10 Sebab Kenapa Ramai Orang Suka Kerja Kerajaan – Sektor Awam

Setiap orang akan mula memilih-milih, di mana akan bekerja selepas tamat belajar atau sehabis kuliah.

Mahu pencen bekerja dalam perkhidmatan awam – kerajaan atau membina kerjaya dalam sektor korporat – swasta?

Sektor swasta dipilih kerana faktor gaji yang tinggi. Sementara yang lain berusaha memasuki perkhidmatan awam. Mahu kerja dengan kerajaan.

Ramai berminat kerja kerajaan kerana 10 sebab ini.

10 kelebihan bila kerja kerajaan.

Sebab #1 Elaun perumahan.

Sedikit sebanyak elaun ini dapat mengurangkan beban membayar sewa rumah. Jumlah elaun ini bergantung kepada tahap tangga gaji atau mengikut gred jawatan yang disandang.

Elaun ini tiada jika tinggal di kuarters milik kerajaan.

Sebab #2 COLA – Elaun sara hidup.

Elaun Sara Hidup atau Cost Of Living Allowance diberi untuk mengurangkan beban hidup di sesetengah kawasan. Terutamanya di bandar besar seperti di Kuala Lumpur.

Gambar Google

Sebab #3 Bonus tetap khidmat awam.

Bekerja di sektor kerajaan (awam) bermaksud berkhidmat untuk masyarakat. Sebagai penghargan, kerajaan memberikan Imbuhan Tetap Khidmat Awam kepada penjawat awam.

Sebab #4 Ada kenaikan gaji berkala.

Ada kenaikan gaji mengikut tahap atau gred jawatan sehingga tahap maksimum sebelum bersara. Bila jawatan berubah, tahap gaji juga berubah.

Sebab #5 Kemudahan pinjaman.

Ada pinjaman yang disediakan untuk membeli kenderaan, rumah atau komputer. Pinjaman ini bukan seperti pinjaman bank yang mahu keuntungan daripada pinjaman kita.

Pinjaman daripada kerajaan adalah untuk membantu penjawat awam bukan untuk mengaut keuntungan.

Sebab #6 Cuti yang fleksibel.

Kerja kerajaan memang banyak cuti. Ini tidak dapat dinafikan. Cuti tahunan. Cuti bersalin dan sebagainya.

Sebab itu agaknya penjawat awam banyak terdiri dari kalangan wanita. Bila bersalin dapat bercuti 2 bulan.

Sebab #7 Jaminan hari tua.

Terima pencen. Pencen inilah antara sebab terbesar kenapa ramai yang mahu kerja kerajaan.

Penjawat awam yang bersara masih menerima setengah daripada gaji yang mereka terima sebelum ini sehingga mereka meninggal sebagai bayaran pencen.

Duit pencen ditambah dengan simpanan KWSP cukup untuk menampung hidup ketika tua.

Sebab #8 Peluang naik pangkat.

Semua orang ada peluang untuk naik pangkat. Mereka yang memulakan kerja sebagai pembantu am pun ada peluang meningkat naik dalam jawatan.

Bila kerja bagus dan berusaha menambah pengetahuan (belajar sambil bekerja), peluang meningkat naik dalam kerjaya itu ada.

Naik pangkat juga bermaksud, naik gaji!

Sebab #9 Peluang sambung belajar.

Kerajaan menggalakkan penjawat awam meningkatkan taraf pendidikan. Ada skim tertentu atau tajaan untuk menyambung pelajaran. Tentunya belajar luar kampus.

Penjawat awam perlu ambil peluang ini. Bila taraf pendidikan meningkat, peluang naik pangkat akan menjadi luas.

Sebab #10 Peluang meningkatkan kemahiran diri.

Penjawat awam selalu ditawarkan peluang dari masa ke semasa untuk mengikuti kursus atau bengkel bagi meningkatkan kemahiran diri. Selalunya yang berkaitan dengan jawatan yang disandang.

Tidak ada sebab untuk menolak kerana kemahiran diri ini penting. Untuk kenaikan pangkat atau sekurangnya-kurang menjadi ‘modal’ bila bersara nanti.

Rugi jika tidak sertai kursus dan bengkel ini kerana segala kos ditanggung kerajaan.

— — —

Ini 10 antara sebab kenapa ramai graduan kolej dan universiti berusaha untuk kerja dalam perkhidmatan awam – kerja kerajaan.

— — —

Mungkin anda yang ingin kerja kerajaan, perlukan ini:

Klik >> Didedahkan ‘Rahsia Sulit’ bagaimana anda boleh lulus temuduga kerajaan dengan mudah, tanpa menggunakan sebarang “kabel” atau bantuan “orang dalam”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge