Melalui blog ini, saya diminta untuk memaklumkan bahawa Safa Bakery & Cafe (sebelum ini dikenali Ikhwan Cake House) sudah beroperasi di kedai serba baharunya di Lot 1-12, Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Medan Mara adalah bangunan HQ Majlis Amanah Rakyat (MARA). Duduk letaknya di sebelah bangunan Komplek Pertama. Medan Mara bercantum bangunan dengan Busana Menara Mara. Dua bangunan ini, Medan Mara dan Busana Mara adalah milik MARA. Di sebelah bangunan Busana Mara adalah Maju Junction.
Medan Mara mengadap Jalan Raja Laut. Sementara Busana Mara mengadap Jalan T.A.Rahman.
Dahulunya, dapur kedai dan ruang jualan adalah terpisah oleh dinding. Sekarang terbuka. Pelanggan boleh melihat pekerja dapur melakukan kerja. Tujuannya untuk menghilangkan keraguan pelanggan. Bahawa roti di kedai ini, dibuat sendiri di kedai dan orang Melayu yang membuatnya.
Melalui blog ini, saya mewakili pemilik kedai ini, menjemput semua untuk berkunjung ke kedai ini.
Semoga selepas ini, semakin ramai pelanggan berkunjung ke kedai ini.. dan semoga kedai ini semakin maju…
anuar recently posted..Pengalaman Buat Duit Online Paling Menyeronokkan
In sha Allah kelapangan ke sana, Ani singgah. Tahniah berpindah ke tempat yang baru 😀
Ani Haryani recently posted..Makanan Yang Membantu Mempercepatkan Pengaliran Haid
Menjemput kenduri ke kedai ni ke?? Asyik promosmi jemput kunjung je..
JAWATAN KOSONG TERBARU recently posted..IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN MAJLIS DAERAH LABIS
semoga berjaya dan terus berjaya hendaknya
Hero Borneo recently posted..Rahsia Terbesar Untuk Kekal Sihat
Tumpang bangga tengok kedai org melayu ada di KL ni..
JAWATAN KOSONG TERBARU recently posted..PELUANG PEKERJAAN LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
Haaa.. tau… tauuuu nanti kalu ke KL leh aa singgah nihh….
Moga success yaaa…
SuperNifz recently posted..Tips mengurangkan berat badan