AHMADYANI DOTCOM Rotating Header Image

Kena Bayar Tapi eBook Ini Percuma!

Saya mahu memberi ebook percuma kepada pembaca.

Bolehkah dikatakan percuma kalau pembaca perlu mem’bayar’nya dengan nama dan emel mereka?

Ya, maksud percuma di sini ialah pembaca tidak perlu serah duit. Pembaca hanya perlu serah nama dan emel sahaja. Nama dan emel pembaca dijamin selamat. Ia tidak akan dijual atau disewa kepada mana-mana pihak.

KLIK DI SINI untuk mendapatkan ebook percuma ini atau klik pada gambar di bawah.

Share

Rahsia Membina Empayar Perniagaan Internet

Pada saat ini, cara penggunaan Internet sudah meluas. Internet bukan sekadar medium untuk berhubung dan mencari berita. Internet telah menjadi medium menjalankan perniagaan. Dengan kata lain, Internet telah menjadi tempat mencari sumber pendapatan.

Menjalankan perniagaan dalam talian bukan sekadar untuk mencari pendapatan sampingan, ada yang menjadikannya sebagai sumber pendapatan tetap. Dan ada yang telah pergi jauh daripada itu.

Mereka menjadikan perniagaan Internet sebagai EMPAYAR!

Empayar Perniagaan Internet di luar negara adalah biasa, namun di Malaysia ia kelihatan mustahil. Mungkin ini disebabkan mentaliti kita atau kepercayaan kita. Minda kita menolak kebolehan orang-orang kita dalam perniagaan. Hati kita tidak percaya yang orang kita boleh membina empayar perniagaan Internet seperti orang di barat sana.

Beberapa individu di Malaysia, baik Melayunya seperti Irfan Khairi atau Cinanya seperti Patric Chan atau Indianya seperti Gobala Krisnan telah membuktikan bahawa tidaklah mustahil untuk membinan empayar perniagaan Internet di Malaysia.

Kini Ammar Zahar membuktikan perkara ini melalui buku tulisannya yang baru beredar dalam pasaran dengan judul Empayar Perniagaan Internet. Buku ini diterbitkan oleh syarikatnya sendiri iaitu Jootawan.

KLIK IMEJ GAMBAR untuk mendapatkan Empayar Perniagaan Internet kerana buat masa sekarang, buku ini hanya boleh didapati melalui online.

Mohd Suhaimy, pengasas WangCyber telah memberi komen tentang buku Empayar Perniagaan Internet ini dengan katanya, “Cara paling pantas untuk memiiki pengalaman selama 6 tahun dalam perniagaan internet dalam masa sehari adalah dengan membaca buku ini.”

Di dalam buku ini, anda akan mempelajari;

# Bagaimana membina aset terbesar dalam perniagaan Internet.

# Rahsia membina empayar perniagaan Internet dengan betul.

# Strategi mudah dan pantas untuk mempromosikan laman web cara percuma dan berbayar.

# Bagaimana menghasilkan produk imformasi yang berkualiti dalam masa singkat.

# Rahsia menjual produk fizikal di Internet.

# Ciri-ciri jutawan Internet yang tiada pada orang biasa. Dan banyak lagi maklumat berharga dalam buku ini.

Jadi orang terawal memiliki buku ini. KLIK DI SINI UNTUK MEMILIKI EMPAYAR PERNIAGAAN INTERNET.

Ikhlas dari saya,
ahmad yani bahrom azhar

http://ahmadyani.biz

Share

Kejar Dunia Akhirat Menjauh, Kejar Akhirat Dunia Pun Menyembah

Ada satu falsafah hidup yang berbunyi begini,

Jika menanam rumput, jangan harap tumpuh padi.

Jika menanam padi, rumput akan tumbuh dengan sendirinya.

Saya tidak tahu milik siapah falsafah ini. Maksudnya, saya tidak arif bangsa mana yang mula-mula mengungkapkan kata-kata yang memotivasikan ini.

Adakah falsafah hidup ini diucapkan oleh orang Melayu, milik bangsa India, kepunyaan bangsa Cina atau bangsa-bangsa lain. Jika para pembaca mengetahuinya, beritahulah saya.

