Safa Bakery Medan Mara Kuala Lumpur Ada Menjual Pelbagai Jenis Biskut Dengan Harga Berpatutan

Safa Bakery & Café yang terletak di Bangunan Medan Mara (HQ Majlis Amanah Rakyat – MARA), Jalan Raja Laut, bersebelahan Kompleks Pertama ada menjual pelbagai jenis biskut dengan harga berpatutan.

Macam-macam biskut seperti Biskut Ma’amor, Biskut Tart Nenas, Biskut Cornflakes, Biskut Red Velvet, Biskut Choc.Chips ada. Semuanya dibuat dengan tangan.

biskut murah

Bukan hanya untuk musim perayaan, sepanjang masa pelbagai jenis biskut ada dijual di sini. Untuk musim perayaan Hari Raya Eidul Fitri, lebih banyak biskut yang ada.

Hari raya tanpa biskut raya, memang tidak sah! Mahu tidak mahu mesti ada sejenis dua biskut raya atas meja untuk dihidangkan kepada tetamu. Pelengkap kepada ketupat rendang atau makanan lain.

Boleh dapatkan biskut di Safa Bakery & Café untuk memeriahkan Hari Raya ini.

Safa Bakery & Café tidak membuat biskut banyak-banyak di kilang sebulan dua sebelumnya dan menjual secara lambak sepanjang Ramadan.

Safa Bakery & Café hanya mula membuat biskut-biskut untuk jualan seminggu dua sebelum Ramadan. Terus menerus dibuat sepanjang Ramadan sehingga beberapa hari sebelum akhir Ramadan.

Jadi mereka yang mendapatkan biskut di Safa Bakery & Café sepanjang Ramadan akan memperoleh biskut yang ‘fresh’ untuk hari raya nanti.

Biskut yang dibeli sepanjang Ramadan adalah biskut baru berusia seminggu dua. Biskut-biskut ini tahan sehingga 3 bulan. Jadi Insya-Allah boleh tahan sehingga Eidhul Adha… kalau belum dibuka.

Kalau sudah dibuka penutupnya, kena habiskan cepat. Ia tidak akan tahan lama (biskut-biskut ini tiada ubat tahan lama).

Semua biskut di Safa Bakery & Café ada jaminan pulangan.

Kalau biskut yang dibeli mempunyai masalah, kurang masak ke, apa ke…maklumlah buat secara manual, jadi mungkin ada perkara yang terlepas pandang… maka boleh dipulangkan untuk penukaran atau kembalian wang.

Premis Safa Bakery & Café adalah tetap bukan gerai bermusim, jadi tiada masalah untuk datang ke Safa Bakery & Café. Berbanding bila membeli di gerai bermusim, jika biskut yang dibeli ada masalah, memang bermasalah lah mahu pulangkan semula sebab gerainya sudah tidak ada!

Datanglah ke Safa Bakery & Café dan lihat apa produk yang ada.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

# Puan Sarifah Bikan [+] 013 333 6507

# Puan Siti Fatimah [+] 013 300 6429

Atau boleh terus datang ke Safa Bakery & Café di alamat berikut:

# SAFA BAKERY & CAFÉ. LOT 1-12, GF MEDAN MARA, JALAN RAJA LAUT, 30350 KUALA LUMPUR

===

Mungkin anda perlukan ini:

Klik: >>> Cara bagaimana anda boleh mulakan bisnes bakeri dari rumah dan menjana pendapatan sampingan 3 – 4 angka sebulan!

 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge