Nama saya Ahmad Yani bin Bahrom Azhar. Kawan-kawan panggil saya madyani atau matyani. Tidak kisahlah apa yang mereka panggil saya walau saya suka dipanggil ahmadyani.
Dan apa pula nama anda?
Tanpa nama manusia bukan siapa-siapa. Pernahkah anda jumpa manusia tanpa nama? Dalam komik Pedang Setiawan ada pendekar tanpa nama. Kehidupan kita bukan komik. Manusia perlukan nama.
Daripada nama, kita tahu dia itu lelaki atau perempuan.
Kita akan terkejut bila mengingatkan Mazlan itu nama lelaki, tetapi digunakan untuk nama perempuan. Nama yang ternama juga dalam bidang cakrawala atau angkasa lepas.
Itulah satu-satunya nama lelaki yang digunakan oleh perempuan yang saya tahu. Anda tahu siapa lelaki yang namanya perempuan dan perempuan yang namanya lelaki?
Daripada nama, kita tahu dia itu Islam atau bukan.
Sebab itu disyorkan mereka yang bukan Islam menukar nama setelah masuk Islam atau sekurang-kurang tambah satu nama yang membolehkan orang tahu yang dia telah Islam.
Menukar nama bukanlah wajib. Kekalkan nama lama tidak mengapa asalkan maksud nama itu baik. Hanya sekadar untuk mengelak rasa curiga bila tiba-tiba si India Anthony beri salam kepada kita. Bila Khairul Anthony yang beri salam, senanglah hati mahu menjawabnya.
Daripada nama, kita harapkan kehidupan yang dilalui sebaik maksud nama yang kita sandang.
Jadi bersyukur dan berterima kasih selalu kepada ibu dan ayah yang memberikan nama yang baik-baik kepada kita. Dan sebagai ayah dan ibu, berilah nama yang baik-baik kepada anak yang Allah titipkan kepada kita.
Dan sebagai individu yang mempunyai nama yang baik, maka jalanilah kehidupan ini dengan terhormat. Sesuai dengan nama yang kita sandang. Lebih-lebih lagi bila nama kita itu senama dengan individu yang mulia dan dipandang tinggi dalam Islam.
Daripada nama, kita akan dipanggil oleh Allah di akhirat nanti dengan nama sebenar kita. Jadi bersyukur sekali lagi bila kita mempunyai nama yang baik dan sentiasa beringat untuk memberi nama yang baik-baik kepada anak keturunan kita.
Pernah kita selidik asal usul nama yang diberi oleh ibu bapa kita. Mungkin ada kisah yang menarik di sebaliknya?
Saya tidak tahu. Dan saya tidak teringat untuk bertanya kepada ayah semasa hidupnya. Emak pula tidak tahu, hanya sekadar angguk keputusan nama yang dibuat suaminya. Itulah sikap isteri dulu-dulu. Ikut dan yakin keputusan suami. Tidak membantah.
Saya hanya boleh mereka-reka cerita di sebalik asal usul nama saya.
Dulunya ayah saya bersekolah agama pondok. Buku-buku agama yang menjadi bahan bacaan banyak yang diambil dari negara seberang. Bukan buku agama sahaja, buku lain pun banyak daripada Indonesia.
Tidak banyak buku agama yang dicetak di Malaysia. Hanya sekarang penerbitan buku amat rancak di Malaysia.
Mungkin kerana banyak membaca buku agama daripada Indonesia, ayah jadi terpikat dengan nama Ahmad Yani yang banyak diguna oleh orang seberang. Lebih-lebih lagi bila nama Ahmad Yani menjadi milik Jenderal tersohor di Indonesia yang mati mempertahan negaranya daripada dikuasai komunis! Jenderal Ahmad Yani.

Ya, kadang-kadang ramai yang ingatkan saya adalah orang seberang!
Tuan Ahmad Yani Abd Manaf, orang kuat di belakang Majalah i, terbitan KarangKraf, tersenyum lebar bila bergambar di sebelah tanda nama Lapangan Terbang Antarabangsa Ahmad yani di Indonesia. Nanti saya juga mahu bergambar di situ.
Kerana nama Ahmad Yani dimiliki Jenderal tersohor di Indonesia, juga dimiliki oleh ketua parti politik yang berpengaruh juga di sana. Ada juga tokoh muda politik di Selangor yang bernama Ahmad Yani. Tentunya Ahmad yani bin Abd Manaf, pengendali Majalah i.
Dan saya percaya ramai lagi yang bernama Ahmad Yani di Malaysia ini dan terlebih ramai di Indonesia, maka saya amat-amat bersyukur bila saya sempat mendaftarkan domain ahmadyani.com menjadi milik saya.
Domain Ahmad Yani DotCom bagi saya adalah sesuatu yang amat berharga.
Jujur, pertama kali singgah saya memang sangka Tuan orang seberang 🙂
Dja recently posted..Cara Saya Menangani Anak Yang Gilakan Gajet
Ramai yang menyangka begitu…
hahaha…. sama lah saya domain bukharimalek dot com juga sangat berharga.
tapi kalau fikir balik cuba tanya siapa yang betul betul asal malaysia?
saya pun tak malu atok sebelah mak made in lombok indonesia
ataok belah ayah made in patani thailand.
hahahahahahha,
bukharimalek recently posted..17 Makanan Paling Berbahaya Di Dunia
Ya, tidak ada sebab untuk malu mengakui dari mana asal usul kita…
Nama fadzilah pun ada lelaki juga kan…
Noriza Rahman recently posted..Prenatal Vitamin Bantu Mengurangkan Keletihan Semasa Hamil
Betul juga ya….bagaimana saya boleh ‘tidak teringat’ nama tokoh itu. Sebenarnya ada……
Seharusnya anak-anak dipanggil dengan namanya yang menjadi panggilan disyurga nanti. Berikan nama anak yang baik-baik, supaya kita tidak disalahkan mereka disana nanti..
Sani recently posted..Panduan Lengkap Bisnes Air Paling Best Di Malaysia!
Nama saya panjang. Tapi bila nama log ambik satu nama sendiri, satu nama ayah. hehehe
Hafiz Rahim recently posted..Digi WWWOW Awards Datang Lagi!
Saya tidak tahu pula apa hukumnya ibubapa yang memberi nama pada anak yang nama itu membuatkan mereka malu seumur hidup.
nama saya hazreen ada lelaki guna dan juga perempuan…ada juga azreen lelaki ada, perempuan pun ada
siti hazreen recently posted..Majlis Restu Ilmu PT3 dan SPM 2015
Perempuan mula dengan Nur atau Siti dan lelaki Mula dengan Ahmad atau Muhammad. Siti Hazreen. Ahmad Hazreen….
mngkin ramai konpius dgn Ahmad Dani kot..
JMR recently posted..Aku berada di tempat tinggi bukan untuk terjun ke bawah..
Mungkin agaknya….Ahmad itu universal, di mana-mana pun banyak diguna. Cuma Yani itu yang paling banyak diguna oleh orang seberang…
Saya pernah tanya ayah saya kenapa beliau namakan saya Nurul Syuhaida. Beliau senyum aje.
Kalau anak saya suatu hari nanti tanya soalan yang sama, saya katakan nama yang indah2 sahaja untuk anak mama 🙂
Nurul recently posted..5 Golongan yang patut ambil OMG
unik namanya
Raihanah Ahmad recently posted..Kepentingan EPA dan DHA Kepada Kesihatan Otak
Baru tahu, ada General perang bernama Ahmad Yani.
Nama saya Mohd Helmi bin Aliarit.
Sekarang ada nama “baharu” Helmi Onexox. 🙂
Helmi Onexox recently posted..Sub-dealer Dan Dealer Onexox Di Cari Sekitar Banting Dan Daerah Kuala Langat
nama sebutan yang baik ada nama jadi pendek pula heee..
suri recently posted..Siap! 5 Helai Cara Pantas Jahit Jubah Moden Muslimah Terdesak Dan On Time
syukur sebab ada nama.nama yang baik tentu ada maksud yang baik
suri recently posted..Borong Kain Mudah Tutorial Jahit Baju Kurung, Baju Melayu Seluar Dan Jubah
first time sebenarnya dengar nama yani nih.
selalu orang perempuan punya nama nih..
titan recently posted..How to become STRONG likes Saitama Sensei?