Ibubapa yang melapor perbuatan guru terhadap anaknya…
cubit ke, rotan ke atau apa-apa denda yang dulu adalah perkara normal…
kepada pihak berkuasa sehingga guru itu dibawa ke mahkamah.
Mungkin niat ibubapa mahu melindungi si anak. Mahu menegakkan kebenaran dan keadilan atas si anak.
Hakikat sebenarnya bukan begitu!
Perbuatan ibubapa itu sebenarnya…
adalah memper’RAJA’kan anak dan memper’HAMBA’kan diri ibubapa itu sendiri!
Nanti bila ibubapa sudah tua. Tiada gunanya bila mereka tiba-tiba tersentak kerana kejadian benar-benar berlaku.
Rupanya diri mereka termasuk dalam golongan apa yang disebut dalam hadis Nabi Muhammad (selawat atasnya), dengan maksud umumnya…
Akhir zaman nanti, anak-anak akan menjadi RAJA. Ibubapa akan menjadi HAMBA
#Nota ini adalah status yang saya muat naik di wall FB.
= = =
Semenjak dua menjak ini, bisnes di ebay semakin rancak. Sebelumnya ia “suram” seketika. Mungkin kerana kadar tukaran USD ke RM yang tinggi.
Kiranya kalian berminat, boleh pilih 2 cara untuk menjalankan perniagaan ebay. Klik link di bawah:
Itulah masalahnya sebahagian ibu bapa. Kononnya tak nak marah anak sebab masih kecil. Katanya lagi, bila dah besar baru nak tegur. Alahai.
SENTIASA PANAS recently posted..5 Jenis Medical Check-Up Wajib Bagi Lelaki
Kecil-kecil lagi kena tunjuk siapa boss di rumah, barulah hilang rasa meraja di hati anak-anak kita.
Suriya Majid recently posted..Tips Hidup Bahagia Hanya Dengan ‘Hidup Masa Sekarang’
Ada beza tak garang dan tegas? Nur boleh tahan garang di rumah. Kadang terlepas juga garang kat anak yg baru berusia 1y7m depan mertua. Nur tahu mereka kurang senang sbb anak kecik lagi. Tapi klu bukan didik dari sekarang bila lagi kan? Tapi bukanlah garang sampai pukul2 tu….
Decamellia recently posted..Wacha Burger, Parit Kadir, Johor Tempat Makan Western Yang Murah Dan Sedap