Kita boleh mengkiaskan kata hikmat ini dalam kontek amalan beragama.

Rumput boleh dianggap amalan-amalan dunia, sementara padi pula bolehlah dikaitkan dengan amalan-amalan akhirat. Bila kita asyik mengejar dunia, kita tidak akan dapat akhirat. Sepertilah bila kita tanam rumput, mustahil kita akan dapat padi. Padi sekali-kali tidak akan tumbuh.

Bila kita mengutamakan amalan-amalan akhirat, kita pasti akan dapat dunia. Dunia akan datang menyembah. Sepertilah bila kita tanam padi, kita juga akan dapat rumput. Rumput pasti akan tumbuh dicelah-celah padi. Bila kita bersihkan rumput, tidak lama kemudian rumput akan tumbuh semula.

Siapa yang mencipta ungkapan ini adalah orang yang cerdik.

Siapa yang mengambil iktibar dari ungkapan ini adalah orang yang bijaksana.

Share

Sambarunding – Sambal Dan Serunding Yang Menyelerakan Makanan

Saya mahu mempromosikan produk terbaru yang terdapat di aybamall.edycart iaitu Sambarunding

Sambarunding merupakan produk makanan yang begitu unik dan menarik sekali kerana inilah pertama kali anda dapat melihat sambal dan serunding dalam versi yang berbeza.

Sambarunding ini dihasilkan oleh Puan Sharom Aldila, usahawan wanita yang begitu bersemangat tinggi dan berjiwa kental.

Kisah dan pendedahan eksklusif mengenai Sambarunding telahpun dipaparkan kepada orang ramai menerusi segmen Kerja Dari Rumah dalam program Apa Kata Wanita di TV1 pada 22 Januari 2012.

Pada masa yang sama, kisah kehidupan beliau juga pernah dipaparkan dalam segmen The Breakfast Show di NTV7.

Sambarunding kini sudahpun berada dalam aybamall.edycart. Ketika ini terdapat 3 jenis sambal dan serunding Sambarunding yang anda boleh miliki sekarang iaitu:

Sambal Garing Ikan Masin (TERLARIS)

Dihasilkan dari ikan Gelama masin yang dipotong dadu dan digoreng garing. Kemudian digaul dengan sambal bawang dan cili merah yang telah dimasak terlebih dahulu. Sambal ini dimasak lama atas api kecil sehingga garing.

Sambal Garing Peria Tempe

Peria yang digunakan ialah Peria Katak. Ia dibasuh bersih setelah dibuang bijinya dan dihiris nipis. Kemudian direndam dalam air garam selama sejam sebelum ditoskan. Setelah itu digoreng rangup dan disejukkan

Begitu juga tempe dihiris nipis dan digoreng garing.

Sambal Petai Garing

Menggunakan petai segar. Dihiris nipis dengan kulitnya (khasit sebenar petai jika dimakan sekali dengan kulitnya) dan digoreng garing.

Sedap dimakan dengan nasi panas. Ramai yang mengatakan sedap bila dijadikan inti karipap atau kuih cara petai. Boleh juga disampur dengan sambal garing peria tempe dan ikan masin.

Untuk mendapatkan Sambarunding ini SILA DAPATKAN DI SINI

Share

Saya Suka Dia…Saya Cinta Dia

Dia teman saya yang akrab. Banyak kisah menarik antara saya dan dia. Pengalaman hidup kami berdua penuh warna warni. Tiada kisah duka, hanya dipenuhi suka.

Selalu sangat saya merangkulnya dalam pelukan, mendakap erat atas dada. Dan kadang-kadang membiarkannya baring atas lengan. Menemani saya tidur sepanjang malam pada saban hari.

Dia  berbicara dengan bahasanya yang indah, tersusun dan dengan lenggok tersendiri. Sesekali bicaranya membuatkan  saya  senang tertawa. Dan lain kali pula bicara dia membuatkan saya sedih menangis.

Bicaranya meresap dalam jiwa, menjadikan saya selalu teringatkannya. Sungguh! Dia teman paling dekat dan paling setia.

Bila bersamanya, saya seakan lupa duka kesulitan hidup seharian yang dipenuhi kekeruhan. Dia meringankan rasa derita, menghembus rasa tenang dalam hati. Dia menghilangkan sesak dalam kepala, menyapu beban dalam fikiran.

Dia mengusir rasa jenuh saat saya bersendirian. Tidak ada sepi bila bersamanya. Dia membuatkan saya terasa ramai bila bersendiri. Dia menggantikan banyak orang bila mereka pergi meninggalkan saya.

Dia menjadikan masa saya dipenuhi manfaat dan faedah. Umur saya seperti sentiasa muda bila bersamanya. Dia menjauhkan saya dari melakukan pembaziran masa. Masa-masa yang saya lalui bersama dia begitu indah, sangat bermakna.

Dia tidak pernah lupa mengingatkan saya tentang peranan sebagai hamba ALLAH. Tanpa jemu, dia selalu memberi ingatan, memberi nasihat untuk sentiasa taat perintah-NYA. Jangan menjadi hamba yang ingkar. Dia mursyid penunjuk jalan kebenaran.

Dia juga selalu menasihati saya tanpa bosan akan tanggungjawab saya sebagai anak yang wajib taat dan berbakti pada ibu dan ayah. Sebagai saudara yang perlu mengambil berat dan berkasih sayang sesama saudara kandung yang lain. Dia pengikat hubungan kekeluargaan.

Kalau saya mahu menulis lagi, tentu banyak lagi yang dapat saya catatkan tentang teman sejati saya ini. Teman akrab yang setia. Saya tidak pernah jemu bersamanya. Saya tidak pernah letih melayannya.

Bila bersama dia, akal saya tumbuh subur. Jiwa saya menjadi bersih. Keyakinan dan kepercayaan saya bertambah-tambah.

Tahukah tuan dan cikpuan, siapakah dia yang saya suka dan cintai ini.

Dia adalah…SEBUAH BUKU.

Share

Apa Yang Aku Mahu Tulis Pada Minggu Ini?

# satu monolog peribadi #

Aku telah berazam sebelum ini untuk mencatat nota dalam blog ini, paling sedikit 1 minggu sekali. Sekarang 1 minggu sudah cukup tempohnya dan aku masih terkial-kial mahu mencari ‘apa’ yang aku mahu tulis pada minggu ini.

Aku tahu sesuatu. Aku ada idea tentang banyak perkara. Pengetahuan dan idea ini bermain-main dalam kepala, membuatkan kepalaku kadang-kadang ‘pusing’.

Aku mahu tulis apa yang aku tahu itu dalam blog ini. Aku mahu catat idea dan mengarkibkannya dalam blog ini. Tapi aku masih bertanya (bertanya pada diri sendiri) apa yang aku mahu tulis pada minggu ini.

Aku dilanda Sindrom Ketandusan Bahasa. Adakah ini termasuk dalam kategori mental block? Aku tidak punya bahasa untuk menggambarkan idea dan pengetahuanku.

Bila aku gagahkan diri mencatat idea dan pengetahuanku di atas kertas (aku biasa tulis atas kertas dahulu sebelum menulis dalam komputer) dalam situasi belum kebah dari Sindrom Ketandusan Bahasa, aku akan ketawa dalam duka.

Aku ketawakan bahasaku yang aku rasakan tidak sepatutnya ditulis oleh seorang aku.

Bahasaku kaku seperti ditulis oleh tuan kecil darjah rendah, malah mungkin tuan kecil darjah rendah itu dapat menulis dengan bahasa yang lebih baik dari aku. Jadi aku tidak ‘berani’ mencatatnya dalam blog ini.

1 minggu sudah menghampiri tempohnya dan aku masih bertanya, “Apa Yang Aku Mahu Tulis Pada Minggu Ini?”

Share

Tepung Magik Pelbagai Guna Untuk Menyedapkan Makanan

Sekali ini lain sedikit (selepas ini akan ada kali keduanya). Saya mahu menulis nota tentang tepung. Tepung ini digelar tepung magik kerana ia boleh dipelbagai gunakan dalam banyak jenis masakan. Untuk merangup dan menyedapkan makanan bergoreng.

