ini di mana mereka memberi isteri dan anak-anak makan makanan berzat tapi dalam masa yang sama memberi mereka ‘racun’! Ia itu merokok depan isteri dan anak-anak selepas makan.
Ramai yang cakap berenti rokok nie payah… Tapi jadi mudah bila ada usaha dan semangat… Contohnya ayah saya, rasa nak rokok masa berhenti tu ada cuma elakkan – lagi2 kalau suka lepak dengan kawan.
Izzuddin Fauzi recently posted..Cari Kelebihan Tingkatkan Kemahiran
Sesekali kena bersikap ‘keras’ juga dengan kawan-kawan yang merokok ni
merokoko itu haram – harap maklum
Mr KZ recently posted..Komisen Pertama Dari Jomniaga
Sudah difatwakan…
Ayah aku dulu pun merokok jugak. Dan telah meninggal disebabkan penyakit jantung. Mungkin ada hikmahnya sebab adik beradik kami kemudian tak ada yang merokok. Dan InsyaAllah disebabkan itu mungkin dapat melindungi anak-anak kami pula nanti dari merokok. Sebab kalau dalam keluarga ada perokok memang cenderung untuk anak-anak mengikut.
Amirul Bin Ramli recently posted..Podcast Bab 7 – Apa yang berlaku secara neurologi apabila seseorang “bertaubat”
Memang mengagumkan bila satu keluarga tidak merokok. Ya, memang kadang-kadang kita manusia ini perlu di’sedar’kan dengan sesuatu yang menyedihkan, baharulah kita tidak mahu berbuat lagi seperti itu.