Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke bangunan Medan Mara, aroma bau roti yang sedang dibakar sungguh menarik perhatian. Hmmm…harum dan enak!
Kaki melangkah laju mencari lokasi datangnya bau tersebut. Sampai sahaja di depan kedai, mata terus terpaut pada pelbagai jenis roti yang tersusun rapi di atas rak pameran. Bukan hanya roti terdapat di sini malah kek, biskut dan pasta turut ditawarkan kepada pelanggan.
Lebih istimewa lagi, kedai ini adalah seratus peratus milik Bumiputera dan produknya dijamin halal. Oleh itu, bagi penggemar-penggemar kek dan pastry, khususnya yang beragama Islam, tidak perlu lagi berasa was-was. Nak cuba? Jangan lupa untuk berkunjung ke bakeri ini. Pasti memenuhi cita rasa anda.
Lokasi: Safa Bakery & Café, lot 1-12, Tingkat Bawah Medan Mara, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.
Waktu Urus Niaga: Isnin – Jumaat; 8.00 pagi – 6.30 petang / Sabtu; 9.00 pagi – 4.00 petang
Keistimewaan di Safa Bakery & Café;
1# Diusahakan 100% oleh pekerja Islam dan dimiliki oleh usahawan Bumiputera.
2# Produk yang dikeluarkan adalah resepi air tangan pemilik bakeri sendiri.
3# Roti disediakan oleh chef yang berpengalaman secara segar pada setiap hari.
4# Menjual pelbagai jenis roti, kek, biskut, pizza, pasta, pencuci mulut dan kerepek.
5# Bersedia menerima tempahan kek untuk pelbagai acara dan majlis.
6# Mengeluarkan produk yang berkualiti secara konsistan.
7# Harga produk yang dijual adalah berpatutan.
8# Mendapat pensijilan halal dari JAKIM
Dapatkan majalah RASA April 2015 di pasaran.
Alhamdulilah ada bakeri yang benar – benar kita yakini di usahakan oleh orang islam
onlajer recently posted..Contest petua dan herba Kongsibersamanora
Boleh beli dan makan tanpa was-was…
pada waktu inilah kita nak membantu orang sesama Islam..mudah-mudahan bisnes mereka bertambah maju..
mrhanafi recently posted..Belajar Dari Pesaing Untuk Berjaya
Bila beli makana dari kedai islam, tentu kita rasa lebih suci dan bersih.. Tenang sikit hati kan.. Semoga bines safa bakery terus maju…
Hairul Hissam recently posted..Ubat Alergik Gegata Gatal-Gatal dari Doktor Homeopathy & Testimonial Pembeli Bisnes Air.
Sudah mula ramai orang Melayu yang menceburi bisnes ini tapi ia masih tidak mencukupi. Yang besar…yang terkenal masih bukan milik Melayu. Kita mahukan 100 peratus milik Melayu.
Bolehlah cuba nanti. Memang suka dengan roti yang dihasilkan oleh peniaga bumiputera. Lebih yakin akan status halal dan kebersihannya.
Mek ila Jual Vitamin recently posted..Menghadapi Kematian Baby Baru Lahir – Kuatkah Mama & Papa?
Semoga lebih ramai orang melayu & islam menceburkan diri dalma bidang perniagaan makanan.
saya pon berangan nak buka kilang roti juga nanti.. 🙂
Fyda Noh recently posted..Set Menyusu Shaklee Mahal, Tapi Tak Berkesan Pun
itu yang penting sekali..status halal agar makanan yang kita makan lebih berkat
mrhanafi recently posted..Miss Call Dari Downline
Patut sokong buatan orang Malaysia supaya industri lebih maju
Khairul Zamri recently posted..Malaysia Best Blog 2015