Saya ada pernah memberitahu yang antara hobi dan minat saya ialah mengumpul majalah, akhbar atau penerbitan keluaran sulung, edisi perdana atau bilangan#1.
Bagaimanapun, minat atau hobi ini tidaklah ‘mencengkam’ akal dan hati saya sangat. Di sebabkan itu, ada juga penerbitan yang terlepas pandang. Bila sedar penerbitan ini ada dalam pasaran, ia sudah masuk keluaran 3-4. Mahu cari Bil.#1 sudah susah.
Saya juga ada pernah memberitahu mahu meletakkkan keluaran#1 ini sebagai salah satu entri blog ini. Sekadar untuk pengetahuan. Boleh jadi sebagai satu bahan ketika tiada idea untuk menulis.
Ini bukan Wordless setiap rabu, jadi akan ada sedikit catatan tentang keluaran#1 atau Isu Perdana ini. Contohnya catatan tentang siapa penerbit, pengarang, tahun terbit, konsep isi dan apa-apa catatan yang sepatutnya sekadar yang saya tahu.
Dan nota kali ini ialah majalah SITI, Identiti Wanita Malaysia.
Mula terbit; 1993 tidak pula dicatatkan bila bulannya.
Penerbit; Dayaramis ‘M’ Sdn Bhd, Taman Permata, Ulu Klang.
Ketua Pengarang; Yusof Harun
Tim. Ketua Pengarang; B.H.Amir
Pengarang; Rumizan Ayob
Muka depan majalah ini ialah Tun Dr. Siti Hasmah dan rencana utamanya ialah kisah hidup beliau. Siti sebagai nama majalah ini bukan bermaksud nama beliau tapi Siti mengambil sempena nama wanita Islam pertama iaitu Siti Khadijah yang melahirkan penghulu wanita di syurga iaitu Siti Fatimah.
Majalah ini seperti kata pengarangnya diterbitkan sebagai penghormatan kepada wanita. Dan tentulah kebanyakan isinya adalah cerita tentang wanita. Ada juga kisah lelaki.
Seingat saya, majalah ini tiada sambungannya. Tiada keluaran ke 2. Tidak ingat pula saya kalau saya terlepas pandang isu seterusnya. Maklumlah tahun 1993.
Cukup bernilai edisi sebegini =)
hafizmd recently posted..Separuh Akhir Hoki Piala Asia Malaysia vs India!
Sebenarnya ada edisi dalam simpanan yang rosak!
wow, ni memang “rare” nih, perghh
Juan recently posted..DVDrip dan Torrent KL Gangster 2 (2013) – Isu Perfileman Semasa
Kalau pinggan, radio dan sebagainya boleh dikatakan antik. Buku dan majalah boleh dipanggil antik juga tak?
mesti ramai yang tak tau rasanya, buat buku pun ok…
Denaihati recently posted..Merdeka Merdeka @ MaTiC
Majalah ni memang tebal, lebih 160 muka surat..
Nanti saya cuba check…
Ingatkan cerita Siti Norhaliza…tapi hobi tuan memang unik…! tak pernah dengar lagi
Mohd Shubhi recently posted..Usahawan yang merdeka
Suka membaca sebenarnya. Nak beli semua majalah atau akhbar dan membacaanya tidak pula mampu. Jadi beli keluaran #1, lama-lama jadi hobi pula.
tak pernah lagi jumpa majalah ni first time tgok nie huhu
Khairul Zamri recently posted..September
baru lah tahu ada majalah siti rupanya..
titan recently posted..Jobdirumah Payment – Kali ke 55
Bukan Siti Nurhaliza……