Sebelum ini Ahmad selalu stress. Asyik mengeluh.
Kenapa?
Banyak kali hantar resume tapi tidak pernah dipanggil temuduga…dipanggil temuduga, tapi kerja tak dapat-dapat!
Temuduga kerja kerajaan…tak dapat. Temuduga kerja swasta…pun tak dapat.
Kawan-kawan sekuliah sudah dapat kerja. Ahmad hairan. Sudah banyak kali dia mencuba tapi tidak berjaya. Sedangkan kawan-kawan, sekali je mencuba…sudah dapat kerja!
Anda mengalami situasi macam Ahmad?
= = =
Itu dulu. Kalau anda nak tahu, sekarang Ahmad sudah dapat kerja swasta.
Tentulah sekarang dia gembira. Gembira ya ampun…sampai menggigil badan. Seronok yang teramat sangat.
Sekarang Ahmad sudah ada kerja yang boleh memberikan pendapatan bulanan padanya. Jadi Ahmad sudah tidak stress. Sudah tidak mengeluh lagi.
Apa yang Ahmad lakukan sampai dia dapat kerja?
Mudah saja. Ahmad korek rahsia kawan-kawannya yang mudah dapat kerja sebelum ini.
Sebelum ini Ahmad tidak perasaan (sebenarnya ramai graduan/pencari kerja tidak perasan), dia ingat dengan kelulusan baik sudah cukup untuk mendapatkan kerja.
Rupa-rupanya dia tidak diterima kerja kerana…
Resume hambar dan tidak memikat!
Sekali penemuduga tengok resume hambar, terus buang dalam bakul sampah! Penemuduga langsung tak baca maklumat dirinya yang ditulis dalam resume.
Patutlah Ahmad tdak pernah dipanggil temuduga. Kerja tak dapat-dapat.
Jadi Ahmad ubah suai resume. Buat cara professional.
Resume adalah ‘bayangan’ dirinya. Ahmad mahu bila penemuduga melihat resume dirinya, penemuduga dapat bayangkan dirinya yang bersedia zahir dan batin, bersungguh dengan kerja yang diminta.
Hasilnya berkesan! Kini, Ahmad bukan lagi seorang penganggur.
= = =
Jika anda masih menganggur dan mencari kerja, cuba buat seperti Ahmad. Ubah suai resume yang biasa kepada resume yang luar biasa! Yang profesional. Dan lihat hasilnya.
Tak tahu nak buat resume yang professional?
Ada cara mudah. Guna je template resume seperti dalam gambar, kemudian edit dan print. Mudahkan?
Dengan template resume ini:…
# Membantu anda menghasilkan resume yang boleh memikat bakal majikan.
# Ramai yang telah dipanggil temuduga bila mengunakan template resume ini.
# Dan sudah ramai yang mendapat kerja yang diidamkan!
# Memang terbukti berkesan.
Mahu tak resume ni?
Ini berita baik. Kami NAK BAGI PERCUMA JE TEMPLATE RESUME NI…
Ya! PERCUMA. Terus download template resume melalui link di bawah;
Nota# Bantu kawan-kawan anda dengan SHARE post ini supaya sampai kepada mereka yang memerlukan tamplate resume ini.
resume kiranya ada markah tersendiri buat para majikan kalau tengok resume kita tuh simple tetapi semua ada lengkap dalam satu muka ke contohnya.. tapi yang penting masa interview tuh… kalau cukup persediaan dan juga ada pengalaman banyak kali interview, kebarangkalian untuk berjaya ada ..
zik recently posted..Panduan Exam online Kawalan Trafik Udara Gred A41 dan A29 2017
Ada syarikat yang minta resume dulu sebelum memanggil temuduga. Ada yang datang temuduga bawa resume. Yang datang bawa resume dulu tiada hal lah. Soalnya yang kena hantar resume dulu ni…
Nak menulis resume pun kena ada ilmu.. tak boleh hentam semberono..
Kalau tersilap resume, Boleh menyebabkan resume dihumban ke dalam longkang..
anuar recently posted..Buah Rock Melon PSIS berjaya mencapai Gred Premium. Syukur Alhamdulillah!
Penemuduga memang tengok resume dulu. kalau resume tidak menarik minat penemuduga…tiada harapan akan dipanggil temuduga.
resume ni salah satu cara syarikat nak tahu sepintas lalu tentang orang yang nak mintak kerja. resume yang sambil lewa dan tak ikut kritria menunjukkan peribadi orangnye juga..jadi boleh lah kurangkan calon untuk ditemuduga 🙂
thehaikal recently posted..Cara Aku Uruskan Pendapatan Blog..
Kerja Airlines best kot.
Try la mohon ..
Tak perlu kerja di Udara.
Hanya ground staff je ..
Asyraf Asri recently posted..Nak Jadi Crew Penerbangan ? Ini Lubuknya.
Teringat dulu viral tentang resume sorang ni dia nak apply keje designer ke modelling, pastu dia buat resume macam magazine
terus dapat keje
memang unik sangat
resume yang dalam artikel ni pun smart nampaknya
rugi sapa yang nak apply keje tu kalau tak grab
Dapat kerja baru memang boleh bikin gigil.
Ikhwan recently posted..Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41
Dah tau sebab musabab kenapa tak diterima kerja senang lah kan, hanya perbaiki resume sahaja.
Noriza Rahman recently posted..Panas! Panas! Cuaca Panas! Hadkan Aktiviti Luar, Elak Strok Haba kesan dari Taufan Lan
Saya bekerja di sebuah company telekomunikasi di malaysia ni. Saya terima macam-macam jenis resume.. mengucap panjang saya kadang dibuatnya.. heheheeh..
Pengedar Shaklee Shah Alam Pengedar Vivix Shaklee recently posted..Cara Buat Bisnes Shaklee Guna Blog Sampai Jadi Master!