Untung Siapa Yang Belajar Menjual Secara Online Di Ebay Musim Covid-19 Ini

Siapa yang biasa menjual apa-apa produk secara online, hampir semuanya tersenyum lebar pada musim PKP ini. Apa tidaknya, jualan meningkat daripada biasa gara-gara covid-19.

Jualan secara online meningkat secara mendadak di seluruh dunia. Amazon di USA sendiri, siap tambah 75,000 pekerja kerana permintaan barangan secara online yang naik mendadak.

panduan bisnes di ebay

Di Malaysia, pihak Pos Malaysia (Pos Laju) mengendalikan barangan melebihi 700,000 setiap hari! Sebelum ini hanya sekitar 400k sahaja. Covid-19 di Malaysia tidak seteruk di USA tapi tetap membuatkan servis pos di negara ini ‘jammed’ teruk.

Tidak tahu bila isu covid-19 ini akan berakhir. Selagi tidak jumpa vaksin, gaya hidup tidak akan kembali seperti dulu.

Walau PKP berakhir, orang tidak akan keluar seperti dulu. Orang tidak akan shopping seperti dulu. Berkerumun beramai-ramai di kedai atau pasaraya. Orang mungkin akan kekal membeli secara online.

Antara yang tersenyum lebar adalah budak-budak ebay. Sebelum Covid-19 pun banyak duit yang masuk… inikan pula musim orang duduk di rumah. Lagi banyak duit masuk. Entah-entah selepas habis Covid-19, sudah boleh sambar sebiji Vellfire!

Masih belum terlambat untuk belajar tentang ebay ini. Kalian yang mahu ambil peluang, bolehlah belajar macam mana cara nak buat bisnes di ebay ini.

[+] PANDUAN MEMULAKAN BISNES DI EBAY

Panduan ini hanya ilmu untuk bertindak. Untuk dapat hasil kena bertindaklah. Kena usaha. Tapi kalau malas hendak usaha… lebih baik jangan dapatkan panduan ini.

Hendak jual barang ke USA/UK dan dapatkan untung dalam Dollar, kenalah buat kerja sikit. Paling tidakpun beli barang di Shopee pada harga ‘sen-sen’, kemudian jual di USA/UK pada ‘harga kapak!”

Kena survey harga, kena buat listing, kena bungkus dan kena pos. Memang kena ada kerja sikit. Tetapi berbaloi. Lebih berbaloi kerana kita berurusan guna Dollar. Buat kiraaan sendiri selepas ditukar kepada RM – ringgit.

Ada orang yang senyum panjang musim PKP ini. Ada yang termenung mengenang nasib diri.

Kita patut berusaha mengubah diri.

2 comments

  1. Masa covid-19 la seller ebay paling teruk terjejas sebab tak dapat pos barang keluar dari malaysia, cuma dapat antar ke UK n China sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge