179 Juta Pembeli Aktif Di Ebay Berpotensi Menjadi Pelanggan Usahawan Online Malaysia

Berita BERNAMA pada 14 April 2019, ini boleh menjadi perangsang kepada sesiapa pun untuk berusaha menjadikan ebay sebagai platform perniagaan Internet. Baik untuk mengembangkan perniagaan yang sedia ada atau baru berjinak-jinak mahu memulakan perniagaan online.

Matrade menggalakkan lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana Malaysia, khususnya generasi muda, untuk meneroka pasaran antarabangsa bersama eBay yang merupakan antara perintis e-dagang dunia.

= = =

Boleh pilih 2 cara untuk menjalankan perniagaan ebay. Klik link di bawah:

>>CARA 1. BISNES EBAY DROPSHIP TANPA PERLU MENYIMPAN DAN MENGEPOS PRODUK. PIHAK PEMBEKAL AKAN URUSKAN<<

>>CARA 2. BISNES EBAY FIZIKAL. ANDA YANG PILIH BARANG DAN MENGEPOS PRODUK. PILIH BARANG RUNCIT BERDEKATAN ANDA<<

= = =

KUALA LUMPUR: Perniagaan Malaysia dapat mencapai 179 juta pembeli aktif seluruh dunia menerusi langkah menyenaraikan produk mereka di pasaran global eBay.

Ketua bagi Peningkatan Penjual, eBay Asia Tenggara, Wong Mei Inn berkata eksport perdagangan rentas sempadan Malaysia masih di peringkat agak baharu justeru itu wujud peluang amat luas untuk lebih banyak perniagaan kecil menyertai kumpulan penjual eBay.

“Kami telah melancarkan program ‘Let’s eBay Academy’ selama enam bulan, yang dilaksanakan untuk membangunkan penjual baharu melalui perkongsian wawasan dan membimbing mereka, supaya mereka dapat berdagang dengan jayanya serta menjual kepada pasaran global,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Program ‘Let’s eBay Academy’ merupakan bengkel latihan yang dianjurkan bersama eBay, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC) yang bertujuan membantu menginspirasikan usahawan bagi memulakan perniagaan e-dagang di samping menghubungkan mereka kepada pembeli aktif pasaran global.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Wan Latiff Wan Musa berkata mengikut Inisiatif Digital Malaysia, e-dagang telah dikenal pasti sebagai antara pemboleh utama untuk mempercepat pertumbuhan hasil ekonomi Malaysia.

“Kami mahu menggalakkan lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana Malaysia, khususnya generasi muda, untuk meneroka pasaran antarabangsa bersama eBay yang merupakan antara perintis e-dagang dunia,” katanya.

Sementara itu, Pengarah e-Dagang MDEC, Song Hock Koon berkata Malaysia sebagai negara perdagangan kini sedang mempertingkat rantaian nilai dan perdagangan dalam idea, inovasi serta teknologi baharu seiring semangat kerjasama untuk membina masa depan negara.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, ekonomi digital menyumbang 18.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia pada 2017 dan berpotensi meningkat kepada 20 peratus pada 2020.

— BERNAMA

Share

4 comments

    1. Klik link 2 cara jalankan bisnes ebay di atas… ada 2 panduan untuk dipilih. Baca dua-dua sekali. Pilih yang sesuai dengan diri. Dua2 ada support group. Memang agak mahal tapi kalau betul-betul buat, sekejap sahaja balik modal.

  1. Siapa yang pernah menjual di Shopee, Lazada atau Lelong akan mudah berniaga di ebay kerana flownya hampir sama. Kalau tidak tahu langsung,memang kena belajarlah. Belajar melalui ebook atau kelas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge