Sekejap aku membahasakan aku. Sekejap yang lain saya membahasakan saya. Apa maksud sekali saya membahasakan diri sebagai saya dan ada ketikanya saya membahasakan diri sebagai aku.
Ada maksud tersendiri antara ganti nama aku dan saya yang digunakan dalam setiap tulisan.
Aku adalah catatan peribadi semata-mata yang tidak berniat mendidik pembaca. Dan bila ada pembaca yang mendapat manfaat dari catatan itu, maka itu adalah bonus!
Saya adalah catatan peribadi yang diniatkan supaya ada orang yang terdidik dengannya. Dan bila ada pembaca yang hanya sekadar membacanya tanpa mahu mengambil ikutan, maka itu tidak mengapa. Bukankah ianya hanya catatan peribadi?
Itu cara saya. Cara anda bagaimana?
Tidak salah mengunakan keduanya tetapi apabila berkomunikasi dengan orang lebih dewasa lebih sesuai membahasakan diri dengan ‘saya’ 🙂
akubiomed recently posted..Jom ganyang Aedes dengan COMBI
SAYA adalah gantinama diri yang lebih utama digunakan. AKU pula bukanlah bermaksud sombong, ada masanya boleh diguna.
Saya memilih untuk mengiyakan pendapat tuan ini. Setuju. 🙂
Hadi Rofiee recently posted..Pengalaman Pertama Menjadi Fasilitator
aku lebih kacak.
saya lebih sopan dan comel.
hehe..
AKU nampak seperti berkeyakinan tinggi.
SAYA pula nampak seperti diri yang sentiasa tenang.
Di dunia blog, kebiasaannya saya menggunakan panggilan ‘saya’. Namun di dalam beberapa keadaan, ‘aku’ juga akan digunakan. Bergantung kepada keadaan. Namun ‘saya’ lebih diutamakan. 😉
Hadi Rofiee recently posted..Pengalaman Pertama Menjadi Fasilitator
AKU dan SAYA sama sahaja. Apa yang penting ‘siapa’ yang bercakap dengan kita.
diluar saya menggunakan saya, diblog menggunakan “aku”
Juan recently posted..Dividen ASB (Amanah Saham Bumiputera) 2011
Ramai penulis blog yang mengambil pendekatan begitu.