Ada negara di dunia ini tidak begitu disukai kerana karenah dan campur tangan politik dan tentera mereka yang dianggap melampau di sebahagian negara Islam. Semua orang tahu apa negara yang tidak disukai itu dan di mana negara Islam yang terlibat.
Dan ketika negara yang tidak disukai itu dilanda malapetaka alam, sebahagian orang cenderung menyatakan malapetaka alam ini adalah ‘tentera’ yang Allah datangkan sebagai pengajaran dan pembalasan atas kejahatan yang negara ini lakukan ke atas negara-negara Islam.
Ilmu saya tidak sampai setinggi itu untuk menentukan setiap kejadian yang menakutkan sebagai ‘tentera’ Allah. Kalau pun benar Allah menghantar puting beliung, ribut taufan, banjir besar, kemarau kontang dan yang lain sebagai tenteraNya, saya tidak layak untuk menyebutnya.
Sesuatu yang cenderung kita fikirkan tidak akan berlaku sudah pun berlaku!
Puting beliung yang kita dengar dan tahu asyik ‘menyerang’ bandar dan negeri di Amerika Syarikat, sudah mula datang ke Malaysia.
Entah apa maksud Datuk Che Gayah Ismail, Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia, bila beliau berkata puting beliung di Malaysia adalah fenomena biasa. Bukan sesuatu yang luar biasa. Katanya lagi, bila ia cepat disebarkan khususnya melalui media sosial, ia seolah-olah menjadi perkara luar biasa. Beliau juga menegaskan kesan puting beliung di Malaysia tidak seteruk di Amerika Syarikat.
Teruk atau tidak teruk kesannya, ia tetap puting beliung!
Malaysia tidak berada dalam lingkaran gunung berapi yang boleh menyebabkan gempa bumi di Malaysia. Dulunya bila negara jiran dilanda gempa, rakyat Malaysia boleh tidur lena. Besoknya bila gempa masuk berita TV dan keluar dalam berita akhbar, baharulah rakyat Malaysia tahu…oh! Di sana berlaku gempa bumi!
Sekarang bila berlaku gempa bumi di negara jiran, ada sebahagian rakyat Malaysia tidak boleh tidur dan tidak boleh buat kerja. Kerana rumah bertingkat-tingkat mereka bergoyang. Kerana bangunan tempat mereka bekerja turut bergegar. Rumah tidak runtuh. Bangunan pejabat tidak rosak, tapi hakikatnya gempa telah sampai ke Malaysia!
Apa yang hendak kita kata dengan apa yang berlaku ini? Individu-individu yang menganggap ribut dan puting beliung yang melanda Amerika Syarikat sebagai ‘tentera’ Allah, apa pula yang hendak dianggap dengan ribut dan putting beliung yang melanda Malaysia?
Apa yang hendak dianggap dengan gempa yang sudah mula dirasai kesannya di Malaysia?
Ribut kencang, putting beliung, gempa, letusan gunung berapi, banjir besar, kemarau kontang dan sebagainya adalah ciptaan Allah. Perubahan cuaca dunia atau pemanasan global hanyalah ‘asbab’ terjadinya semua perkara itu. Dan seperti yang dikatakan umum, manusialah yang menjadi ‘asbab’ kepada perubahan cuaca dunia.
Peringatan yang cukup baik untuk kita semua supaya kita tersedar dari lena…yang pasti setiap rencana Allah ada hikmah untuk kita sebagai umat islam fikirkan sebab musababnya. Denial syndrom won’t bring us anywhere…
Raudzah recently posted..Anjing Berserban Dan Berjubah Perbuatan Siapa?
Setiap kejadin Allah adalah peringatan Allah yang jelas….
Cuma kurang faham dengan pakar di Malaysia menafikan puting beliung adalah mustahil berlaku di Malaysia. Allah Maha Kuasa telah menunjukkan kekuasaanNya.
akubiomed recently posted..Contoh soalan peperiksaan PTD Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
Saya pun tak faham. Jelas itu adalah putting beliung tapi ‘takut’ nak panggil putting beliung..
kita jangan tidur terlalu lena baik kemaskan iman sementara masih ada baki usia
suri recently posted..Prince Charming: Siapa Awak?
Setiap kali berlaku rebut, Rasulullah SAW sendiri risau, takut-takut itu adalah bala dari Allah….
Ye bala tu datang dalam pelbagai cara…kita mesti beringat dan bersedia sentiasa dari segi rohani terutamanya…
JAWATAN KOSONG TERBARU recently posted..JAWATAN KOSONG KERANI GAJI RM2000
Dan pada setiap apa yang berlaku itu, terdapat tanda-tanda kekuasaanNya, bagi orang-orang yang mahu memikirkan. 🙂
ringantangan recently posted..Anak suka hisap jari, Nur Balqis 4 bulan
Malangnya, ramai yang tidak mahu memikirkannya….
Jarang sgt berlaku perkara ni kat Malaysia…dah mai balik ni, baik kita bedik2 balik kat mana salah dan dosa kita, sntiasa lah bertaubat..
JAWATAN KOSONG TERBARU recently posted..IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KERANI
Ya Allah jauhkan dari kami segala malapetaka yang tak memusnahkan kami. Berikanlah kekuatan iman dan takwa semoga kami sentiasa dibawah limpah dan rahmatMu selalu…
JAWATAN KOSONG TERBARU recently posted..KERJAYA BERSAMA PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR
sekali ia datang dah tak kira siapa atau puak mana..ia sapu semuanya..sebab itu kita kena selalu beringat dan menperingati…
blogger lelaki recently posted..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Puting beliung bukannya ada ‘mata’…
Kalau Allah nak buat, kun fayakun. Tapi, setiap kejadian yang berlaku adalah peringatan kepada yang ingin berfikir & ambil pengajaran.
Fyda Noh recently posted..Jom Kira Sendiri Tarikh Jangkaan Bersalin
sebelum di kedah dekat melaka ada jugakan. ah..dekat rumah saya kg memang hampir sangat dengan laut dan muara.masa balik kampung makcu saya dan ayah saya bercerita puting beliung datang habis atap rumah tercabut..pasir hitam habis korek dan terdampar atas mamar dan depan rumah.atu kejadian yang tak sangkakan…
suri recently posted..Bait Cerita Dari Cikgu Untuk Dia Ibu Ajarkan
setiap kejadian itu adalah peringatan buat kita semua..memang apa yang tak pernah berlaku, dah mula berlaku. Mudah-mudahan kita ambil pengajaran dari setiap kejadian
puteri kasih recently posted..Khasiat Anggur Untuk Kesihatan
tanda amaran untuk kita agar lebih bersedia.
titan recently posted..7 Small Giant Blogger yang gua KAGUMI.
Allah memberi peringatan kepada kita. Ingati Allah . Balik semula kepada Nya.
Ani Haryani recently posted..Cara Kempiskan Perut!
Memang kita wajib mentaati Allah dan rasul…dan berpegang teguh pada ajaran nabi Muhammad SAW agar kita semua sentiasa di bawah rahmat dan naunganNya selalu..
JAWATAN KOSONG TERBARU recently posted..IKLAN JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN
terima kasih berikan peringatan ni..yup..sejujurnya sy agak leka dengan mainan dunia ni..
Hafizul recently posted..Jadi Kaki Buli, Siapa Yang Harus Dipersalahkan?