Sebenarnya saya mahu mempromosikan satu produk di dalam Gedung Online Pilihan Ramai. Sekiranya saya tidak mempromosikannya, siapa pula yang mahu? Ini juga antara sebab blog ini wujud.

Walaupun tepung ini dibuat khusus sebagai tepung untuk menggoreng cendawan, ia boleh digunakan untuk menggoreng banyak makanan lain.

Di bawah ini adalah beberapa resepi menggunakan tepung magik untuk anda cuba. Untuk mencubanya kenalah dapatkan tepung ini dahulu.

CENDAWAN GORENG MAGIK

  • Panaskan minyak.
  • Siat-siat cendawan selebar 2 jari.
  • Rendam cendawan dalam air sejuk selama 3 saat (ini memberikan rasa yang unik), kemudian angkat dan perah airnya.
  • Letak cendawan dalam bekas dan tabur Tepung Magik (ratakan tepung agar sama sekata)
  • Goring secara deep fry dengan api kuat.
  • Angkat bila gorengan bertukar dari kuning ke warna oren supaya rangupnya kekal lama.

Enak dimakan begitu sahaja atau boleh cicah dengan apa-apa sos yang diminati.

CENDAWAN GORENG ITALI

  • Panaskan minyak.
  • Siat-siat cendawan selebar 2 jari.
  • Bancuh tepung magik dengan air sejuk. Jangan cair sangat. Gunakan tepung magik ikut sukatan yang secukupnya dengan sedikit atau banyak cendawan yang digunakan.
  • Golek-golekkan cendawan dalam bancuhan tadi.
  • Golekkan pula atas bread crump (serbuk roti)
  • Goring secara deep fry dengan api kuat.

Sedap dimakan bila dicicah dengan cheese atau thousand island.

AYAM GORENG ALA KFC

  • Potong ayam dan basuh bersih.
  • Bancuh tepung magik dan tepung jagung dengan sukatan 2:1 dalam satu bekas dengan air sejuk. Jangan cair sangat.
  • Sediakan satu bekas lain untuk tepung magik yang kering.
  • Celup ayam dalam bancuhan cair.
  • Kemudian golek ayam secara rata dengan tepung magik kering.
  • Seterusnya goring deep fried dengan api sederhana.

TEMPE GORENG RANGUP

  • Basuh dan potong tempe mengikut saiz yang disukai
  • Gaul dengan tepung magik (tepung tidak perlu dibancuh)
  • Kemudian goreng hingga masak kuning keemasan.

Mudah sahaja. Boleh makan begitu atau cicah dengan apa-apa sos.

SAYUR-SAYURAN RANGUP

Caranya sama seperti tempe iaitu,

  • Potong dan basuh apa-apa sayuran seperti kobis, sawi, bayam ikut saiz yang disukai
  • Gaul dengan tepung magik tanpa perlu dibancuh
  • Gaul dengan tepung kering.
  • Kemudian goreng dalam minyak panas hingga masak kuning keemasan.

Jika ingin lebih sedap, celup dulu sayur dalam telur yang telah dipukul, kemudian baru salut dengan tepung.

TELUR DADAR

  • Pecahkan 5 biji telur dalam bekas
  • Letak garam secukup rasa
  • Tambah 2 sudu tepung magik.
  • Boleh letak black pepper atau hirisan cili untuk pedas. Ikut pedas yang anda suka.
  • Pukul hingga sebati.
  • Kemudian masak ikut saiz yang anda suka.

CEMPEDAK/PISANG GORENG

  • Masukkan 2 sudu besar tepung magik dalam bekas. Tambahan 4/6/8 dan seterusnya.
  • Tambah 1 sudu besar tepung jagung. Tambahan 2/3/4 dan seterusnya.
  • Sedikit garam.

Bancuh dengan sedikit air. Pekatnya biar sederhana sahaja. Celup cempedak/pisang/sukun dan selainnya dan goreng.

IKAN SWEET SOUR

Gaul ikan dengan tepung magik dan goreng kemudian ketepikan.

  • Ketepikan minyak menggoreng tadi dan biarkan sedikit dalam kuali untuk menumis.
  • Tumiskan baying putih, bawang merah, halia dan cili padi hingga kuning.
  • Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan perahkan sedikit limau nipis atau gunakan jus limau nipis sahaja.
  • Masukkan garam dan gula
  • Masukkan 1 sudu besar tepung magik.
  • Gaul rata hingga masak.

Tuang sos ini atas ikan yang digoreng tadi dan hidangkan. Jumlah bahan untuk menumis mengikut agakan sahaja atau berapa banyak yang anda mahu.

Anda boleh mendapatkan Tepung Goreng Cendawan atau dipanggil tepung magik ini di Gedung Online Pilihan Ramai untuk mencuba resepi di atas.

KLIK DI SINI UNTUK PERGI KE GEDUNG ONLINE PILIHAN RAMAI.

KLIK DI SINI UNTUK MENDAPATKAN TEPUNG MAGIK

Share

Kacak Dan Cantik Yang Hakiki

KITA kagum dengan dirinya yang kacak. Kita terpesona dengan dirinya yang cantik. Cantik atau kacaknyanya itu membuatkan kita mahu mendekati dan berkawan dengannya.

Namun bila sudah berkawan, bergaul dan bercakap-cakap dengannya, kita sudah tidak kagum lagi. Kerana cantiknya ditenggelamkan oleh mulutnya yang celupar. Kacaknya menjadi hodoh dengan sikapnya yang kasar.

Cantiknya tidak nampak di mata kita. Mukanya kita anggap buruk. Kacaknya tidak kelihatan langsung. Gayanya tiada. Kalau boleh, kita tidak mahu rapat. Jauh sekali mahu berkawan dengannya.

Tapi bila kita cuba dekat dan bergaul dengannya, kita tertawan. Hidung peseknya terlindung tutur katanya yang baik yang mendamaikan jiwa. Kita terpesona dengan sikapnya yang menyenangkan.

Inilah nilai akhlak.

Kita akan resah dan gelisah bersama si jelita dan sang kacak yang tidak berakhlak. Kita pasti gembira dan tenang bersama dia yang ‘hodoh’ namun memiliki akhlak mulia yang menawan hati kita.

Manusia inginkan kecantikan. Kerana itu produk kecantikan adalah antara produk yang paling laris dalam pasaran. Pemilik produk kecantikkan, boleh dikatakan hampir semuanya kaya raya.

Tidak salah bila berkeinginan mahu cantik. Itu fitrah semulajadi. Nabi Muhammad SAW ada memberitahu dalam hadis Baginda yang ALLAH itu indah dan DIA suka pada keindahan. ALLAH itu cantik dan DIA suka pada kecantikan.

Namun manusia kerap meletakkan nilai cantik itu pada ukuran yang salah. Cantik itu dinilai pada wajah dan tubuh badan.

Islam menilai cantik itu pada akhlak yang luhur. Akhlak yang disalut dengan syariat dan disepuh dengan iman. Inilah kecantikkan hakiki.

Wajah cantik akan berkedut bila dimamah usia. Tubuh badan yang segak akan lemah bila usia meningkat. Sedangkan akhlak akan kekal dan disebut-sebut orang walaupun seseorang itu sudah tiada lagi di dunia ini.

Akhlak yang luhur pada diri seseorang akan menjadi perhiasan rumahtangga yang dihuninya. Perhiasan masyarakat yang digaulinya. Perhiasan negara yang didudukinya. Orang di sekeliling akan mendapat manfaat dengan akhlaknya itu. Manfaat terbesar ialah wujudnya kasih sayang.

Dengan kasih sayang dunia dapat diamankan. Dengan akhlak luhur yang membuahkan kasih sayang sesama manusia, manusia itu dapat mencipta syurga dunia yang damai.

Share

Kita Yang BESAR Dan Kita Yang Kecil

Diri kita yang BESAR sedang meronta-ronta mahu keluar dari diri kita yang kecil.

Ada orang yang sedar, dirinya yang BESAR mahu keluar dan dia berusaha mengeluarkannya. Maka jadilah dia orang yang hebat. Bilangan yang sedar ini kecil sangat. Kita adalah dari golongan ini.

Ada orang yang tidak sedar, dirinya yang BESAR mahu keluar dan dia tidak berusaha mengeluarkannya dari dirinya yang kecil dan jadilah dia orang biasa-biasa sahaja. Bilangan yang tidak sedar ini besar sangat. Kita bukan dari kalangan mereka.

Mereka yang sedar ini, ada yang menyedarinya sejak muda lagi. Bila mereka berjuang mengeluarkannya dan berjaya, jadilah mereka insan hebat sejak usia muda lagi.

Ada yang sedar bila sudah berusia tua. Bila mereka berjaya mengeluarkannya, kehebatan yang mereka kecapi tidak dapat dinikmati lama.

Amat menyedihkan bila sudah terlewat sedar. Paling menyedihkan bila tidak sedar langsung bahawa diri kita yang BESAR meronta mahu keluar dari diri kita yang kecil sampai ajal menjemput.

Baik kita sedar sewaktu muda belia atau baru sedar ketika usia menjejak senja, sewaktu sedar itulah masa terbaik untuk berubah. Tidak ada istilah lewat dalam membuat perubahan hidup.

Terlewat hanyalah ketika nyawa sudah berada di tenggorok.

Share

Harta Peninggalan Si Penyelongkar Sampah Menjadi Rebutan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca ahmadyani.com

Cerita yang ingin saya ceritakan ini sangat menarik. Cerita yang boleh memberi inspirasi kepada kita. Cerita si penyelongkar sampah yang hartanya menjadi rebutan setelah dia mati.

Ini ceritanya…

Pada setiap pagi, Curt Degerman dari Skelleftea, Sweden suka menyelongkar tong sampah di sekitar kaki lima dan lorong belakang bangunan. Dia mencari tin, botol, kotak kertas dan apa-apa barang terpakai yang boleh dikitar semula. Dia kutip dan jual di Pusat Kitar Semula.

Bukan itu sahaja, dia juga mengutip sisa-sisa makanan yang masih elok. Untuk apa? Apa lagi kalau bukan untuk dia makan.

Dia dipandang sebagai pengotor yang jijik. Jiran-jiran memandang rendah padanya. Ahli keluarganya juga memandang rendah dan jijik pada lelaki ini.

Namun bila dia mati pada usia 60 tahun pada 2008, ahli keluarganya berebut mahukan hartanya. Mereka bertekak sesama sendiri bahawa mereka lebih layak mendapatkan harta lelaki itu berbanding yang lain.

Apa harta peninggalan si pengutip sampah ini? Apa harta harta peninggalan si penyelongkar tong sampah yang asyik dipandang rendah dan jijik ini ada?

Memang mengejutkan bila si penyelongkar dan pengutip sampah ini memiliki harta banyak seperti berikut;

# Wang tunai dalam bank sebanyak RM3.58 juta

# Jongkong emas bernilai RM1.2 juta

# Wang tunai dalam tangan bernilai RM4,428

Dan beberapa nilai saham yang menjadikan keseluruhan hartanya bernilai RM5.21 juta

Selepas dia mati baharulah orang tahu tabiat hidupnya. Curt Degerman suka berkunjung ke perpustakaan awam. Dan ini apa yang dibuatnya di perpustakaan tersebut;

# Dia suka membaca buku berkaitan kewangan terutamanya tentang pelaburan saham.
# Dia membaca akhbar untuk meneliti berita-berita kewangan semasa.
# Dia membaca akhbar kewangan tempatan iaitu Dagens Industry untuk tahu kedudukan terkini pasaran saham dunia.

Dari ilmu yang diketahuinya, dia melaburkan duit hasil jualan tin, botol, kotak dan barang-barang lain yang boleh dikitar semula dalam pasaran saham. Hasilnya, dia memiliki kekayaan yang  menjadi rebutan setelah kematiannya.

Sampai akhir hayatnya, Curt Degerman masih menyelongkar tong sampah. Hartanya diwarisi oleh 2 sepupunya hasil keputusan mahkamah.

Apa yang boleh kita pelajari dari kisah ini?

Nota # Saya tidak mahu mencatat pengajaran yang boleh kita dapati dari kisah ini. Anda pembaca yang bijak, pasti dapat menyenaraikan pengajaran yang boleh dipelajari.

Share