Bermula tahun ini, negara China tidak lagi membenarkan pokok kayu ditebang secara komersil.
Negara Gajah Putih, Thailand di utara negara kita juga sudah haramkan penebangan pokok balak sama seperti China.
Tanpa pokok, tanah akan ditimpa air hujan yang lebat sekaligus menjadi salur air deras ke sungai. Sungai melimpahkan air banjir ke sekitarnya. Pokok adalah ‘payung’ tanah. Air hujan, walau lebat akan jatuh dengan ‘lembut’ ke tanah setelah menimpa dedaun pokok. Tanah mempunyai masa untuk menyerap air hujan yang jatuh dengan ‘lembut’ ini.
2 negara ini tidak mahu lagi menanggung risiko banjir akibat tanah yang tidak dapat menampung air hujan. Kos untuk menampung kerugian selepas banjir tidak dapat ditampung dengan keuntungan pokok kayu yang ditebang.
Dengar khabarnya kilang-kilang kayu di Malaysia sudah banyak mengirim kayu kepada 2 negara ini kerana permintaan yang tinggi, hinggakan stok kayu agak ‘susah’ diperolehi. Mereka yang menempah kayu untuk kegunaan rumah atau apa pun ke tunggu lama sikit sebelum mendapatkannya.
Bila negara kita Malaysia mahu bertindak seperti 2 negara ini. Tidakkah siri banjir besar yang pernah melanda Malaysia terutama di Kelantan dahulu boleh dijadikan pengajaran?
Mungkin pemimpin kita berfikir panjang untuk melaksanakannya. Ini soal kantung negara.
Tapi cuba fikirkan ini.
Negara kita dikeliling oleh laut, jadi industri perikanan dan berkaitan dengannya boleh menjana wang kepada negara.
Negara kita tanahnya subur, jadi industri pertanian dan berkaitan dengannya boleh menjana wang kepada negara.
Negara kita flora dan faunanya menakjubkan, jadi duit pelancong dan apa-apa yang berkaitan dengan pelancong boleh menjana wang kepada negara.
Negara kita hasil mahsulnya melimpah ruah, jadi minyak dan emas contohnya boleh menjana wang kepada negara.
Negara kita boleh hasilkan banyak benda baru dengan idea generasi muda yang boleh menjana wang kepada negara.
Negara kita juga selama ini banyak menjana wang dengan idea dan keringat generasi lama.
Jadi tidak ada apa ruginya jika Malaysia menutup Industri Perkayuan Negara walau nilainya billion. Kita boleh gantikannya dengan Industri Buluh dan Kayu Getah Negara.
Kerana Malaysia dengan pokok-pokok lebih bermakna dan bernilai tropikanya. Apa maknanya jika tropika Malaysia yang gondol, seperti padang rumput Monggolia.
Agak-agaknya rintihan hati yang dalam ini didengarkan oleh mereka yang di tangannya memegang amanah kuasa?
Saya sangat setuju dengan artikel tuan. Kita ambil contoh Singapura yang kekurangan (sangat kurang) khazanah alam semulajadi namun berjaya membangun menjadi antara negara termaju di dunia.
Belajarlah dari kejayaan Singapura ini tanpa merosakkan hijau bumi Tuhan.
Kita selalu memandang hanya kayu sebagai khazanah alam yang berharga, sedangkan ada aspek lain yang boleh dimajukan. Contohnya pokok kayu juga.
Orang selalu pandang pokok balak tua kalau ditebang dan dijual boleh dapat banyak duit. Sedangkan kalau kita bawa pelancong barat tengok pokok balak tropika yang tua dan kita kenakan yuran, pun dapat banyak duit juga.
Benar tuan. Banyak lagi cara lain untuk jana pendapatan selain dari tebang balak…Yang penting kena kreatif.
Haidar recently posted..3 Pinjaman Peribadi Koperasi Terbaik Untuk Kakitangan Kerajaan di Perlis
baru nak komen tp terlihat komen singapura maju tu x berapa nak setuju. Model ekonomi negara ni jangan diikut, ada yang x boleh kita ikut,
ya saya setuju dengan artikel ni kayu jangan ditebang, cari sumber lain lahhh utk buat duit
rujukan recently posted..Update Terkini Komisen Involve Asia Mei 2017
boleh, so kepada pakar ekonomi boleh fikirkan cari alternatif dana selain tebang pokok dalam menyelamatkan bumi hijau kita..
zik recently posted..Tonton online konsert komedi sepahtu minggu 1 2017
Artikel yang menarik.. Saya kurang tahu sikit tentang industri kayu ni.. tapi baca artikel tuan ni membuka minda saya tentang ekonomi dan pelaburan negara kita… terima kasih
Dedaun Comel | Buat Duit Online recently posted..Kelebihan Disqus – Kenapa Saya Suka Guna Disqus?
Idea yang cukup menarik dan Bernas… Saya setuju sangat-sangat dan sokong 100% terhadap idea ni… Cuma diharap ada pak menteri yang membaca idea ni… Atau ada orang yang sudi membentangkan idea-idea ini di Parlimen… Itu sahaja cara untuk membuka minda golongan pemerintah..
Anuar recently posted..Rahsia SALES 5 angka dengan menjual “keratan-keratan Akhbar”
Mungkin penggunaan integrated polymer boleh menggantikan kayu ini termasuk juga stainless steel yang semakin mendapat tempat. Masih banyak lagi yang boleh menggantikan kayu
Khairul Zamri recently posted..Kadar Zakat Fitrah Tahun 2017 Bersamaan 1438H
Banyak lagi tarikan di negara kita selain dari kayu.
Ikhwan recently posted..Soalan Temuduga Pegawai Imigresen